Tuesday, September 18, 2012

MENANAM SAWIT


DEFINASI

Menanam sawit adalah satu proses menanam anak benih dengan menggunakan bahan tanaman yang bermutu, cukup umur, dan pada keadaan cuaca yang sesuai dengan menggunakan teknik yang betul.
 
OBJEKTIF

Mempastikan anak sawit yang tumbuh akan bermutu dan produktif.
Mengelak dari berlaku kerosakan (transplanting shock) dan kematian semasa menanam.
Mengadakan pokok sawit yang seragam pertumbuhannya dan tiada kerja-kerja menyulam dijalankan.
Memperolehi hasil ekonomik yang tinggi dan berkekalan

PIAWAIAN

Saiz lubang tanaman mesti 10 cm lebih lebar dan dalam daripada ukuran polibeg.
Baja Phosphate (CIRP) sebanyak 500 gm ditabur di dalam lubang tanaman.
Anak benih ditanam di dalam keadaan yang tegak dan 2.5 cm di bawah paras tanah keliling.

PERALATAN DAN BAHAN
  • Anak Benih.
  • Baja fosfat batuan.
  • Kereta sorong atau bakul kandar.
  • Cangkul menggali.
  • Bekas dan penyukat baja.
  • Pisau tajam.
  • Beg baja kosong.
  • Kayu pemadat.
PANDUAN PRODUKTIVITI

Produktiviti kerja menanam bagi seorang bekerja selama 8 jam (manday) bergantung kepada kaedah lubang digali dan kemahiran pekerja




KAEDAH
  1. Pengkelasan tugasan untuk menggali lubang, mengangkut anak sawit , membaja dan menanam diagihkan kepada kumpulan berasingan.
  2. Pokok dibawa dari tepi jalan ke tapak tanaman dengan menggunakan kereta sorong, bakul atau dipikul dengan bahagian pucuk di atas
  3. Anak benih dikendalikan dengan sempurna supaya tiada berlaku kerosakan (transplanting shock) semasa pemindahan ini, kekalkan anak benih di dalam keadaan sihat dan subur seperti di semaian
  4. Kerosakan anak benih yang dikendalikan dengan kasar seperti polibeg dan bebola tanah pecah, pucuk anak benih patah dan anak benih tercabut dari polibeg. Kerosakan ini akan menyebabkan pertumbuhan anak benih terbantut.
  5. Lubang digali di atas pancang tanaman yang telah ditentukan dan pastikan di dalam garisan yang lurus dan di dalam barisan tanaman.
  6. Penghantaran anak benih dari tepi jalan ke tapak penanaman digalakan menggunakan minitrektor sekiranya bersesuaian.
  7. Lubang tanaman boleh digali dengan cara manual atau menggunakan jentera.
  8. Saiz tanaman yang sesuai bagi anak benih sawit ialah 45 x 45 x 60 cm.
  9. Lubang tanaman yang digali mempunyai tebing vertikal (tidak mengecil di bahagian bawah).
  10. Taburkan fosfat sebanyak 500 gm di dalam lubang sebelum menanam.
  11. Polibeg dikeluarkan dengan memotong dibahagian bawah dahulu dan diletakkan ke dalam lubang, kemudian dipotong bahagian tepi untuk menarik keluar polibeg.
  12. Masukan anak benih ke dalam lubang di dalam keadaan yang tegak dan keadaan bebola tanah tidak pecah atau dipotong.
  13. Anak perlu ditanam dengan kedalaman pangkal anak benih 5 cm lebih rendah daripada paras permukaan tanah sekitarnya.
  14. Lubang perlu dikambus semula di keliling anak benih dengan cermat dan padat, pastikan tanah yang dikambus itu gembur dan tidak berketul besar.
  15. Hujung cangkul boleh digunakan untuk memadatkan tanah di sekeliling kawasan kosong di antara anak benih dengan tanah di sekitarnya.
KAWALAN
  1. Polybeg yang digunakan ditanggalkan dari bebola tanah sebelum menanam anak benih.
  2. Tidak memotong atau memecahkan bebola tanah semasa kerja menanam dijalankan.
  3. Anak benih sawit dikendalikan dengan cermat dengan mengekalkan kesuburan anak benih seperti di semaian.
  4. Lubang tanaman perlu 10 cm lebih daripada ukuran bebola tanah.

Sumber: http://pembangunanladang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment