Monday, May 23, 2011

Definisi Kurikulum

Kurikulum adalah suatu perancangan untuk pembelajaran. Semua kurikulum mempunyai unsur tertentu (Taba, 1962)
  1. Penyataan tujuan dan objektif spesifik
  2. Pemilihan dan organisasi kandungan pelajaran
  3. Pola instruksi dan pembelajaran
  4. Penilaian hasilan pembelajaran
Kurikulum adalah gabungan kandungan pembelajaran, objektif pembelajaran, urutan pelajaran dan peringkat ujian. (Gagne dan Johnson, 1967)

Kurikulum adalah segala Rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sebuah sekolah atau institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan (Laporan Jawatan Kuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1980)

Kurikulum adalah satu perancangan pendidikan formal yang tersusun atau latihan yang bermatlamat (Pratt, 1980)

Kurikulum adalah perancangan pembelajaran untuk menjadikan seseorang itu berpendidikan (Saylor, Alexander dan Lewis, 1981)

Kurikulum sebagai satu perancangan untuk pembelajaran iaitu objektif yang menentukan apakah pembelajaran yang penting (Wiles dan Bondi, 1989)

Kurikulum sebagai unsur budaya atau ilmu pengetahuan yang dikenal pasti dengan harapan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu (Mohd. Daud, 1993)

Kurikulum adalah program yang ditawarkan kepada pelajar. Ia mengandungi program yang terancang dan seluruh pengalaman yang dipelajari oleh kanak-kanak di sekolah (Eisner, 1993)

Kurikulum sekolah adalah kandungan pelajaran formal dan informal serta proses dimana pelajar mendapat pengetahuan dan kefahaman, membina kemahiran, dan mengubah sikap, minat dan nilai yang diajar di sekolah. (Doll, 1996)

Kurikulum sebagai satu displin – satu bidang kajian seperti perkembangan kurikulum, teori kurikulum, penilaian kurikulum, kurikulum sekolah rendah, kurikulum maktab dan kurikulum universiti (Oliva, 1997)

Kurikulum sebagai suatu Rancangan atau program yang dialami oleh pelajar di sekolah. (1997)

Kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu pelan atau Rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. (Ornstein dan Hunkins, 1998)


Kurikulum Kebangsaan

“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”

Akta Pendidikan 1996
[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers