Raja Namrud dan para pembesar lainnya tidak dapat menahan kemarahan melihat perbuatan Nabi Ibrahim yang menurut mereka sangat keterlaluan.
Setelah selesai Nabi Ibrahim selesai berpidato, para hakim memutuskan bahawa Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup sebagai balasan atas perbuatan yang menghina dan menghancurkan tuhan-tuhan mereka. Para hakim berseru yang didengari oleh rakyat Raja Namrud "Bakarlah ia dan belalah tuhan-tuhanmu, jika kamu benar-banar setia kepadanya."
Keputusan mahkamah telah dijatuhkan, Nabi dihukum dengan dibakar hidup-hidup dalam api yang besar. Persiapan bagi upacara pembakaran yang akan disaksikan oleh seluruh rakyat jelata sedang diaturkan. Tanah lapang guna tempat pembakaran disediakan dan diadakan pengumpulan kayu bakar secara massal, dimana setiap penduduk diperintahkan oleh Raja Namrud supaya mencari kayu untuk upacara pembakaran terhadap Nabi Ibrahim.
Berduyun-duyunlah para penduduk dari segala penjuru kota membawa kayu bakar sebagai sumbangan dan tanda bakti kepada tuhan mereka. Diantara mereka terdapat wanita-wanita hamil dan orang-orang sakit, yang membawa sumbangan kayu dengan harapan memperolehi barakah dari tuhan-tuhan mereka dengan menyembuhkan penyakit mereka dan melindungi mereka ketika bersalin.
Setelah terkumpul kayu bakar di tempat yang disediakan untuk upacara pembakaran dan tertumpuk serta tersusun laksana sebuah bukit, maka datanglah penduduk ramai-ramai untuk menyaksikan upacara tersebut. Kayu lalu dibakar dan terbentuk gunung api yang dahsyat, lidah api menjulang tinggi hingga burung-burung yang sedang berterbangan di atasnya jatuh terbakar oleh kepanasan wap yang ditimbulkan oleh api menggunung itu.
Anggapan penduduk-penduduk yang menyaksikan pembakaran Nabi Ibrahim ketika itu, bahawa Nabi Ibrahim telah terbakar hangus menjadi abu. Namun tidak demikian anggapan mereka adalah amat meleset sekali. Nabi Ibrahim selamat dibakar dengan api yang seperti gunung besarnya itu tidak membakar Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tidak merasa panas sedikitpun dan kelihatan seperti biasa sahaja.
Firman Allah s.w.t.
"Hai api! Hendaklah dingin dan selamatkan Ibrahim."
Dan memang demikianlah apa yang terjadi, ketika ia berada di dalam perut api yang menggunung tersebut. Sesuai dengan firman Allah s.w.t., hanya tali-tali dan rantai yang mengikat Nabi Ibrahim hangus terbakar, sedangkan tubuh dan pakaian Nabi Ibrahim tidak terjejas langsung. Ini merupakan salah satu mukjizat yang dikurniakan Allah terhadap Nabi Ibrahim, agar Nabi Ibrahim dapat meneruskan dakwah dan menyampaikan risalah Allah kepada umat manusia.
No comments:
Post a Comment