Thursday, February 3, 2011

6 Tips Elak Perut Buncit



  1. Minum banyak air – meminum air yang banyak dapat membantu mengeluarkan toksin dalam badan secara efektif. Kurang pengambilan air menyebabkan perut menggelembung kerana sistem badan cuba untuk menyahtoksinkan badan daripada sumber lain.
  2. Kurangkan pengambilan garam – Dengan penggunaan garam yang berlebihan dalam maknan, akan menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan membuncit.
  3. Makan perlahan-lahan – Janganlah kita gelojoh ketika makan. Sekiranya kita berbuat demikian, udara yang tertahan dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut membuncit. Selain itu, makanan yang tidak terkunyah tidak dapat dicerna sepenuhnya yang juga mampu menghasilkan gas tersebut.
  4. Pengambilan serat – Pastikan kita kerap melakukanpengambilan serat dalam buah-buahan dalam menu makanan harian, kerana ianya dapat membantu mengimbangi proses penghasilan air dalam badan supaya stabil.
  5. Elakkan sembelit – Kita digalakkan dengan makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, ini adalah untuk mengelakkan sembelit kerana kurang membuang air besar boleh menyebabkan perut membuncit.
  6. Bersenam – Bersenam adalah salah satu cara terbaik untuk mengempis perut yang buncit, dengan bersenam ianya mampu menggerakkan medium dalam perut yang menyebabkan perut membuncit dengan menyalurkannya keluar melalui aliran darah dan seterusnya dikumuhkan melalui peluh dan sistem perkumuhan kita sebagai urine.

No comments:

Post a Comment