Monday, September 10, 2012

PENDAWAIAN PERMUKAAN


1. Pemasangan Pendawaian Permukaan.

Pemasangan pendawaian permukaan boleh dipasang secara terus ke dinding dan siling kayu atau di atas lapik kayu bagi dinding konkrit. Pemasangan permukaan pendawaian tidak sesuai pada permukaan yang terdiri daripada bahan jenis logam. Sekiranya pendawaian permukaan dibuat pada bangunan batu atau simen, manakala kabel akan diklipkan atas satu bilah papan yang telah dipasang pada dinding atau siling bangunan tersebut.

Rajah 1: Gambar Foto Pendawaian Permukaan

Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang mempunyai tebatan berlapis (PVK/PVK). Kerana terdedah kepada kerosakkan mekanikal. Sistem pendawaian ini sesuai di tempat yang mana suhu disekelilingnya tidak melebihi 65 ÂșC.


2 Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Permukaan.


Sebelum kita mengetahui lebih mendalam tentang langkah-langkah membuat pendawaian, berikut ialah langkah-langkah asas membuat pendawaian permukaan bagi membantu anda memahami bagaimana membuat pendawaian permukaan nanti. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Permukaan;
  1. Melakar litar pendawaian berdasar litar skematik yang dibekalkan.
  2. Menyediakan peralatan dan bahan yang digunakan berdasarkan litar skematik.
  3. Mengira panjang kabel berdasarkan lakaran litar pendawaian dan litar skematik.
  4. Membuat pendawaian berdasarkan peraturan IEE.
  5. Membuat pengujian visual.
  6. Membuat pengujian kekutuban, keterusan dan penebatan pada litar mati.
  7. Membuat pengujian litar hidup di bawah pengawasan guru.

Rajah 2: Proses mendawai Pendawaian Permukaan

2.1. Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan

Antara pekara yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja mendawai dan menjaga standard pendawaian adalah seperti berikut :
  1. Satu saluran mestilah diadakan terlebih dahulu bagi pendawaian yang menembusi dinding
  2. Pastikan bilangan kabel yang dipasang tidak melebihi 12 kabel bagi satu larian. jumlah kabel yang banyak boleh mengurangkancengkaman pencengkam.
  3. Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlaku tindihan. Jika tidak dapat dielakkan lapik dengan sebarang penebatdi antara laluan kabel itu.
  4. Pastikan di bahagian hujung kabel ditandakan bagi memudahkan kerja-kerja tamatan.
  5. Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atas siling.
  6. Semasa memasang pencengkam pastikan kabel tidak cedera.
3. Perbezaan Litar Skematik dan Litar Pendawaian.

Untuk membantu anda memulakan pendawaian permukaan anda perlu mengenalpasti Litar Skematik dan lakaran Litar Pendawaian. Litar skematik digunakan sebagai panduan untuk melakar litar panduan, ia merupakan gambaran ringkas tentang pendawaian yang akan dilakukan termasuk aksesori saiz kabel dan saiz fius yang akan digunakan. Lakaran gambarajah pendawaian digunakan sebagai panduan semasa melakukan pendawai. Rajah 3 adalah Litar Skematik dan Rajah 4 adalah Litar Pendawaian.


Rajah 3: Litar Skematik dua Suis Dua Hala kawal satu Lampu 


 Rajah 4: Gambarajah Pendawaian

 4. Peralatan dan bahan yang diperlukan

Untuk melakukan sesuatu anda perlu mangetahui peralatan dan bahan diperlukan mengikut jenis pendawai yang hendak dilaksanakan. Oleh kerana jenis pendawai yang hendak dilakukan adalah jenis pendawaian permukaan anda perlu tahu peralatan dan bahan yang diperlukan dalam pendawaian tersebut. Berikut adalah senarai peralatan dan bahan yang diperlukan, sila rujuk pada Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah.  Ada juga peralatan lain digunakan untuk membuat pendawaian bagi tujuan memudahkan kerja pendawaian. Setelah selesai melakukan pendawaian peralatan yang anda digunakan mestilah disusun dengan kemas dan diletakan ke tempat asal berdasarkan 5S. Begitu juga bahan baki bahan yang digunakan seperti kabel, paku dan klip timah mestilah disimpan semula. Amalkan sikap jimat cermat dan menjaga kebersihan.

Peralatan
Kegunaan
Pemotong Kabel
Memotong kabel dan membuang penebat pada kabel
 Playar
Digunakan bersama-sama Pemotong Kabel bagi membuang penebat pada kabel
Penukul
Memaku paku pada klip timah semasa membuat pendawaian
Pembentuk Klip Pendawaian
Alat untuk membentuk klip timah sebelum dipaku pada dinding.
Pita ukur
Mengukur panjang kabel dan jarak pendawaian

Skru Driver
Mengetat skru ketika membuat tamatan dan memasang aksesori

Pena penguji
Menguji pendawaian ketika litar hidup

Multimeter penguji
Menguji keterusan dan penebatan setelah pendawaian telah siap
Jadual 1: Peralatan untuk medawai Pendawaian Permukaan


Bahan
Kegunaan
Pemegang Lampu


Suis Dua Hala

Kabel



Klip Plumbum



Paku Wiring

Jadual 2: Bahan untuk medawai Pendawaian Permukaan

5.  Kaedah Mengira Panjang Kabel

Untuk mengelak pembaziran dan menjimatkan kos anda perlu mengenal pasti panjang kabel yang diperlukan ketika membuat pendawaian tersebut. Sebelum mengira panjang kabel anda perlulah menentukan jenis kabel yang akan digunakan dahulu iaitu Hidup, Neutral dan Bumi. Semasa hendak menentukan kabel tersebut anda perlu melakar litar pendawaian dahulu dengan merujuk kepada litar skematik yang akan dibekalkan. Litar skematik juga boleh digunakan sebagai panduan untuk mengira panjang kabel-kabel tersebut. Ingat! Anda juga mengenalpasti bilang tamatan kabel pada setiap aksesori. Setiap tamatan kabel ditambah sebanyak 50mm bagi memudahkan kerja pendawaian. Bagi saiz kabel pula anda perlulah merujuk sama ada litar lampu atau litar kuasa. Oleh kerana litar yang hendak dilakukan pendawaian ialah litar lampu, maka saiz kabel yang digunakan ialah 1.5mm². Jadual 3 di bawah merupakan kaedah mengira panjang tiap-tiap kabel.

Kabel
Panjang
Panjang sebenar
Hidup
(1 x 100) + (1 x 200) + (1 x 150)  100 + 200 150 = 450mm
450mm + 1 tamatan = 450 + 50 = 500mm
Neutral
(1 x 100) + (3 x 200) + (2 x 200) + (2 x 200) + (3 x 200) + (1 x 200) + (1 x 150) = 100 + 600 + 400 + 400 + 600 + 150 = 2150mm
2150 + 7 tamatan = 2150 + (7 x 50) = 2150 + 350 = 2500mm
Bumi
(1 x 100) + (1 x 200) + (1 x 150)  100 + 200 150 = 450mm
450mm + 1 tamatan = 450 + 50 = 500mm
Jadual 3: Pengiraan Panjang Kabel

6. Pemasangan Selamat dan Kelihatan Kemas.

Sekiranya pemasangan yang dilakukan mengikut peraturan sudah pasti pemasangan selamat dan kemas. Peraturan yang dimaksudkan ialah Peraturan IEE, peraturan ini digunakan untuk kerja-kerja pemasangan elektrik. Berikut, iaitu Jadual 4 merupakan Peraturan IEE bagi jarak maksimum antara klip pada pendawaian.


Jarak  maksimum bagi klip
Garis
pusat
Kabel getah tanpa perisai pvk
atau plumbum – bersalut
Kabel beperisai
Kabel penebat mineral salut kuprum atau salut aluminium
Keseluruhan
umum
Dalam kawalan

Kabel
1
Mendatar
2
Memugak
3
Mendatar
4
Memugak
5
Mendatar
6
Memugak
7
Mendatar
8
Memugak
9
Mm
9
9         15
15      20
20    40
Mm
250
300
350
400
Mm
400
400
450
550
Mm



150
Mm



250
Mm

350
400
450
Mm

450
550
600
Mm

600
900
500
Mm

800
1200
2000
 Jadual 4: Peraturan IEE (Jadual 11A)

Rajah 5: Kaedah pemasangan kabel mengikut peraturan IEE


Rajah 6: Kedudukan Klip yang betul dan kemas

6.1 kelengkapan elektrik perlu disambung ke wayar bumi?

Kelengkapan elektrik yang disambung ke wayar bumi adalah juga dipanggil kelengkapan Kelas 1. Semua kelengkapan elektrik yang mempunyai badan berlogam adalah perlu disambung ke wayar bumi dan menggunakan palam tiga pin.Kelengkapan elektrik yang tidak disambung ke wayar bumi dipanggil kelengkapan Kelas 2. Semua kelengkapan elektrik yang tidak mempunyai badan berlogam tidak perlu membuat sambungan wayar ke bumi dan boleh menggunakan palam dua pin.Walaubagaimanapun kelengkapan tersebut direkabentuk supaya mempunyai dua sistem penebat agar kemungkinan untuk mendapat renjatan elektrik dapat dielakkan.Adalah menjadi asas dalam keselamatan elektrik bahawa setiap kerosakan yang terjadi tidak mendatangkan keadaan yang membahayakan. Adalah sangat penting setiap kelengkapan elektrik memenuhi kehendak-kehendak standard keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan keadaan yang tidak selamat. Setiap kelengkapanyang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga adalah diuji untuk memenuhi keperluan standard-standard keselamatan yang telah ditetapkan.
7. Peraturan IEE membuat tamatan kabel pada alat tambah.

Berikut merupakan beberapa peraturan untuk melakukan tamatan kabel terhadap alat tamabah
  1. Ikatan mestilah kuat. Jika longgar boleh menyebabkan spark yang akan mengakibatkankebakaran.
  2. Semasa ikatan jangan masukkan kabel terlampau ke dalam sehingga ikatan skru berlaku penebat.
  3. Jangan biarkan pengalir pada kabel terdedah, pastikan panjangnya betul-betul sepada dengan ikatan.
  4. Pastikan ada kabel bumi
  5. Mengikut peraturan IEE, setiap badan (rangka) logam perlu dibumikan
  6. Lebihkan 12 inci pada kotak agihan
  7. Lebihkan 4 inci pada soket
8. Untuk Keselamatan Setiap Pemasangan harus diuji. Apakah Pengujian yang dijalankan?

Menurut Peraturan IEE, “pemasangan, tambahan atau perubahan bagi suatu pemasangan yang telah siap hendaklah diperiksa dan diuji bagi memastikan peraturan dan keperluan-keperluan tertentu dipatuhi (413-20)”. Ini bermaksud ialah untuk memastikan pemasangan tersebut benar-benar selamat dan memenuhi kehendak peraturan-peraturan pemasangan.

Setelah pendawaian siap dilakukan langkah pertama yang anda perlu dijalankan ialah dengan melakukan pengujian secara visual (penglihatan mata kasar). Berdasarkan peraturan IEE pemeriksaan secara mata kasar perlulah memastikan perlatan elektrik yang dipasang itu dalam keadaan betul. Iaitu;
  1. Lengkap dan memenuhi kehendak piawaian British (ini dapat dipastikan melalui cop atau sijil yang dikeluarkan oleh pembuat alat-alat itu).
  2. Pemilhan yang betul dan dipasang di tempat dan cara yang betul mengikut kehendak Peraturan IEE.
  3. Tidak kelihatan tanda-tanda akan rosak atau pecah, dengan itu ia sentiasa selamat digunakan
Senarai pemeriksaan penglihatan yang dicadangkan melalui Peraturan IEE untuk memastikan keselamatan pengguna dan pemasangan adalah seperti berikut;
  1. Sambungan pengalir.
  2. Pengenal tugas pengalir
  3. Pemilihan pengalir berdasarkan keupayaan membawa arus dan susutan voltan
  4. Sambungan peranti satu kutub sebagai pelindung atau suis yang berada di pemasangan pengalir hidup.
Pemasangan belum benar-benar selamat sekiranya pengujian berikut tidak dilakukan lagi. Pengujian yang dimaksudkan ialah Ujian Kekutuban, Ujian Keterusan dan Ujian Penebatan.

8.1. Ujian Keterusan

Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama
  1. Ujian keterusan pengalir pelindung
  2. Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang
  3. Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral
Dalam tajuk ini kita hanya belajar Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral. Ujian ini perlu untuk memastikan bahawa litar akhir fasa dan neutral mempunyai keselenjaran yang sempurna dan litar pintas.dengan menggunakan alat uji loceng atau multimeter (range ohm) pengujian dilakukan bagi memastikan kabel hidup, neutral dan bumi tidak disentuh diantara satu dengan lain atau litar pintas

“Menurut Peraturan IEE alat-alat pengujian mestilah sentiasa diperiksa dan diselaraskan mana-mana pelu bagi mendapatkan bacaan tepat. Nombor siri alat-alat ujian yang digunakan mestilah dicatat bersama-sama dengan keputusan ujian. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan pengujian semula jika bacaan salah satu peralatan ujian tidak tepat.”

8.2. Ujian Rintangan Penebatan

Ujian rintangan penebatan mestilah dijalankan sebelum disambungkan kepada bekalan. Ia dibuat untuk memastikan supaya tidak ada arus bocoran di antara pengalir-pengalir bertebat dan juga supaya tidak ada berlaku bocoran ke bumi. Semasa ujian rintangan penebatan dilakukan voltan yang digunakan hendaklah merupakan satu voltan arus terus yang tidak kurang daripada dua kali voltan arus terus normal atau dalam kes voltan arus ulang-alik ia tidak kurang dua kali voltan normal. Oleh itu penguji rintangan penebatan 500 volt adalah cukup untuk tujuan umum. Berikut ialah langkah-langkah menjalankan ujian tersebut
  1. Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)
  2. Semua beban hendaklah ditanggalkan
  3. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on)
  4. Jalankan ujian
  5. Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 Megaohm
8.3. Ujian Kekutuban

Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan berikut memuaskan. Ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Berikut ialah langkah-langkah menjalankan ujian tersebut
  1. Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)
  2. Semua beban hendaklah ditanggalkan
  3. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on)
  4. Jalankan ujian
  5. Menguji suis pada alat kawalan kutub tunggal pada pengalir fasa
  6. Menguji punca sambungan soket keluaran
  7. Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru
  8. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm
9. Peraturan IEE Aksesori

Aksesori pendawaian permukaan juga mempunyai Peraturan IEE. Berikut ialah Peraturan IEE bagi aksesori tersebut;

9.1. Peraturan IEE bagi pemegang lampu


  1. Pemegang lampu berfilamen hanya digunakan untuk litar yang dibekalkan oleh voltan tidak melebihi 250 volt.
  2. Semua jenis pemegang lampu pangkal kilas yang digunakan di tempat lembab atau boleh dicapai semasa berdiri dari atas logam hendaklah di bumikan; dibekalkan atau di dalam pemegang lampu itu, atau diliputi dengan penebat sepenuhnya
  3. Pemegang lampu pangkal kilas jenis acuan penebat mestilah daripada jenis tahan panas (perintang haba) apabila digunakan pada suhu lebih daripada 135°C.
  4. Pemegang lampu yang mempunyai sentuhan luar atau berskru, punca sentuhan luar itu hendaklah disambungkan ke punca neutral.
  5. Pemegang lampu tidak boleh dipasang pada litar yang mempunyai lebihan arus dengan kadaran yang lebih daripada yang ditetapkan dalam jadual 55B.
  6. Pemegang lampu jenis pendant mestilah mengadakan cengkaman atau sebarang cara pelepasan ketegangan bagi kord boleh lentur.

Rajah 7: Jenis-jenis Pemegang Lampu

Jenis pemegang lampu
Kadaran maksimum alat perlindungan arus lebihan yang melindungi litar
Pangkal kilas              B 15
Pangkal kilas              B 22
Skru Edison                B 14
Skru Edison                B 27
Skru Edison                B 14
6 amp
16 amp
6 amp
16 amp
16 amp
Jadual 5: Peraturan IEE ( Jadual 55B )- Perlindungan arus lebihan bagi pemegang lampu

8.2. Peraturan IEE bagi ros siling
  1. Tidak dibenarkan untuk kegunaan di pemasangan yang lebih daripada 250 V
  2. Tidak boleh dipasang bersama-sama lebih dari satu keluaran kord kabel boleh lentur kecuali ia dibuat khas bagi berbilang keluaran .
  3. Punca bumi ros siling mestilah disambungkan kepada pengalir perlindungan litar pada setiap litar akhir
 Rajah 8: Ros Siling

 8.3 Peraturan IEE Suis

  1. Setiap suis satu kutub mestilah disambung kepada dawai hidup.
  2. Setiap suis atau pemutus litar yang tidak diketahui tugasnya mestilah ditandakan.
  3. Suis yang digunakan untuk mengawal peralatan lampu dan peralatan elektrik mestilah diasingkan daripada peralatan tersebut.
  4. Setiap suis yang digunakan untuk bilik mandi mestilah diletakan di tempat yang tidak mudah dicapai oleh pengguna
  5. Arus nominal bagi setiap suis yang mengawal litar lampu discas mestilah tidak boleh kurang daripada dua kali ganda jumlah arus tetap yang mengalir didalam litar
  6. Sekiranya suis tersebut digunakan untuk mengawal lampu filamen dan discas , arus nominalnya mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah arus lampu filamen dan dua kali ganda jumlah arus tetap bagi lampu discas.

9 comments:

  1. salam,saya cuma inginkan kepastian berkenaan pendawaian lampu suis 2 hala.mengikut gambar rajah yang encik tunjukkan ialah S1-L1 ke S2-L2 & S1-L2 ke S2-L1.betul ke mcm tu? sebab saya ada tengok video berkenaan suis 2 hala,dlm video itu menyatakan penyambungan hendaklah selari, iaitu L1 ke L1 & L2 ke L2.Mohon pencerahan daripada tuan.terima kasih..

    ReplyDelete
  2. xksah la L1 ke L2 ataupun L2 ke L1 janji keluarnya adalah sama... terima kasih....

    ReplyDelete
  3. ape beza antara pendant dengan batten?
    saya tidak dapat bezakannya.
    tolong bagi penerangan lebih.
    :D

    ReplyDelete
  4. apela yang komen bodo tu. kite sama2 mencari ilmu. bertanya lebih baik dari jadi bodoh sombong. sekian.

    ReplyDelete
  5. Bos..saya nak tahu..apakah syarat litar lampu mengikut peraturan I.E.E..saya tak tahu lah bos..

    ReplyDelete
  6. dalam dunia ni tidak ada manusia pandai bodo semua sama sahaja. sebabnya biar umur hidup sampai 1000 tahun pun tidak akan boleh belajar dan tahu SEMUA apa yang dinamakan kehidupan seorang manusia.

    ReplyDelete
  7. dalam dunia ni tidak ada manusia pandai bodo semua sama sahaja. sebabnya biar umur hidup sampai 1000 tahun pun tidak akan boleh belajar dan tahu SEMUA apa yang dinamakan kehidupan seorang manusia.

    ReplyDelete
  8. alhaldulillah terima kasih atas nota2 awak yg kat atas..sy tadi dapat buat prektikal test dngn betul atas nota2 awak..terimakasih

    ReplyDelete
  9. Salam Tuan2 sekalian, sy nak tanya mana boleh sy dapatkan "Alat untuk membentuk Timah". Di hardware KL takda Jual. Terima Kasih

    ReplyDelete