Friday, September 3, 2010

Selamat Tinggal SMVBP

En. Tan Meng Ting... Guru Kanan yang baik hati..
Geng GBS
Kelas 5 Elektrik 2 (2007)
 
Menjadi Fasilitator (LPM) untuk mata pelajaran Prinsip Elektrik dan Elektronik
Kelas 5 Elektrik 1 (1997)
Jamua Perpisahan Ketua Bengkel Elektrik (2010)
Mesyuarat Bersama BPK, KPM di Seremban
Kursus CBT anjuran bersama Australia Technology Transfer dan BPTV, KPM
 GBS... Suka melawak... lawak ganas dalam bilik ni je...
 
Rakan sekerja (2004) En, Huzaifah (Sekarang bertugas di PPA Terengganu)
Reakrasi di Pulau Betong, Balik Pulau, Penang bersama Kelas 5 elektrik 1 (1995)
Mesyuarat bersama BPTV, KPM di Kuala Terengganu
Ceramah Teknik Menjawab Soalan Pelajar SPM 2010 SMV Arau, Perlis
Mengurus Kursus Laman Web anjuran bersama ULKS, SMVBP dan Perda Pulau Pinang
Ceramah  Membina Item bagi mata pelajaran MPAV anjuran Unit Elektrik dan Elektronik SMVBP
Bilik guru saya (1996-1999)
2003 di Bengkel Elektrik SMVBP (masa itu SMVBP ditukar SMTBP).... satria merah tu dah dijual
Bersama pengetua ketika itu, En Azami dan isterinya di hari majlis perkahwinan saya (2003)
Pertanding bola tampar antara pasukan guru dan pemain sekolah pada sambutan guru 2010, menang sebab pelajar sporting... Hari Guru....katakan
 Anugerah pencaparan 100% mata pelajaran SPM 2008
 Bersama rakan suka ketawa di kantin En Asrul, ketika pertandingan Futsal Guru antara sekolah-sekolah Teknik dan Vokasional Peringkat Pulau Pinang.. dapat no 3 je...
Jamuan berbuka puasa bersama-sama keluarga bagi guru-guru kemahiran (SKM)
Sebagai guru pembimbing di pertandingan roket peringkat Pulau Pinang
Geng rumah bujang (1998) En. Mahyuddin (berpindah di SMV Arau), Saya, En. Yusmar (berpindah ke SMV) dan En. Jamil (masih di SMV Balik Pulau)
 Bersama-sama ahli jawatan kuasa Kuiz Elektrik (1997)
 Bersama sahabat baik... kami bukan mat rempit (1998)
 Bermain Futsal pada waktu petang
 Sebagai guru pembimbing pertandingan rekacipta peringkat Pulau Pinang di SMTTARP (2006)
My Best Friends
Rakan seperjuangan En. Amir, En. Redho, En. Ridzuan (berpindah ke PPA Sg. Petani),
En. Jamil dan En. Saliehill
Punch Card terakhir di SMVBP (3 September 2010)

Terdapat banyak kenangan di Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau (SMVBP). Hampir 16 tahun (1995-2010) saya mengajar di sana. Pada tahun 1997 SMVBP telah bertukar menjadi SMTBP (Sekolah Teknik), akhirnya pada tahun 2010 sekolah ini menjadi SMVBP semula. Terima kasih kepada guru-guru senior yang banyak menberi tunjuk  ajar bagaimana hendak menjadi guru sebenar (ada yang sudah bersara, ada yang bertukar sekoalah dan ada yang masih setia di SMVBP), semoga jasa anda dibalas Allah s.w.t. Masa sudah berlalu dan saya ditukarkan ke Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM Putrajaya. Untuk mengimbas kembali masa mula-mula sekali hingga saya ditukar di Putrajaya memang menyentuh perasaan. Pun begitu saya akur bahawa setiap pertemuan mesti akan diakhiri dengan perpisahan. Saya berhijrah mengejar cita-cita, meninggalkan sahabat yang dikasihi untuk meneruskan perjuangan yang mulia sebagai guru. Sahabatku kuatkanlah keazamanmu untuk mendidik anak bangsa, agar mereka tidak tewas di masa hadapan.

Tuai pada antara nampak,
esok jangan layu-layuan.
Intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan

6 comments:

  1. tq adam...jasa anda hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya

    ReplyDelete
  2. Terima kasih... semogo usaha kita diredhai Allah

    ReplyDelete
  3. TQ Adam... semoga segala pengalaman & ilmu pengetahuan dapat dicurahkan di Putrajaya dan dikongsikan dgn kami di SMV... Selamat Berjaya

    ReplyDelete
  4. terima kasih... din!!! bila ko nak update blog ko... boleh kita berkongsi maklumat...

    ReplyDelete
  5. faizul 97/98 elektrikJanuary 3, 2012 at 9:48 PM

    a'kom cikgu, tak tersangka jumpa blog cikgu adam kek sini ;p ... apa2 pun.. moga sihat2 slalu ;p....

    ReplyDelete