Sunday, May 22, 2011

Kerasukan


Kerasukan berpunca dari banyak perkara dan yang paling banyk adalah kerana kerosakan manusia itu sendiri. Apabila seseorang muslim telah lalai dari mengigati Allah atau selalu melakukan hal-hal yang dilarang Allah oleh Allah swt maka itu bererti ia telah mendedahkan dirinya untuk dikuasai oleh syaitan, jin jahat atau jin ‘ifrit.

Menurut Ibnu Taimiyah, kerasukan itu terdir dari dua bahagian;
  1. Ia berpunca dair dari syahwat, hawa nafsu, cinta dan kerinduan yang mendalam seperti biasa dialami oleh manusia. Jin lelaki atau perempuan yang jatuh cinta pada lelaki dan wanita dikalangan manusia.
  2. Kerasukan disebabkan oleh perasaan marah, benci dan hasad dengaki. Misalnya, jin yang merasakan ianya disakiti oleh manusia atau ketenteramannya telah diganggu dan ingin membalasnya
Antara sebab-sebab terjadinya kerasukan ialah;
  1. Perasaan cinta jin lelaki atau perempuan terhadap manusia.
  2. Kekejaman yang dilakukan oleh manusia terhadap jin. Misalnya menyimbah air panas tanpa menyebut nama Allah terlebih dahulu lalu mengenainya atau menyebabkan kematian ahli keluarganya, membuang air kecil merata-rata dan lain-lain.
  3. Kekejaman yang dilakukan oleh jin terhadap manusia. Misalnya memasuki ke dlam tubuh manusia tanpa sebab yang pasti. Ianya terjadi ketika manusia itu menyimpang atau mengengkari perintah Allah dan RasulNya (manusia dalam keadaan marah yang keterlaluan, lalai dari perintah Allah, mengikut kehandak hawa nafsu, ketakutan yang mandalam dan wanita yang berada dalam keadaan yang teramat sedih atau terlalu gembira)
Jenis-jenis kerasukan terdiri seperti berikut;
  1. Kerasukan sepenuhnya; yakni jin telah masuk ke dalam seluruh tubuh manusia. Seperti mengalami kekejangan pada keseluruhan organ manusia.
  2. Kerasukan sebahagian; yakni hanya melibatkan pada salah satu bahagian tubuh manusia. Misalnya pada lengan, kaki, lidah dan sebagainya.
  3. Kerasukan dialami dalam jangkamasa yang panjang bahkan untuk selama-lamnya/
  4. Kerasukan dialami dalam jangkamasa yang singkat atau beberap minit sahaja. Misalnya mengalami mimpi yang menakutkan.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers