Friday, March 11, 2011

Kewafatan Syaidina Umar r.a.


Usia Syaidina Umar r.a. telah mencapai lebih kurang enam puluh tahun, Dan pemerintahannya telah mencapai selama sepuluh tahun. Sebuah negara Islam yang diperintah beliau berasaskan dan diperkembangkan melalui dakwah Islam.

Suatu hari, beliau telah melakukan tawaf di Kaabah yang mulia bagi menyelesaikan tuntutan ibadat hajinya. Sambil memandang ke langit serta berdua:

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya usiaku telah tua, tulang-belualngku telah mula goyah, kekuatanku semakin bertambah lemah dan uban dikepalaku bertaburan di sana-sini. Aku harapkan agar kematian ku nanti janganlah dalam keadaan terlalu tua dan tercela.”

Beliau seolah-olah dapat merasakan ketibaan ajalnya. Beliau juga merasakan terhadap apa yanhg dirasakan oleh setiap orang dianugerahkan kehidupan. Manakala permohonan doanya itu seakan-akan diperkenankan oleh Allah s.w.t. Namun begitu, harapan yang ditanamkan selama ini rupanya telah ditakdirkan melalui tangan seorang penjahat terlaknat iaitu Abu Lu’lah al Faarisy. Dalam keadaan masjid yang penuh sesak dengan orang ramai itu, si penjahat tersebut telah menyusup hingga ke tempat Syaidina Umar bersolat Subuh. Tanpa berlengah masa Abu Lu’lah telah menyeluk saku dan mengeluarkan sebelah pisau beracun bermata dua yang sangat tajam, lalu ditikam Syaidina Umur sebanyak tiga kali. Salah satu tikaman tersebut telah mengenai perut di bawah pusat. Lalu Syaidina Umar berteriak:

“Cepat tangkap dia, kerana dia telah menikamku.”

Orang ramai segera mendapatkan si penjahat tersebut, namua si penjahat itu sempat menghayun mata pisau ke kiri dan ke kanan, bagi mengelak dirinya ditangkap. Akibatnya Seramai 12 orang yang cuba menangkap Abu Lu’lah telah terkena tikam, 6 daripada telah meninggal dunia.

Syaidina Umar dibawa pulang untuk diberi rawatan. Dalam keadaan perit menahan kesaktian, Syaidina Umar bersuara dari anjung rumahnya:

“Wahai kaum muslimin sudahkah bersolat?”

“Sudah, Wahai Amirul Mukminin!” Jawab Ibnuj Abbas

Selanjutnya Syaidin Umar berkata lagi:

“Bukan Islam bagi sesiapa yang meninggalkan kewajipan solat.”

Tikaman yang diterima Syaidina Umar amat bisa sekali. Semua hadirin yang disekeliling beliau masing-masing berderai menitiskan air mata, lantaran tidak rela khalifah Islam diperlakukan sedemiakian. Dengan perlahan Syaidina Umar menjelang ke arah hadirin yang sedang menangis seraya berkata:

“Janganlah kalian menangis kami! Barang sesiapa yang mahu menangis, sila keluar! Adakah kalian tidak pernah Mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Mayat itu akan disiksa lantaran tangisan ahli keluarganya”

Di saat-saat terakhir beliau tidak lupa mengenai urusan umat Islam selepas pemergiannya nanti dan akhirnya beliau membuat keputusan dan berwasiat:

“Walau apa pun, urusan ini perlulah melalui syura di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sendiri, mereka ialah Uthman ibnu Affan, Ali ibnu Abi Talib, az Zubair ibnu al’Awwam, Tolhah ibnu Ubaidillah, Abdul Rahman ibnu al’ Auf dan Saad ibnu Abi Waqqas.”

Dalam pada itu, Syaidina Umar bimbang kalau masing-masing menarik diri di antara satu sama lain, lalu beliau segera mengeluarkan arahan:

“Masukan mereka itu ke dalam satu rumah selama tiga hari. Sekiranya mereka beroleh kata putus, maka itulah yang sebaliknya. Andai kata masih belum ada sebarang keputusan, kalian masuk ke dalam rumah tersebut dan tebas batang tengkuk mereka!”

Demikianlah wasiat terakhir yang diluahkan khalifah agung dalam menyelesaikan masalah urusan umat Islam selepas kematian beliau. Akhirnya beliau pun kembali menemui Allah dengan meninggalkan sebaik-baik contoh pemerintahan untuk diteladani oleh pemimpin setiap zaman. Keadilan, ketaqwaan, kezuhudan, kebenaran, keilmua dan juga keimanannya merupakan pelita yang sentiasa bersinar terang sebagai pedoman bagi setiap orang yang ingin memiliki kebaikan dan keutuhan moral.

Mudah-mudahan Allah s.w.t. sentiasa merahmati Syaidina Umar r.a.

No comments:

Post a Comment