Wednesday, February 2, 2011

Jangan Menjadi Hamba-Hamba Yang Sombong, Bongkak Dan Ego


Di dalam sebuah hadith qudsi, Allah S.W.T. telah berfirman, yang bermaksud:

“Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia yang lainnya: Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi kepada orang miskin yang pemurah; Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati/diri; Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat".

Huraian ringkas:

Orang kaya mudah memperolehi wang yang banyak dan menjadi kebiasaan bagi si kaya bersedekah dan bermurah hati.

Berbeza dengan orang miskin terpaksa berhempas pulas dan mebanting tulang untuk mendapatkannya tetapi jika si miskin itu pemurah maka Allah lebih mencintainya.

Orang muda mudah terdorong untuk mengikuti hawa nafsu, jika dilihat sekarang ini jarang dilihat orang-orang muda memiliki ketekunan beribadah dan beramal soleh.

Inilah sebabnya Allah menyintai orang muda yang bertaubat kerana jikalau orang tua yang bertaubat, memang sepatunya dia berbuat demikian.

Janganlah kita menjadi hamba-hamba yang sombong, bongkak dan ego kerana kita hanyalah makhluk yang dijadikan oleh Allah agar beribadat kepadaNYa yang mana akhirnya kepadaNya jualah kita akan kembali dan akan diperhitungkan nasib dan amalan kita.

No comments:

Post a Comment