Sunday, September 5, 2010

Penyakit Kelamin

Apakah penyakit kelamin?

Penyakit Kelamin merupakan sejenis penyakit yang disebarkan daripada seseorang melalui hubungan seks

Apakah contoh-contoh penyakit kelamin?

Terdapat lebih kurang 21 jenis penyakit jangkitan seks yang disebabkan oleh virus, bakteria, fungus dan parasit. Jenis-jenis penyakit kelamin yang disebabkan oleh infeksi berlainan ianya seperti berikut;

  • Bakteria: Syphilis, Gonorrhoea, Cankroid, Granuloma Inguinale, Chlamydia dan Lymphogranuloma Venerum.
  • Virus: Genital Herpes (herpes kelamin), Genital Warts (ketuat kemaluan) dan AIDS (sindrom kurang daya tahan melawan penyakit).
  • Fungus: Candidiasis
  • Parasit: Scabies

Apakah tanda-tanda penyakit kelamin?

Tanda-tandanya berbeza bergantung kepada jenis penyakit kelamin dan organisma yang menyebabkannya. Tanda-tanda umum termasuklah:

  • Keluar cecair lendir seperti nanah daripada alat kelamin (lelaki/wanita)
  • Kudis atau ketumbuhan pada alat kelamin, mulut dan dubur
  • Gatal atau ruam di sekeliling alat kelamin
  • Rasa sakit/pedih ketika kencing

Apakah akibatnya jika tidak dirawat?

Penyakit kelamin yang tidak dirawat akan menyebabkan komplikasi (akibat yang lebih teruk) kepada pesakit. Pesakit yang tidak dirawat boleh menjangkitkan penyakit ini kepada orang lain melalui hubungan seks.

Gonorrhoea

Tanda dan gejala penyakit gonorrhoea kelihatan di antara 2-5 hari atau 1-10 hari selepas hubungan seks dengan orang yang telah dijangkiti. Tanda-tanda seseorang itu diserang penyakit ini ialah;

  • Nanah yang keluar dari alat kelamin
  • Rasa sakit dan pedih ketika kencing
  • Kerap kencing

Komplikasi (akibat tidak dirawat) ialah seperti berikut;

  • Kemandulan (kuman gonorrhoea boleh merosakan organ peranakan wanita)
  • Keradangan mata pada bayi baru lahir (daripada ibu yang dijangkiti)
  • Kornea mata rosak, boleh menyebabkan buta

Syphilis

Terdapat 3 peringkat penyakit syphilis iaitu;

Peringkat pertama: dimana tanda dan gejala pada peringkat ini kelihatan 10-90 hari selepas hubungan seks dengan pembawa. Tanda-tanda seseorang dijangkiti pada peringkat ini ialah;

  • Kudis (ulcer) biasanya bulat
  • Selalunya terdapat pada alat kelamin, bibir dan lidah pesakit

Peringkat kedua: pada peringkat ini, tanda akan kelihatan selepas 2-6 bulan setelah dijangkiti. Tanda-tanda seseorang itu dijangkiti peringkat ini ialah;

  • Ruam pada seluruh badan tetapi tidak gatal
  • Taompok-tompok putih dalam mulut, tekak dan bengkak di kaki
  • Keguguran rambut yang teruk
  • Pembengkakan kelenjar limfor

Komplikasi (akibat tidak dirawat) ialah seperti berikut;

  • Tanda dan gejala penyakit syphilis peringkat pertama dan kedua boleh hilang tanpa rawatan, tetapi kuman penyakit ini masih berada di dalam tubuh pesakit
  • Jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan seseorang mendapat syphilis peringkat ketiga.

Peringkat ketiga: tanda akan kelihatan selepas 3-25 tahun dijangkiti. Tanda-tanda seseorang itu dijangkiti penyakit pada peringkat ini ialah;

  • Rasa letih, tidak bertenaga
  • Pembentukan tulang tidak normal
  • Kebutaan
  • Lumpuh
  • Otak mengecil/kecut
  • Sakit jantung

Komplikasi (akibat tidak dirawat) ialah seperti berikut;

  • Bagi wanita yang mengandung yang dijangkiti sakit ini boleh mengakibatkan bayi cacat (buta, pekak, gigi tumbuh tidak teratur dan pertumbuhan tulang tidak normal)

Herpes

Tanda-tanda jangkitan herpes akan kelihatan 5-14 hari selepas seseorang itu jangkiti. Tanda-tanda tersebut ialah;

  • Tumbuh ruam (vescles) di sekitar alat kelamin
  • Bengkak dan rasa sakit pada alat kelamin
  • Bengkak dan rasa sakit di sendi

Ruam herpes boleh hilang selepas 10-12 hari tetapi ia boleh kembali. Bagi wanita yang mengandung, anak yang dilahirkan boleh buta dan terencat akal.

Genital Warts (Ketuat Kemaluan)

Ketua atau kutil kemaluan akan kelihatan selepas 6-8 minggu setelah dijangkiti. Tanda-tanda seseorang dijangkiti penyakit tersebut ialah;

  • Biasanya lembut, berbentuk seperti bunga kobis, tumbuh disekeliling alat kemaluan lelaki/wanita
  • Kadang-kadang ia keras dan licin di permukaannya
  • Tumbuh dalam kumpulan atau bersendirian

Ketuat kemaluan boleh meningkatkan risiko kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Bagi wanita mengandung, ia boleh menjangkiti bayi yang dilahirkan.

AIDS

Sindrom kurang daya tahan melawan penyakit ini adalah disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus), yang mengakibatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit seseorang lumpuh. Tanda-tanda sesorang dijangkiti penyakiti tersebut ialah;

  • Susut berat badan lebih daripada 10%
  • Demam berpanjangan melebihi 1 bulan
  • Cirit-birit yang berlarutan melebihi 3 minggu
  • Kelesuan badan yang berlanjutan

Virus HIV merebak melalui;

  • Hubungan seksual dengan orang yang telah dijangkiti
  • Berkongsi jarum suntikan yang telah dicemari dengan virus HIV
  • Ibu yang dijangkiti kepada anak dalam kandungan

Chlamydia

Tanda penyakit ini akan kelihatan selepas 5 hari – 4 minggu, selepas hubungan seks dengan seseorang yang dijangkiti. Tanda-tandanya ialah seperti berikut;

  • Keluar cecair berwarna kekuningan dan putih dari dalam kemaluan
  • Sakit/pedih ketika kencing

Risiko orang mengidap penyakit ini ialah;

  • Mandul
  • Risiko jangkitan bayi dalam kandungan

PERINGATAN

Elakkan melakukan hubungan seks dengan orang yang anda tidak tahu latarbelakang kesihatannya, pastikan;

  • Segera berjumpa doktor. Jangan cuba merawat sendiri (setiap jenis penyakit kelamin mempunyai ubat dan rawatan yang berbeza)
  • Pastikan pasangan anda juga diubati, untuk mengelak dijangkiti semula.

No comments:

Post a Comment