Wednesday, February 2, 2011

Love Bite


Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, diatas katil. sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk namtun isterinya terrangsang perasaan ghairah malam itu.

Si isteri bersuara,"Masa dulu-dulu tu, abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu, abang selalu cium pipi saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tidur balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu, abang selalu gigit-gigit leher saya!"

Dengan perasaan marah dan geram, si suami mencampak selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak pergi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab, "NAK PERGI AMBIL GIGI LA!!!"

No comments:

Post a Comment