Wednesday, September 15, 2010

Syaitan menyamakan riba dengan berniaga.


Orang yang telah digoda syaitan untuk memakan riba, ia menganggap bahawa riba itu sama dengan berniaga. Ia tidak mahu berhenti daripada menjalankan wang riba itu, kerana telah dihiasi oleh syaitan, bahawa perkerjaan dan perbuatannya itu adalah baik, ringan kurang tenaga, tetapi untungnya berlimpah-limpah dan lekas kaya. Begitulah syaitan menghiasi perbuatannya yang buruk itu, agar dipandang baik.

Firman Allah s.w.t.

"Orang-orang yang makan riba itu tidak sekali-kali mengerjakannya, melainkan seperti orang yang kemasukan syaitan. Yang demikain, kerana mereka mengatakan, bahawa dagang sama dengan riba." (Al-Baqarah: 275)

Putar belit syaitan itu, dapat mempengaruhi tukang riba, dan ia menganggap riba sama dengan dagang. Dan kalau sudah sama dengan dagang, pada anggapannya, maka hukumnya juga halal. Begitu beraninya syaitan dan pengikut-pengikutnya memutar-balik hukum. Yang haram dicari-carinya jalan supaya dipandang halal oleh manusia.

Cara putar belit yang mengelirukan in,i banyak memasukan manusia ke dalam perangkap syaitan. Dalam islam riba hukumnya haran seperti firman Allah s.w.t.

'Dan Allah halalkan dagang, dan Ia haramkan riba." (Al-Baqarah: 275)


Maka hanya orang yang ada dan berjalan di jalan hidayah Allah yang tak mudah digoda dan diperdayakan oleh syaitan.

No comments:

Post a Comment