Friday, March 25, 2011

Kepentingan Strategi Pemasaran Dalam Menyaingi Pesaing


Pemasaran sebagai satu proses merancang dan melaksanakan konsepsi, meletakkan harga, mempromosi dan mengedarkan produk, idea dan servis untuk membentuk petukarn bagi memenuhi objektif individu atau syarikat. Secara ringkasnya, pemasaran boleh digambarkan seperti berikut:

Produk + Harga + Promosi + Pengedaran = Kepuasan kepada pelanggan dan usahawan.

Strategi pemasaran adalah satu proses perancangan konsisten yang melibatkan bagaimana produk, harga, promosi dan pengedaran digunakan bagi mencapai matlamat dan objektif syarikat dalam dunia keusahawanan.

Kepentingan Strrategi Pemasaran

Strategi pemasaran adalah begitu penting dalam usaha menyaingi pesaing. Di antara strategi yang patut diambil oleh usahawan ialah:
  1. Persembahan produk
  2. Perletakan harga
Persembahan produk

Persembahan produk amat penting bagi memastikan produk yang dihasilkan menarik dan unik dari persepsi pelanggan. Persembahan produk tersebut hendaklah berbeza daripada produk-produk lain, seperti cara pembungkusan dan jenama produk walaupun jenis produk adalah hampir sama. Misalnya dua jenis sabun yang mana daripada bahan yang sama tetapi oleh kerana jenama yang berbeza maka ia dibungkus dengan cara yang berbeza-beza. Perbezaan ini akan memudahkan pelanggan untuk mengenal produk serta dapat membina kesetiaan pelanggan terhadap jenama berbanding produk yang sukar dibezakan pembungkusan serta jenama.

Perletakan harga

Terdapat pelbagai strategi peletakan harga yang boleh diambil oleh usahawan di antaranya ialah:
  1. Berdasarkan harga pesaing: Perletakan harga sesuatu produk boleh dipertimbangkan berdasarkan harga pasaran. Ini adalah untuk mengelak produk tersebut membuat perletakan harga yang tidak sesuai dengan harga pasaran semasa. Ini boleh mengakibatkan produk tersebut tidak mendapat sambutan.
  2. Perbezaan harga: Kaedah perbezaan harga ini digunakan berdasarkan kualiti produk yang dikeluarkan oleh syarikat. Produk yang berkualiti yang lebih baik, dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi.
  3. Pengikutan harga: Kaedah pengikutan harga ialah berdasarkan harga mengikut pasaran global. Ia juga mengikut semasa bagi jenis produk yang sama dengan produk tersebut. Kaedah in adalah amat penting bagi menstabilkan jualan produk tersebut. Dengan mengikut harga semasa, produk tersebut tidak akan tercicir daripada pasaran.
  4. Pemilihan tempat: Pemilihan tempat untuk memasarkan produk adalah merupakan faktor penting dalam memastikan kejayaan dalam memasarkan produk. Penempatan produk di kawasan yang mempunyai tahap permintaan yang tinggi akan menjanjikan kelarisan produk tersebut.
  5. Strategi promosi: Produk yang dikeluarkan oleh usahawan sepatutnya berbeza dengan produk yang dikeluarkan oleh syarikat lain supaya ia lebih mudah dikenali dan dipromosikan. Ciri-ciri keunikan tersendiri amat perlu dipertimbangkan, seterusnya promosi yang dilakukan tersebut perlulah bersesuaian dengan jenis produk, masa, keperluan dan kehendak pelanggan. Ini adalah bagi memastikan tujuan promosi tercapai, iaitu untuk menarik perhatian, membangkitkan keinginan membeli, memujuk pelanggan dan menyakinkan pelanggan dengan produk yang dikeluarkan.
  6. Pemilihan saluran pengagihan: Pemilihan saluran pengagihan yang sesuai juga merupakan mekanisme utama untuk memastikan produk sampai kepada pelanggan tepat pada masanya. Di samping itu, melalui saluran pengagihan juga akan membolehkan syarikat menambahkan lingkaran pemasaran produk yang dikeluarkan.
Secara kesimpulan, syarikat yang ingin mencapai kejayaan perlu mengetahui keadaan sebenar tentang kedudukan pesaing-pesaing agar dapat melaksanakan usaha-usaha perancangan, pelaksanaan dan pengawalan perniagaan dengan lebih berkesan. Keuapayaan usahawan memahami gelagat pesaing-pesaing akan membantu mereka memastikan kelangsungan industri yang diceburi. Dalam konteks ini, usahawan perlu mengetahui siapakah pesaing mereka yang sedia ada, bakal pesaing yang akan muncul dan sejauh manakah ancaman mereka terhadap perniagaan yang diceburi.

1 comment:

  1. Strategi pemasaran perlulah dilaksanakan secara sihat..terima kasih atas perkongsian info ini..

    ReplyDelete

Google+ Followers