Friday, September 21, 2012

Syaidina Ali Pakar Matematik


Diceritakan bahawa semasa Ali bin Abi Talib masih hidup pernah mengadili dua orang lelaki berebut sedekah. Awal kisah, kedua-dua lelaki telah mengadakan perjalanan, apabila terrasa lapar, kedua-duanya berhenti makan bekal yang dibawanya. Lelaki pertama membawa lima buku roti dan leleki kedua membawa tiga buku roti. Ketika mereka sudah bersipa sedia menikmati bekalannya, tiba-tiba dating seorang musafir ke tempat itu dan mereka mempelawanya makan bersama.

“Saya tidak membawa bekal.” Kata musafir.

“Tidak mengapa pakcik, mari kita makan bersama dengan bekal kami.” Kata kedua-dua lelaki tadi.

Rupa-rupanya musafir tersebut memang rasa amat lapar, maka dia pun menerima pelawaan kedua-dua pemuda. Setelah selasai makan bersama, musafir mengeluarkan 8 dirham dan diletakan ke atas bekas bekal makanan.

“Biarlah wang ini sebagai penggani roti yang telah aku makan tadi.” Kata musafir lalu dia pergi.

Kedua-dua lelaki itu sama-sama melirik pada wang yang tidak disangka-sangka. “Lumayan juga” fikir mereka.

“Baiklah, wang ini kita bagi saja di antara kita berdua.” Kata lelaki pertama.

“Baiklah aku setuju.” Kata lelaki kedua. “Oleh kerana aku membawa lima buku roti, maka aku mendapat lima dirham, dan engkau membawa tiga buah roti mendapat tiga dirham.” Sambung lelaki kedua lagi.

“Saya tidak setuju! Kita sepatutnya membahagikannya sama rata, lagipun lelaki tua tadi tidak meninggalkan apa-apa pesan.” Bantah lelaki pertama.

“Itu tidak adil. Aku yang membawa roti lebih banyak daripada engkau, sudah tentu aku mesti mendapat lebih banyak” Kata lelaki kedua.

“Tidak boleh, kita mesti bahagi sama rata”. Lelaki pertama berkeras.

Akhirnya kedua-dua lelaki bersetuju berjumpa Syaidina Ali bin Abi Talib untuk mendapat keadilan yang terkenal bijaksana dalam penghakiman.

“Teima sahaja pemberian temanmu dengan tiga dirham”. Kata Syaidina Ali kepada lelaki pertama.

“Tidak, aku tidak mahu menerimanya, aku ingin mencari penyelesaian yang benar-benar adil.” Kata lelaki pertama.

“Sekiranya engkau ingin mencari penelesaian yang benar-benar! Engkau hanya mendapat satu dirham sahaja.

“Hah! Sekarang bagaimana? Tadi aku hendak beri tiga dirham engakau tolak.” Kata lelaki kedua pula.

“Aku dapat satu dirham! Bagaimana boleh jadi begini? Tanya lelaki pertama.

“Bukankah engkau mahu mendapat penyelesaian yang benar-benar adil! Kata Syaidina Ali.

“Ya! Benar.” Kata lelaki pertama.

“Engkau membawa tiga buku roti dan temanmu membawa lima buku roti dan makan bersama-sama musafir. Benar?

“Benar.” Jawab kedua-dua lelaki.

“Adakah kalian berdua tahu siapakah yang makan paling banyak? Tanya Syaidina Ali.

“Kami tidak tahu? Jawab mereka.

“Sekiranya begitu! Anggaplah bahawa setiap orang memakan dalam jumlah yang sama banyak. Setuju?” Tanya Syaidina Ali.

“Setuju!” Jawab mereka.

“Sekarang jumlah roti kalian adalah lapan buku, iaitu tiga daripada engkau dan lima lagi daripada teman kamu. Benar? Tanya Syaidina Ali.

“Benar!” jawab mereka berdua.

“Setiap buku roti kalian dipotong tiga! Sekarang roti kalian menjadi 24 bahagian. Benar? Tanya Syaidina Ali.

“Benar!” Jawab mereka.

“Jadi! Teman engkau yang membawa lima buku roti mempunyai 15 bahagian dan engkau membawa tiga buku mempunyai 9 bahagian. Benar? Tanya Syaidina Ali.

“Benar!” Jawab mereka.

“Oleh kerana kalian dan musafir makan makan roti sama banyak, maka setiap orang makan lapan bahagian. Jadi teman engkau mempunyai 7 bahagian baki dan engkau mempunyai 1 baki untuk dimakan musafir. Benar? Tanya Syaidina Ali.

Kedua-dua lelaki berfikir sejenak untuk memahami apa yang dikatakan Syaidina Ali. Lalu lelaki pertama menjawab “Benar!”

“Ini bererti temanmu mendapat tujuh dirham keran 7 bahagian roti dimakan musafir dan engkau mendapat satu dirham kerana 1 bahagian roti dimakan musafir.” Kata Syaidina Ali.

“Allahuakbar.” Mereka berkata tanda benar-benar faham dan setuju dengan apa yang dikatakan Syaidina Ali.

“Aku merasa puas dan tidak mahu mengambil dari hak aku.” Kata lelaki pertama sambil mengambil satu dirham sahaja.

No comments:

Post a Comment