Wednesday, May 25, 2011

Jika Saya Dapat Mengulangi Hidup Saya Semula


Saya akan masuk tidur ketika saya sakit dan bukannya berpura-pura bahawa bumi akan berhenti berputar jika saya tidak berkerja pada hari itu.

Saya akan menyalakan lilin berwarna merah jambu berbentuk bunga mawar itu sebelum ia cair di dalam laci.

Saya akan kurang bercakap dan lebih mendengar.

Saya akan menjemput kawan-kawan untuk makan malam walaupun permaidani bertompok kotor, atau kerusi panjang yang telah pudar warnanya.

Saya akan makan bertih jagung di dalam ruang tamu ‘istimewa’ dan tidak bimbang tentang kekotoran apabila seseorang ingin menyalakan unggun api dipendiangan.

Saya akan meluangkan masa mendengar datuk merepek-repek tentang masa mudanya.

Saya akan berkongsi lebih banyak tanggung jawab yang dilaksanakan oleh suami saya.

Saya tidak akan menutup tingkap kereta pada hari di musim panas hanya kerana rambut saya baru sahaja diset dan dibentuk.

Saya akan duduk di atas padang bersama anak-anak saya dan tidak bimbang tentang tompok kotor dari rumput.

Saya akan kurang menangis dan ketawa semasa menonton televisyen tetapi sebaliknya semasa melihat kehidupan.

Saya tidak akan membeli apa-apa pun hanya kerana ianya praktikal, tidak bertanah, atau dijamin tahan seumur hidup.

Daripada berharap saya dijauhkan daripada mengandung selama sembilan bulan, saya sepatutnya menghargai setiap detik dan menyedari tentang kandungan yang sedang membesar didalam perut saya adalah satu-satunya cara saya membantu Tuhan membuktikan keajaibanNYA.

Ketika anak saya mencium saya, saya sepatutnya tidak berkata, "Tunggu dulu. Pergi basuh tangan untuk makan malam ."

Akan ada lebih "Saya sayangkan awak." Lebih "Maafkan saya ."

Tetapi keseluruhannya, jika diberi satu lagi peluang untuk hidup, saya akan merebut setiap minit ... memandangya dan benar-benar melihatnya, menghidupkannya .. dan tidak akan mengembalikannya.

Berhenti dari bimbang pada perkara-perkara yang kecil.

Jangan risau tentang siapa tidak sukakan anda, siapa yang suka, atau siapa sedang lakukan apa.

Sebaliknya, marilah kita menghargai perhubungan kita dengan mereka yang menyayangi kita.

Mari fikirkan tentang apa yang telah Tuhan berikan kepada kita. Dan apa yang kita telah lakukan setiap hari untuk memajukan diri kita dari segi mental, fizikal, perasaan, dan juga rohaniah. Hidup ini terlalu pendek untuk disia-siakan. Kita hanya mempunyai satu peluang sahaja dan kemudian ia akan pergi.

Catatan: Erma Bombeck menulis tulisan ini setelah mengetahui bahawa dia akan menemui ajalnya disebabkan penyakit barah.
 
Oleh: Erma Bombeck

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers