Wednesday, February 16, 2011

Kecerdasan Emosi Dan Kesabaran


Antar ciri-ciri kecerdasan emosi merangkumi konsep kesabaran, menurut Islam ialah orang yang berkecerdasan emosi yang tinggi berupaya menahan marah yang sedang berlaku, malah sifat sabar menahan marah itu adalah di antara ciri-ciri ataupun sifat orang yang bertakwa (ali-Imran: 134). Sesungguhnya kekuatan hakiki seseorang itu bukan bergantung kepada kekuatan fizikal, membolehkan seseorang itu berjaya menumbangkan lawannya. Orang yang benar-benar kuat ialah mereka yang berupaya menahan dirinya ketika marah.

Dengan kata lain, orang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal emosinya dengan baik. Walaupun Rasulullah tidak secara khusus menyebutkan kata sabar di dalam hadith ini, tapi para ulama menjelaskan hadith ini dalam konteks kesabaran. Orang yang mampu mengawal emosinya adalah orang yang sabar. Ketika ia berhadapan dengan situasi yang mendorongnya untuk beremosi negatif, maka dalam situasi sebegitu ia tetap mampu memilih bertindakbalas dengan beremosi yang positif.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. “Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” (Riwayat al-Bukhari)

Ciri yang kedua dari kecerdasan emosi adalah ’kemampuan dalam menahan hawa nafsu’ Orang yang cerdas emosinya, memiliki kemampuan untuk menahan hawa nafsu pada dirinya. Sementara orang yang tidak cerdas secara emosi, cenderung ingin memuaskan hawa nafsu dirinya sesegera mungkin.

Orang-orang yang berjaya menahan hawa nafsu dirinya adalah oranya ingin mendapatkan kejayaan yang lebih sempurna di masa depan. Sekiranya mereka mampu dengan dengan menahan hawa nafsu, mereka adalah orang berpotensi lebih besar dalam meraih kecemerlangan dalam hidup.

Contohnya, seorang anak membuat keputusan untuk belajar dan menahan keinginan nafsu untuk bermain ‘play station’ atau menonton video demi menjadi pelajar cemerlang akademik dan berjaya di masa hadapan. Anak tersebut berkemungkinan besar menjadi orang cemerlang dan berjaya dalam hidup di masa hadapan. Anak itu adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi.

No comments:

Post a Comment