Monday, February 28, 2011

Bau Badan Busuk

Lebih memalukan jika rembesan peluh mengganggu orang lain

MASALAH ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.

Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine.

Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.

Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri.

Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga.

Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

Info: Cara mengawal bau badan
  • Kerap mandi
  • Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar
  • Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)
  • Berhenti merokok.
Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
Sumber: http://www.bharian.com.my/

Apendisitis Bukan Sakit Perut Biasa


JANGAN makan pedas lagi ya." Itu pesan rakan-rakan kepada Arif (bukan nama sebenar) setelah dia kembali ke pejabat selepas pulih daripada pembedahan membuang apendiks baru-baru ini.

Seperti kebanyakan pembaca, Arif juga pada mulanya tidak mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai sakit yang dialaminya.

Sakit perut seakan senak dan kembung pada tanggapannya disebabkan tersalah makan.

Kesakitan itu bermula ketika dia bangun tidur. Perutnya seperti menegang dan rasa kembung di bahagian tengah. Lama kelamaan melarat ke bahagian kanan abdomen dan berlarutan untuk tempoh yang lama. Ketika itu juga dia berasa seperti mual dan tidak berselera menjamah makanan.

Disebabkan kesakitan yang tidak mampu ditahan, dia menggagahkan diri bersendirian ke klinik berdekatan. Selepas diperiksa, doktor mengesahkan dia mengalami radang apendiks (apendisitis) dan terus merujuk kes tersebut ke hospital berdekatan.

Tanpa berlengah, pembedahan dilakukan bagi membuang apendiks yang telah pun bernanah. Arif bernasib baik kerana masalahnya cepat dikenalpasti dan pembedahan dilakukan dengan segera.

Radang apendiks atau disebut juga sakit apendiks merupakan masalah kesihatan biasa yang dialami ramai individu. Pengetahuan yang cetek mengenai masalah ini menyebabkan ramai memandang remeh mengenainya.

Walaupun tidak terlalu serius, apendisitis sebenarnya boleh mengancam nyawa andai dibiar berlarutan.

Dua kali dibedah

Pengalaman seorang lagi bekas pesakit, Mohd (juga bukan nama sebenar)menjalani dua pembedahan akibat apendiks mungkin boleh menjadi panduan.

Seperti pesakit lain, dia juga pada mulanya tidak mengesyaki diri mengalami apendisitis. Pada peringkat awal, dia menahan sakit dengan mengambil ubat herba yang biasa untuk mengatasi sakit perut.

Disebabkan ia langsung tidak menunjukkan kesan malah semakin lama sakit semakin dirasakan, Mohd terus merujuk perkara tersebut ke klinik berdekatan.

Dia yang didiagnos mengalami apendisitis ringan disyorkan menjalani pembedahan laparaskopi apendektomi di hospital berdekatan. Tiga lubang kecil dibuat dan port dimasukkan bagi mengesan serta membuang apendiks. Malangnya kaedah tersebut gagal menemui struktur tersebut. Puas dicuba dan akhirnya dia terpaksa menjalani pembedahan terbuka pula bagi memudahkan apendiks dibuang.

Menurut Dr. Nazri, kes seperti itu bukan satu perkara yang ganjil untuk berlaku.

Keadaan tersebut berlaku disebabkan usus manusia yang tidak tetap dan berlipat-lipat sehingga menyebabkan kedudukan apendiks mungkin dilindungi atau terkebelakang.

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Sumber: http://www.utusan.com.my/

Sunat Mengelakkan Diri Dari Menguap

Dalam hadis Bukhari dari Abu Hurairah, baginda bersabda yang bermaksud:

“Mwnguap itu dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian menguap, hendaklah menahan seboleh mungkin. Ini adalah kerana apabila seseorang mengeluarkan suara haaaai... (dalam ucapannya), maka syaitan akan ketawa.”
Dalam hadis Muslim dari Abu Said Al Hudri r.a., Rasulullah bersabda yang bermaksud

“Apabila seseorang kalian menguap (bersendawa) maka ia harus menutup mulut dengan tangannya. Sesungguhnya syaitan akan masuk.”

Friday, February 25, 2011

Menyakiti Dan Memaki Orang Muslim


Menyakiti kaum Muslim dengan perilaku yang jahat, atau dengan kata bicara yang lucah dan kasar, begitu juga mengata-ngata nista serta memaki mereka adalah termasuk kelakuan yang buruk amat ditegah Islam. Ini adalah kerana perbuatan itu akan membawa kepada perselisihan dan permusuhan, sedangkan kedua-duanya adalah berdosa dalam pandangan Islam. Allah berfirman yang bermaksud:

“Mereka yang menyakiti orang-orang yang beriman, Lelaki mahupun wanita, terhadap sesuatu yang tidak mereka kerjakan, sungguh mereka memikul fitnah dan dosa yang nyata.” (Al-Ahzab: 58)
Allah berfirman lagi maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman! Janganlah segolongan kaum mengejek golongan kaum lain, yang kemungkinan mereka yang diejek itu adalah lebih baik dari golongan yang mengejek. Dan janganlah pula golongan wanita yang mengejek wanita yang lainnya, yang kemungkinan wanita yang diejek itu adalah lebih baik daripada wanita yang mengejek, dan janganlah kamu saling memaki dan membuat gelaran-gelaran buruk. Seburuk-buruk nama adalah fasik (jahat) sesudah beriman. Dan barang sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka termasuk orang-orang yang zalim (aniaya).” (Al-Hujurat: 11)
Allah berfirman lagi maksudnya:

“Dan janganlah kamu saling mengintip-ngintio dan memfitnah-fitnahi di antara satu dengan yang lain.” (Al-Hujurat: 12)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang yang ditinggalkan oleh manusia lainnya atau dibiarkannya kerana takut akan kejahatannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:

“Hai hamba-hamba Allah! Sesungguhnya Allah akan menghapuskan semua kesalahan, kecuali orang yang sewenag-wenang menyatakan keburukan saudarnya, maka yang demikian itulah menjadi dosa yang kekal dan membawa binasa”

“Setiap orang Muslim bagi orang Muslim yang lainnya, diharamkan darahnya (tidak boleh membunuhnya).” (Riwayat Muslim)

Nabi s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud:

“Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tidak boleh menganiayainya, menghinanya. Memadailah bagi seorang Muslim mendapat dosa, apabila dia menghina saudarnya yang Muslim." (Riwayat Muslim)
Sabdanya lagi yang bermaksud:

“Memaki orang Islam itu adalah fasik (berdosa) dan memeranginya (membunuhnya) adalah kafir.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya: Hai Rasulullah! Wanita si fulanah itu bangun malam bershalat dan pada siang harinya pula berpuasa, namun dia menyakiti tetangganya dengan kata bicarnay?. Nabi mengatakan: Tidak ada gunanya pada semua itu (selama dia menyakiti tetangganya), dia tergolong ahli neraka! (Riwayat Ibnu Hibban, Ahmad, Bazzar dan Hakim)

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.aw. bersabda yang bermaksud:

“Sebutlah kebaikan-kebaikan orang yang mati di antara kamu, dan hindarilah dari berbicarakan keburukan-keburukan mereka!”

Rasulullah telah bersabda, maksudnya:

“Barangsiapa yang menuduh orang dengan tuduhan kafir, ataupun dia mengatakan: Hai musuh Allah! Padahal dia tidak begitu, melainkan hal itu kembali kepada orang tersebut (yang mengucapkan).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bercerita Rasulullah s.a.w., katanya: Pada malam saya diisra’kan saya melalui segolongan orang yang berkuku tembaga yang mencakar-cakarkan kukunya pada mukanya dan dadanya. Maka saya bertanya: Hai Jibril! Siapakah gerangan orang-orang ini? Jawab Jibril: Mereka inilah orang-orang yang memakan daging manusia (yakin mengata-nista orang), dan mencemarkan kehormatan orang (Riwayat Ahmad)

Thursday, February 24, 2011

Tuhanku! Aku kenal Engkau

Diriwayatkan bahawasanya Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada Nabi Daud a.s.: Wahai Daud! Kenallah Aku dan kenal dirimu!

Maka Nabi Daud pun berfikir, lalu berkata: Tuhanku! Aku sudah mengenaliMu bersifat keEsaan, kekuasaan dan kekekalan. Dan aku mengenali diriku yang bersifat kelemahan dan kebinasaan.

Maka berfirman Allah s.w.t.: Sekarang, barulah engkau mengenaliKU!

Kembali dari Jalan

Diriwayat bahawa Musa a.s. berkata di dalam setengah-setengah munajatnya: Hai Tuhanku! Aku sungguh hairan kepada orang yang menemuiMu, kemudian dia berpaling daripadaMu!

Maka menjawab Allah s.w.t.: Hai Musa! Sesungguhnya sesiapa yang telah menemuiKu, dia tidak akan berpaling daripadaKu. Dan tidak berpaling siapa yang berpaling melainkan daripada jalannya sahaja