Saturday, September 4, 2010

Strok

Apakah itu strok?

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, disamping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan. Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan berkurangan oksigen dan nutrien.

Beberapa faktor berlainan meningkatkan risiko strok, termasuk:

  • Penyakit kencing manis (Diabetes)
  • Pernah mengalami TIA
  • Fibrilasi atrium
  • Merokok
  • Tabiat minum alkohol
  • Tekanan darah tinggi (Hipertensi)

Apakah gejala-gejalanya?

  • Kelemahan atau merasa kebas mengejut
  • Kekaburan penglihatan
  • Kesukaran bertutur
  • Kehilangan imbangan
  • Sakit kepala yang teruk dan mengejut
  • Rasa mual dan muntah

Bagaimana strok didiagnos?

  • Pengukuran tekanan darah
  • Ujian darah
  • X-ray
  • Elektrokardiagrom
  • Ekokargiogram
  • Imbasan otak
  • Imbasan ultra bunyi

Mengurangkan risiko strok berulang

Mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi mereka yang telah mengalami strok atau serangan iskemia sementara (TIA), sentiasa ada kebimbangan akan strok berlaku lagi walaupun risikonya lebih besar dari seseorang yang tidak pernah mengalami strok; Anda boleh mengubah gaya hidup anda untuk mengurangkan risiko strok berulang.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers