Thursday, March 31, 2011
Apakah Kita Semakin Tamak?
BENARKAH ada di antara kita kini mula tidak ambil peduli apabila musibah menimpa orang lain? Adakah masyarakat kita yang penuh dengan sifat sopan-santun dan berbudi bahasa sudah bertukar menjadi tamak haloba?
Beberapa kejadian yang berlaku awal tahun ini telah memaparkan realiti sebenar sikap segelintir masyarakat kita.
Februari lepas, seluruh negara membaca luahan rasa kecewa seorang pemandu lori treler Ahmad Rozlin Ahmad Murad, dengan sikap orang ramai berebut memungut kampit berisi beras yang bertaburan di atas jalan raya selepas lori treler tersebut terlibat dalam kemalangan, tanpa mempedulikan mayat rakannya yang tersepit di kenderaan itu.
Sebulan sebelum itu, keluar juga berita dalam media mengenai kenderaan pacuan 4-roda yang membawa lebih RM70,000 (dalam bentuk syiling) terlibat kemalangan di KM 244 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pedas.
Duit syiling itu bertaburan di atas jalan raya. Sesetengah mereka dari kenderaan yang lalu di situ seolah-olah 'berpesta' memungut wang yang bertaburan dan tidak menghiraukan rayuan pemandu kenderaan pacuan 4-roda itu agar tidak 'diambil' syiling tersebut.
Kejadian berkenaan menarik pelbagai reaksi sama ada daripada orang ramai mahupun golongan ulama serta cendikiawan.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harrussani Zakaria seperti yang dinyatakan dalam laporan sebuah akhbar menegaskan, duit tersebut haram diambil serta digunakan kerana ia mempunyai pemilik dan wajib dikembalikan semula.
Manakala Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut berpendapat orang ramai hendaklah membantu mangsa kemalangan tersebut dan memulangkan kembali wang syiling dan bukannya mengambil kesempatan daripada insiden itu.
Malah beliau menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara Islam seperti Malaysia.
Wajarkah insiden-insiden yang mencerminkan 'tamak haloba' rakyat Malaysia berlaku sedangkan kita memang dididik dengan sikap Masyarakat Penyayang dan Berbudi Bahasa?
Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ini? Tinggal sembilan tahun sahaja lagi untuk kita sampai ke tahun 2020 dan mencapai Wawasan 2020. Malah kita juga sedang berusaha menjayakan Gagasan 1Malaysia.
Sayangnya, adakah masyarakat sudah bersedia mendekati matlamat tersebut? Ahli Psikologi Sosial dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Intan Hashimah Mohd. Hashim berkata, beliau melihat hal ini dari dua aspek.
Pertama, faktor orang ramai tidak membantu seseorang yang telah mengalami kemalangan. Kedua, kenapa pula orang sanggup mencuri/mengambil barangan yang bertaburan kesan daripada kemalangan tersebut?
Menurut Dr. Intan Hashimah, sikap itu tidak semestinya ada kaitan dengan nilai sopan-santun dalam masyarakat tetapi lebih kepada apa yang dipanggil oleh ahli psikologi sosial sebagai kesan pemerhati atau dalam bahasa Inggerisnya by-stander effect.
Banyak kajian dalam psikologi sosial menunjukkan bahawa kecenderungan untuk orang sekeliling membantu seseorang dalam suasana kecemasan (seperti kemalangan jalan raya) akan berkurangan sekiranya terdapat ramai pihak lain yang sedang memerhatikan kejadian yang sama.
"Kemungkinan dengan adanya lebih ramai orang di sekeliling akan mendorong seseorang merasakan tanggungjawab untuk menolong tidak hanya kepada dirinya seorang.
"Malahan ramai yang merasakan orang lain lebih sesuai dan sepatutnya membantu seseorang dalam kecemasan dan bukan dirinya sendiri.
"Dengan itu mereka memilih untuk tidak membantu," kata pakar psikologi sosial itu.
Dr. Intan Hashimah berpendapat fenomena ini berlaku dalam banyak masyarakat termasuk di barat.
Sikap membantu dalam kecemasan akan lebih tinggi jika yang memerhatikan kejadian itu hanya seorang dua berbanding lebih ramai orang.
Mengenai aspek kedua, Dr. Intan Hashimah berpendapat ia masih lagi berkaitan dengan rasa tanggungjawab.
"Dalam situasi kedua, mereka yang mencuri daripada mangsa kemalangan biasanya lebih daripada seorang dan mereka tidak mengenali mangsa kemalangan.
"Tambahan pula ada ramai lagi yang turut mencuri/mengambil barangan yang bertaburan, ini mengurangkan rasa malu atau bersalah dalam diri orang yang mencuri.
"Mereka juga tidak takut tertangkap kerana tiada polis atau pihak autoriti di situ yang akan mengambil tindakan terhadap mereka," katanya. - BERNAMA
Sumber: http://www.utusan.com.my/
Wednesday, March 30, 2011
Kuala Sepetang and Hutan Paya Eko Matang
During the 3rd day of Chinese New Year, my grandfather decided to visit Kuala Sepetang for a road trip. We don’t have any agenda for the trip but simply to visit the place. Kuala Sepetang is an old Chinese fishing village located over in Perak.
As it is a small fishing town, we manage to go round the town in 15 minutes. However, we saw the Hutan Paya Bakau Eko Matang along the way back and decided to stop by for a stroll. I have been to a lot of swamp forest but I would say this is a very nice place for a stroll or evening walk.
This place is protected place and there are a lot of information that the management put up along the walkway through the swamp.
This place is a haven for crabs, prawns and fishes as it acts as their spawning place.
It also acts as a place for migratory birds to stop by as the food is abundant here.
Apart from that, there are great varieties of plants which can be found here too.
This will be great place to visit too if you are a avid fan of fishing! You can opt for the boat ride along the river or to the open sea or simply fish by the river bank.
Along the way back, we drop by Taiping and visited the foothill of Maxwell Hill.
It is simply a very nice and enjoyable trip and I get to spend some quality time with my grandparent!
Sumber: http://graceupondoulos.blogspot.com/
As it is a small fishing town, we manage to go round the town in 15 minutes. However, we saw the Hutan Paya Bakau Eko Matang along the way back and decided to stop by for a stroll. I have been to a lot of swamp forest but I would say this is a very nice place for a stroll or evening walk.
It also acts as a place for migratory birds to stop by as the food is abundant here.
Apart from that, there are great varieties of plants which can be found here too.
This will be great place to visit too if you are a avid fan of fishing! You can opt for the boat ride along the river or to the open sea or simply fish by the river bank.
Sumber: http://graceupondoulos.blogspot.com/
Larangan Berpakaian Untuk Kemahsyuran
Riwayat daripada Abu Dzar r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya:
“Barangsiapa yang memakai pakaian kemahsyuran, nescaya akan terpalinglah dia dari pandangan Allah sehingga dia membuangkannya”
Riwayat dari Said Al-Musaiyib yang meriwayatkannya pula daripada Abu Hurairah dan Zaid bin Tsabit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melarang dua jenis kemahsyuran. Maka para sahabat bertanya: Hai Rasulullah! Apakah itu dua kemahsyuran? Jawab Baginda: Pakaian yang lembut dan tebal, yang halus dan kasar, dan yang terlalu panjang dan yang terlalu pendek, manakala yang dianjurkan yang secukupnya dan sesuai dengan tubuh!
Daripada Umar al-Khatab r.a. bahawa Nabi bersabda: Sesiapa yang Memakai pakaian yang termahsyur, nescaya ia akan dihina oleh Allah nanti di hari kiamat! Riwayat dari Umar r.a. juga, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berpakaian baju kemahsyuran, ia akan dipakaikan Allah baju kehinaan nanti di hari kiamat!
Riwayat dari Abu Darda’ katanya: Siapa yang menunggang yang termahsyur dari binatang kenderaan, nescaya Allah akan memalingkan pandanganNya daripada orang itu selama ia terus menunggangnya, meskipun dia seorang yang dimuliakan.
Diriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a. pernah melihat puteranya memakai pakaian buruk dan terlalu murah, maka dia melarang puteranya memakainya seraya berkata: Jan gan pakai baju ini, sebab baju ini mencari kemahsyuran!
Diriwayatkan daripada Muqatil bin Buraidah, daripada ayahnya Buraidah, dia bercerita: Aku pernah menyaksikan penaklukan kota Khaibar bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan juga di antara orang-orang yang memanjat bentengnya, dan aku terus berperang bermati-matian, sehingga ketara perananku di dalam pertempuran itu, kemudian aku datang kepada beliau sedang aku Berpakaian merah. Ketika itu barulah aku tahu yang aku telah melakukan suatu dosa yang terbesar sekali, iaitu mencari kemahsyuran.
Syaitan Mengoda Lupakan Allah s.w.t.
Diriwayat dari Anas bin Malik r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya syaitan itu menaruh muncungnya (paruhnya) di atas hati anak Adam (manusia). Maka jika manusia ingat kepada Allah, atau menyebut Allah, mundurlah ia dan jika manusia lupa kepada Allah dipatuklah hatinya.” (Riwayat: Ibnu Jauzi)
Jadi, syaitan itu amat dekat kepada manusia. Ia selalu berada dekat dari hatinya. Apabila hatinya lupa sahaja kepada Allah, dimasukkan godaan dan gangguan nya. Oleh sebab itu, orang yang lupa kepada Allah, sering melakukan perbuatan terlarang dan mensia-siakan kewajipan.
“Sesungguhnya syaitan itu menaruh muncungnya (paruhnya) di atas hati anak Adam (manusia). Maka jika manusia ingat kepada Allah, atau menyebut Allah, mundurlah ia dan jika manusia lupa kepada Allah dipatuklah hatinya.” (Riwayat: Ibnu Jauzi)
Jadi, syaitan itu amat dekat kepada manusia. Ia selalu berada dekat dari hatinya. Apabila hatinya lupa sahaja kepada Allah, dimasukkan godaan dan gangguan nya. Oleh sebab itu, orang yang lupa kepada Allah, sering melakukan perbuatan terlarang dan mensia-siakan kewajipan.
Jangan Melaksanakan Sesuatu Dengan Tergesa-gesa
Dalam riwayat Tirmizi, baginda bersabda, "Perlahan-lahan itu dari Allah dan tergesa-gesa itu dari syaitan."
Llarangan Malas dan Mengeluh
Dalam hadis Muslim Abu Hurairah, baginda bersabda yang maksudnya.
“Orang Mukmin yang kuat lebih baik dan akan disukai oleh Allah daripada orang Mukmin yang lemah. Dan pada setiap tindakannya adalah baik. Maka, carilah yang bermanafaat bagimua, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan malas. Dan jika kamu ditimpa sesuatu maka jangan berkata ‘seandainya saya lakukan ini dan itu, tentu...’ Akan tetapi katakanlah Allah telah mentakdirkan hal itu dan Apa Yang Dikehendaki akan Dia lakukan. Sesungguhnya perkataan seandainya membuka kesempatan perbuatan syaitan.”
Tuesday, March 29, 2011
Markah Kosong Ujian Matematik
Kisah seorang ayah memarahi anaknya kerana mendapat kosong dalam ujian matematik.
Ayah : Kenapa keputusan ujian matematik kamu ni asyik dapat kosong je...Amin?
Amin: Eh, ayah! Tu bukan kosong la. Tadi cikgu Amin dah bagi bintang banyak kat budak-budak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila sampai giliran Amin je, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat Amin bulan.
Tiga Golongan Yang Menjadi Ahli Syurga
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”. Riwayat Muslim
Huraian:
Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah:
- Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.
- Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah-lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada sesama Islam.
- Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)