Tuesday, September 11, 2012

The Old Man And The Farmer's Sons.


Kisah ini berkenaan dengan petani miskin yang memiliki empat orang anak. Anak-anaknya perlu keluar dari dari situ dan boleh pulang semula apabila sudah kaya. Suatu hari, anak-anaknya berjumpa dengan lelaki tua dan memberikan mereka potongan atau keratan tali. Mereka hanya perlu menjatuhkan tali itu ke tanah dan menggali.

Anak pertama menjatuhkan tali dan menggali. Dia menjumpai sebekas syiling gansa dan dengan gembiranya dia mengajak adik-adiknya pulang tetapi mereka enggan. Maka dia pulang keseorangan. Anak kedua pula menjatuhkan tali dan menggali. Dengan gembiranya dia mengangkat sebekas syiling perak dan mengajak adik-adiknya pulang. Mereka juga enggan mengikut. Seterusnya anak ke tiga menjatuhkan keratan tali miliknya dan menggali. Dia menjumpai sebekas syiling emas dan mengajak adiknya pulang. Adiknya enggan pulang.

Kata adik bongsunya, jika abang-abangnya dapat gangsa, perak dan emas, dia mungkin akan dapat berlian tetapi dia tidak mahu menjatuhkan keratan talinya. Dia meneruskan perjalanannya lagi dan berjumpa dengan seorang lelaki muda yang sedang duduk, badannya dipenuhi lumpur dan dikepalanya ada roda.

Anak petani itu bertanya pada pemuda tersebut akan keadaannya, kenapa ada roda di kepalanya. Sedang dia bertanya, dia mendapati dirinya dipenuhi lumpur dan ada roda di kepalanya. Pemuda tersebut mengatakan bahawa, dirinya juga begitu iaitu ada perasaan tamak maka dia dihukum. Untuk melepaskan diri dari hukuman tersebut, dia perlu menunggu jika ada lagi orang tamak sepertinya melalui kawasan tersebut dan bertanya soalan yang sama.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers