Sunday, May 1, 2011

Sumayyah Binti Hubbath Ibu Ammar Bin Yasir

Sumayyah adalah sebuah gambaran cemerlang wanita yang pertama kali syahid di dalam Islam. Ia adalah isteri Yasir dan ibu kepada Ammar. Dengan keimanannya, ia berani menentang Abu Jahal (Fir’aun zaman tersebut) yang terkenal kezaliman dan kekejaman.

Sumayyah, suaminya (Yasir) dan anaknya (Ammar) dilempar ke lautan pasir yang amat panas dengan diikat tangan dan kaki mereka hingga tidak dapat bergerak.

Mereka diseksa dengan amat kejam, supaya mereka bertukar fikiran untuk mengikut kemahuan Abu Jahal. Namun begitu, tiada terdengar sepatahpun rintihan dari Sumayyah, Yasir dan Ammar. Oleh sebab dari itu, Abu Jahal terus meningkatkan lagi penyeksaan agar Sumayyah sekeluarga menyatakan kemurtadannya secara terus terang dari agama Islam.

Semakin kuat seksaan Abu Jahal semakin kuat penentangan dari Sumayyah. Sumayyah dengan terus terang menyatakan bahawa ia tetap teguh pada keimanannya, meskipun apa jua penyeksaan yang bakal dilakukan oleh Abu Jahal.

Ketika Rasulullah s.a.w. melewati Sumayyah sekeluarga diseksa, Rasulullah telah bersabda:

“Bersabarlah, wahai keluarga Yasir! Kerana tempat yang dijanjikan untuk kamu adalah syurga.”

Sumayyah menjadi contoh dalam kepahlawanan wanita Islam, yang merupakan orang yang masuk islam pada urutan ketujuh. Ia diseksa oleh Abu Jahal dan ditusuk tombak pada alat kelaminnya hingga syahid dalam Islam.

Sumayyah, Yasir dan Ammar adalah angkatan keluarga yang pertama memeluk Islam. Beberapa orang dari keluarga Ammar bin Yasir bahawa Sumayyah, ibu Ammar diseksa oleh keluarga Bani Mughirah agar meninggalakan agama Islam, tetapi tidak mahu membunuhnya.

Sumayyah wanita tua dan lemah menjadi lambang pengorbanan dalam menegakkan agama Allah. Ia adalah wanita yang pertama kali syahid di dalam Islam dan dapat menjadikan kematiannya untuk menghidupkan keimanannya.

Apabila dikaji, ternyata orang yang pertama memeluk Islam ialah wanita (Siti Khadijah), manakala orang yang pertama mati syahid ialah wanita (Sumayyah). Islam telah memertabatkan kaum wanita begitu tinggi dalam penyebaran agama Islam. Ini menjadi cabaran kepada semua kaum lelaki untuk terus berjuang berkorban harta dan nyawa untuk agama Islam yang suci dan mulia ini.

No comments:

Post a Comment