Thursday, February 10, 2011

Menjaga Imej Agama



SABDA Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini? (Riwayat: at-Tabrani)

Huraian Hadith:
  1. Akhlak yang mulia merupakan perhiasan diri selain daripada cerminan agama yang dianuti.
  2. Islam memerintahkan penganutnya agar sentiasa memperelokkan akhlak mereka dan menjauhi segala sifat-sifat yang buruk sehingga menjadi fitnah pada agama. Contohnya banyak berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini yang menyalahtafsirkan ajaran agama dan melakukan berbagai perbuatan buruk dan zalim yang didakwa dilakukan di atas nama Islam.
  3. Allah mengetahui segala yang tersirat di dalam hati manusia. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam melakukan segala sesuatu agar tidak menjatuhkan maruah diri, agama dan masyarakat sekeliling.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers