Wednesday, February 16, 2011

8 Perspektif Keusahawanan



Dalam membincangkan aspek keusahawanan terdapat lapan perspektif yang dilihat mempunyai kaitan rapat dengan bidang ini. Lapan perspektif yang dimaksudkan ialah:
  1. Membangunkan kekayaan iaitu melalui keuntungan hasil daripada kesulitan yang ditempuhi
  2. Membangunkan perniagaan iaitu melalui penubuhan syarikat dengan menggabungkan kekuatan di antara mereka
  3. Membangunkan inovasi iaitu melalui penciptaan baru produk atau idea dengan keberanian dan keyakinan yang dimiliki
  4. Membangunkan perubahan iaitu melalui penyesuaikan kehendak manusia, situasi dan persekitaran
  5. Membangunkan pekerjaan melalui penyediaan peluang pekerjaan yang diwujudakan hasil daripada kegiatan keusahawanan.
  6. Membangunkan pertumbuhan melalui perkembangan jualan dan pendapatan dengan membina keyakinan.
  7. Membangunkan nilai melalui penumpuan kepada persoalan sosial yang tidak sepatutnya diabaikan.
  8. Membangunkan keredhaan Allah melalui amal makruf dan Mencegah kemungkaran dengan memiliki sifat rendah diri, berserah dan beristiqamah atau tetap pendirian.

No comments:

Post a Comment