Thursday, May 19, 2011

MALAS


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, ada seorang lelaki mengaku: "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "Bagaimana tahap kemalasan kamu?"

Lalu lelaki itu menjawab: "kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba seorang lelaki lain berkata: "Saya lagi malas lagi daripada dia tuanku".

Raja berpaling kepada lelaki tersebut lalu bertanya: "Setakat mana tahap malas kamu pula?"

Maka jawab lelaki yang kedua tadi: "Bila saya makan, ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.... (dan merasakan lelaki kedua ini memang paling malas). Tiba-tiba datang sambil berkata: "saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "Hah! Macam mana pula tahap kemalasan kamu?"

budak itu pun menjawab: "Malas saya nak cerita"

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers