Wednesday, May 18, 2011

Nabi Ishaq


Nabi Ishaq adalah Nabi Ibrahim bersama-sama dengan isterinya Siti Sarah. Perkataan Ishak berasal dari bahasa Ibrani yang bermaksud tertawa. Menurut Sejarah Siti Sarah adalah seorang yang mandul dan sudah lanjut usianya. Kemudian tiba-tiba Nabi Ibrahim dan Siti Sarah mendapat khabar gembira dari Malaikat, bahawa mereka akan mendapat seorang anak Lelaki yang soleh. Alangkah gembira dan terkejutnya mereka, kerana merasa diri mereka sudah tua, masukan orang tua yang mandul akan melahirkan anak. Firman Allah swt bermaksud:

“Ketika itu isterinya (Siti Sarah) sedang berdiri, maka tertawalah Siti Sarah ketika Allah memberi khabar gembira kepadanya, bahawa ia akan mempunyai anak, iaitu Ishak, dan Ishak akan mempunyai anak pula yang bernama Yaakub, lalu Sarah berkata: “Hai kiranya sungguh menghairankan benar, aku akan bernak? Pada hal aku dan suami telah tua.”

“Para Malaikat berkata: “Adalah engkau hairan melihat kekuasaan Allah? Itulah rahmat dan kurniaNya kepadamu dan ahli rumah tanggamu semua. Sesungguhnya Allah Maha Mulia dan terpuji.” (Hud: 71-73)

Dengan peristiwa yang menggembirakan ini, Nabi Ibrahim dan Siti Sarah keduanya bersyukur kepada Allah atas adanya khabar ini. Sebagaimana firman Allah bermaksud:

“Perhatikanlah/ingatlah Riwayat hamba-hamba Kami, Ibrahim, Ishak, semuanya mempunyai kekuatan (yang hebat) dan pandangan (luas). Sesungguhnya Kami mensucikan mereka dengan suatu kesucian, iaitu mengingatkan akhirat. Dan sesungguhnya mereka itu pada sisi Kami masuk golongan orang-orang yang baik terpilih.”

Selanjutnya dalam Al-Quran Diterangkan sebagaimana firman Allah swt bermaksud:

“Dan Kami telah menganugerahkan kepada Ishak dan Yaakub sebagai tambahannya; masing-masingnya Kami jadikan orang yang soleh-soleh. Dan Kami jadikan mereka itu menjadi pemimpin (imam) yang menmberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami telah mewahyukan kepada mereka melakukan kebajikan dan mendirikan solat, dan menunaikan zakat, dan mereka itu menyembah Kami.” (Al-Anbiya’: 72-73)

Daripada keterangan ayat Al-Quran di atas, menunjukkan bahawa Nabi Ishak dan Keturunannya itu mendapat rahmat dari Allah sehingga mereka itu menjadi pengikut dan pemimpin umat.

Nabi Ishak mempunyai anak lelaki bernama Yaakub yang menjadi Nabi dan Rasul Allah dan Yaakub ini mempunyai keturunan yang banyak, diantaranya Nabi Yusuf a.s. yang juga menjadi Nabi dan Rasul. Dan dari Nabi Ishak inilah yang menurunkan Nabi-Nabi dari bani Israil yang terus kemudian sampai kepada Nabi Isa a.s. Sesudah Nabi Isa a.s. kemudian ditutup dengan Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad saw dari keturunan Nabi Ismail a.s. Nabi Ishak wafat pada usia 180 tahun dan dikuburkan di Jirun yang sekarang dinamakan kota Madinah.

No comments:

Post a Comment