Monday, March 7, 2011

Perkembangan Psikososial Kanak-kanak Yang Normal

Apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental kanak-kanak ?

Kesihatan mental kanak-kanak yang normal di definisikan sebagai seseorang itu dapat :
  • Memulakan dan mengekalkan perhubungan peribadi yang memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak.
  • Meneruskan kemajuan perkembangan psikososial.
  • Bermain dan belajar untuk mendapat pencapaian yang setaraf dengan umur dan tahap intelek.
  • Merasakan apa yang betul dan salah dari segi normalnya
Gangguan psikososial berlaku antara 12%-29% di kalangan kanak-kanak sedunia,dan lebih kurang 13% di Malaysia mengikut The National Health & Morbidity Survey, 1996.
( Mental Health Problem in Children )

Apakah maksud perkembangan psikososial yang normal?

Perkembangan psikososial ialah proses sepanjang hayat, tetapi apa yang dipelajari semasa 5 tahun pertama akan membentuk perkembangan ini. Perkembangan ini boleh dibahagikan kepada :

  • Kognitif ( proses mental ) – memahami , membuat perkiraan, membuat pertimbangan menyelaras fungsi motor,persepsi dan sebagainya.
  • Emosi- perkembangan pantas sewaktu pra- sekolah, tugasan ini termasuk; (Mengenalpasti kepentingan dan jenis-jenis emosi, Berlajar mengawal emosi, Memahami kesan emosi terhadap tingkahlaku)
  • Sosial - Dipengaruhi oleh suasana dan bentuk pergantungan kepada ibubapa atau penjaga utama.
  • Moral - Melibatkan isu-isu betul atau salah.
Apakah keperluan bagi kesihatan mental kanak-kanak ?

Keperluan kesihatan mental terbahagi kepada dua:

1. Keperluan asas kehidupan
  • Tempat berlindung dan keselamatan
  • Makanan
  • Penjagaan fizikal
  • Penjagaan Kesihatan
2. Keperluan psikososial dan rohani
  • Keyakinan kepada tuhan
  • Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
  • Keselamatan dan kestabilan
  • Rangsangan yang sewajarnya dan pengalaman baru
  • Bermain dibawah pengawasan yang mantap
  • Pendidikan
  • Bimbingan yang betul
  • Ketegasan dan disiplin yang diatur
  • Kebiasaan harian yang boleh dijangka
  • Sikap keibubapaan yang sihat
Jika keperluan-keperluan asas ini dapat dipenuhi kanak-kanak akan dapat membina harga diri yang positif. Sekiranya tidak dipenuhi kemungkinan masalah kesihatan mental akan timbul.

Sumber: http://www.infosihat.gov.my/

No comments:

Post a Comment