Wednesday, February 2, 2011

C.I.N.T.A.


Ada yang berkata, C.I.N.T.A. itu terlampau subjektif. Maksudnya, apa saja boleh ditafsirkan berdasarkan apa yang seseorang itu rasai dan fahami.

C.I.N.T.A. itu dengar khabarnya sesuatu yang mampu membuat seseorang bertukar watak dan juga penampilan. Kalau dulu selekeh, sekarang sudah lebih memilih baju apa nak dipakai. Kalau dulu tiada tampalan warna di wajah, kini sudah berwarna-warni bak pelangi.

C.I.N.T.A. itu juga dengar khabarnya begitu mengasyikkan si pelayarnya. Hingga ada yang sanggup berhabisan duit semata-mata untuk membeli kad tambah nilai. Jika tidak dihubungi si teman pelayar C.I.N.T.A. dalam sehari, sudah pasti ada yang merajuk membawa diri, dengan harapan akan dipujuk dengan kata-kata manis bak coklat berinti kurma. Barulah berbunga-bunga dalam hati.

C.I.N.T.A. itu juga bisa membuat si pelayarnya hanyut tanpa kemudi andai tiada sauh yang kuat dipasak dalam diri. Ada yang sanggup lari meninggalkan keluarga sendiri demi memenuhi tuntutan hati. Segala jasa famili sudah hilang melihatkan C.I.N.T.A. yang dianggap sejati dari si pelayar yang bernama lelaki. Mentang-mentang dalam hati sudah ada taman mini.

C.I.N.T.A. itu memang subjektif pada si pelayar yang tidak cuba mengenal C.I.N.T.A. yang hakiki. C.I.N.T.A. ini sudah pasti objektif dan hakiki. C.I.N.T.A. pada yang SATU pasti membawa kita kepada C.I.N.T.A. yang sebenar dan kekal abadi.

C.I.N.T.A. bersulamkan C.I.N.T.A. pada Yang SATU pasti membawa si pelayar C.I.N.T.A. untuk bersatu semula di suatu tempat yang kekal abadi. Jauh dari kekacauan sejuta macam badai beban duniawi, tapi penuh dengan Rahmat dan Mawaddah Illahi.

Sumber: http://www.hafizmohd.com/

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers