Wednesday, September 8, 2010

Membawa Pembelajaran Dalam Kehidupan


 Ingin mengajar anak anda tentang monyet? Lupakan buku bergambar. Bawa anak anda ke zoo dan tunjukkan dia monyet yang sebenar

Anda menyediakan bekalan makanan tengah hari sementara si kecil pula sibuk memakai kasutnya. Anda berdua akan pergi ke taman hari ini dan ianya pasti menyeronokkan!


Ini adalah kerana anda ingin mengikuti pelajaran yang diajar di tadika dan gurunya baru selesai mengajar nama bunga bungaan. Anda ingin menguji pengetahuannya: berapa jenis bunga yang boleh dikenalpastinya? Yang menggembirakan anda (dan anak anda), dia berjaya menamakan kebanyakan bunga di taman tersebut! Ia pasti lebih menyeronokkan untuk melihat benda sebenar jika dibandingkan kad bergambar di tadika



Ini adalah contoh mudah bagaimana anda dapat menjadikan pembelajaran sesuatu yan menyeronokkan untuk anak anda. Selain mengetahui apa yang dipelajari oleh anak anda di tadika, adalah penting untuk mengulangkajinya di rumah. Ia memberikan peluang kepada anak anda untuk mengaplikasi apa yang telah dipelajarinya di tadika

CUBALAH INI!
  • Mencari Harta Karun: Rancang satu pencarian harta karun untuk anak anda. Setiap petunjuk mempunyai satu soalan matematik yang mudah yang harus diselesaikan untuk mendapatkan petunjuk seterusnya. Sekiranya dia berjaya menyelesaikan semua petunjuk tersebut, dia akan mendapat hadiah. Manakala ganjaran anda adalah kegembiraan anda apabila mengetahui anak anda mahir menambah dan menolak.
  • Penggunaan Komputer: Gunakan komputer sebagai alat bantu pembelajaran. Beli beberapa permainan komputer berunsur pendidikan atau kenalpasti laman-laman web pendidikan direka khas untuk kanak-kanak. Ciri-ciri interaktif dan animasi berwarna-warni akan menarik perhatian kanak-kanak. Beberapa laman web untuk mencuba ialah: www.britishcouncil.org/kids.htm, www.fatlion.com/science dan www.kids. discovery.com
  • Hubungan Manusia: Sesetengah kanak-kanak belajar dan memperolehi informasi dengan lebih efektif apabila mereka berinteraksi dengan orang lain. Sebagai contoh, jika anak anda telah memberitahu kepada kelas bahawa dia ingin menjadi seorang doktor haiwan apabila besar nanti, mengapa tidak memperkenalkannya kepada anak anda? Peluang berinteraksi dengan doktor haiwan sebenar memberikan satu pendedahan serta peluang pembelajaran yang menarik.
  • Jadikan Sebenar Yang Mungkin: Ketahui apa yang dipelajari oleh anak anda di tadika dan jadikan ia yang benar kepada anak anda. Jika gurunya telah mengajar tentang buah-buahan tempatan, anda boleh memberi kejutan kepadanya dengan menghidangkan buah-buahan sebagai snek atau pencuci mulut di rumah. Galakkan anak anda menerangkan tekstur, bentuk, warna dan rasa bagi setiap buahbuahan dan perbezaan antara buahbuahan tersebut
Oleh: Cik Woo Pei Jun, Ahli Psikologi Pembangunan
Sumber: http://www.mypositiveparenting.org/

No comments:

Post a Comment