Wednesday, May 25, 2011

Mereka Bentuk Kurikulum

Dalam membincangkan bagi merancang satu program pendidikan (kurikulum) kita perlu meneliti tujuan, konsep, fungsi, dan struktur kurikulum tersebut. Ini adalah penting untuk mendapatkan gambaran yang rasional tentang hubungan perkara-perkara ini dengan kurikulum yang bakal dibina. Ketika mereka sebuah kurikulum baru prinsip dan rasional perlu dibincangkan secara menyeluruh hingga melibatkan kerpeluan mata pelajaran, kemudahan sekolah, penyediaan guru, kumpulan pelajar yang disasar dan dasar negara ketika pada itu dalam melahirkan modal insan sesebuah negara. Menurut Goodlad (1963), kurikulum yang seimbang harus memberi tekanan yang sama terhadap keperluan pelajar dan mata pelajaran.

Rancangan terperinci perlu diadakan bagi mengkaji atau mereka bentuk sebuah kurikulum secara rasional, namun kemajuan hanya dapat dicapai jika program pengajaran itu dapat dikaji, dikenalpasti dan dipilih dengan tepat untuk melaksanakan kurikulum tersebut. Sekiranya objektif sebuah kurikulum yang dibina tidak difahamkan sejelas-jelasnya oleh setiap guru, kurikulum itu tidak akan menjadi alat yang berkesan untuk mencapai tujuan atau matlamat sebuah program pendidikan yang dihasratkan. Setiap guru seharusnya mengambil bahagian di dalam perancangan kurikulum, sekurang-kurangnya dengan memahami sepenuhnya daripada segi kaedah dan matlamat kurikulum itu. Menurut Taba (1962), guru yang memulakan proses membina unit kecil pelajaran untuk pelajarnya dalam bilik darjah, selepas itu para guru yang akan menggunakan kurikulum.

Ketika mendrafkan sebuah kurikulum, berkenaan falsafah dan psikologi perlu dikaji, dibincang dan disemak secara menyeluruh. Pemilihan objektif dan pertimbangan tentang konsep yang akan digunakan, boleh dilakukan ketika mengkaji serta menyelaras draf kurikulum tersebut. Mengikut Ornstein dan Hunkins (1993), asas utama kurikulum mencukupi empat bidang pengetahuan: Asas falsafah, asas sejarah, asas psikologi dan asas sosial (termasuk budaya, politik dan ekonomi)

Perkara penting yang perlu difikirkan dahulu sebelum memulakan aktiviti mereka bentuk sebuah kurikulum ialah masalah yang telah dikenalpasti melalui kajian yang sistematik. Data-data yang diperolehi perlu dianalisis secara teliti dan terperinci hingga menghasilkan satu rumusan, untuk digunakan sebagai tanda aras bagaimana reka bentuk kurikulum dibina. Menurut Oliva (1997), perkembangan atau pembinaan kurikulum merujuk kepada proses untuk membuat keputusan tentang program kurikulum dan mengkaji semula hasil keputusan itu dalam penilaian yang berterusan.

Perkara lain yang perlu diperbincangkan ketika membentuk kurikulum ialah berkenaan dengan falsafah pendidikan kebangsaan, ia mungkin menjadi satu cara bagi membaiki suatu objektif dan elemen-eleman berkaitan ketika mereka bentuk sebuah kurikulum.

No comments:

Post a Comment