Saturday, July 31, 2010

Pakatan membunuh nabi

DETIK-DETIK penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Yathrib merupakan satu sejarah yang menjadi ingatan umat Islam sepanjang zaman. Selepas lebih dari dua bulan berlakunya Perjanjian Aqabah Kedua, tidak ada lagi umat Islam yang tinggal di Mekah.

Hampir kesemua mereka berjaya membawa diri ke Yathrib secara senyap-senyap bagi memulakan satu kehidupan.

Tetapi ketika itu baginda Rasulullah bersama kaum keluarga, sahabat Abu Bakar As Siddiq dan menantu Ali bin Abi Talib masih berada di Mekah.

Ini sebagai mematuhi perancangan agar mereka menunggu masa yang benar-benar sesuai untuk berhijrah.

Tempoh itu baginda gunakan untuk menyiapkan segala kelengkapan dan hanya menanti wahyu dari Allah untuk memerintahkan baginda keluar dari Kota Mekah.

Tetapi bagi kaum musyrik Mekah, mereka tidak senang duduk apabila setiap kali mendengar berita orang Islam telah sampai ke Yathrib.

Ini kerana penghijrahan umat Islam itu adalah satu ancaman atau bahaya yang cukup besar kepada mereka terutamanya kedudukan agama penyembahan berhala, ekonomi dan politik kaum musyrik.

Lagi pula umat Islam bakal bersatu dengan penduduk Arab dari dua kabilah utama di Yathrib, Aus dan Khazraj yang bakal membentuk satu kelompok Arab yang sangat kuat dan boleh menjadi mengancam kedudukan Arab di Mekah.

Semua itu tidak mustahil kerana faktor pimpinan dan seluruh peribadi baginda sangat kuat pengaruhnya terhadap para pengikut lama dan baru.

Pengaruh baginda mampu membentuk satu kesetiaan jitu malah sanggup berkorban apa sahaja demi baginda dan agama Islam yang disebarkan oleh baginda itu.

Apatah lagi jika baginda disakiti, pengalaman-pengalaman sebelum ini menunjukkan ramai yang menerima padah akibat cuba berniat jahat terhadap baginda.

Dari aspek ekonomi pula, Yathrib itu sendiri mempunyai kedudukan geografi yang sangat strategik kepada rombongan perdagangan yang sering melalui kawasan persisiran Laut Merah dari Yaman ke Syam (Syria).

Mereka pasti akan melewati Yathrib terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Syam yang menjadi pusat perniagaan dan perdagangan utama ketika itu.

Ini bakal memberi peluang kepada penduduk Yathrib untuk memberi pelbagai tekanan dan menghilangkan kebebasan kepada para pedagang yang terdiri dari Musyrik Mekah itu sendiri untuk berdagang ke Syam.

Kaum musyrik Mekah bimbang mereka disekat atau dilarang untuk berdagang kerana akan dianggap sebagai pengintip yang bakal menimbulkan kekacauan bagi melemahkan kedudukan umat Islam.

Lantaran setelah dikaji semua itu, penghijrahan umat Islam itu benar-benar satu petaka. Hubungan umat Islam dengan penduduk Yathrib mesti disekat. Jika tidak ia dilihat bakal menghancurkan kaum musyrik Mekah.

Lalu pada 26 Safar tahun ke 14 kenabian bersamaan 12 September 622 Masihi maka berlakulah satu mesyuarat serius dan tegang. Ia dihadiri oleh hampir kesemua pemimpin kabilah-kabilah Arab musyrikin Mekah yang disifatkan seperti dalam satu sidang perwakilan (Darul Nadwah).

Abu Jahal bin Hisham yang mewakili Bani Makhzum, Jubair bin Mut'im dari Bani Nawfal, Shaybah, Utbah bin Rabiah, Abu Sufyan bin Harb dari Bani Abd Shams, Umayyah bin Khalaf dari Bani Jumah adalah antara para pemimpin Quraisy yang hadir dalam pertemuan itu. Mereka sepakat untuk mendapatkan apa juga cara yang boleh menyekat Islam dan umatnya dari terus berkembang.

Namun yang menariknya saat mereka hendak berkumpul untuk sama-sama berbincang maka datang seorang lelaki tidak dikenali yang sangat tua.

Lelaki itu sebenarnya iblis yang menyamar bagi menjalankan jarum jahatnya untuk menghancurkan Islam. Tetapi apabila ditanya siapakah dia kerana mereka tidak pernah nampak dan mengenali orang tua ini, lalu Iblis pun menjawab: "Saya merupakan seorang tua yang sangat dihormati dari Najd yang telah terdengar akan rancangan kamu untuk mengadakan pertemuan ini.

"Benarkanlah saya hadir bersama-sama dalam perbincangan ini untuk sama-sama mendengar apa yang kamu bincangkan agar kita sama-sama dapat mengambil pendapat dan nasihat yang bernas bagi menyelesaikan masalah ini."

Melihatkan perwatakannya seperti seorang yang sangat berpengalaman dan bijak lalu iblis itu dibenarkan turut serta dalam perbincangan.

Pertemuan tersebut menjurus kepada cadangan-cadangan terutama bagaimana mereka dapat menahan baginda daripada meluaskan pengaruhnya dan membina kekuatan dari luar kota Mekah bagi membolehkan pada suatu hari nanti Kota itu akan jatuh sepenuhnya ke tangan Islam.

Pelbagai cadangan dikemukakan yang kemudiannya diperhalusi namun kita akan mengetahui siapa yang memastikan cadangan-cadangan itu bernas mahupun tidak.

Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Sumber: http://www.utusan.com.my/

Thursday, July 29, 2010

Amalkan Budaya Nasihat


Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.

"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.

Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/

Jadual Penentuan Ujian

Pembinaan ujian yang akan dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan pengguna. Kaedah ini boleh mmemastikan pengguna diuji dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan yang sebenar dengan memberi keyakinan bahawa pengguna mempunyai asas pengetahuan mengenai perkara yang dipelajari.

Setiap ujian yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot-test) dan pra-ujian bagi memastikan item ujian adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan). Akhir sekali, sebelum ujian tersebut boleh dijalankan, item ujian biasanya dikaji dan dinilai oleh pakar pembina item. Keseluruhan proses kaji-semula ini boleh membantu dalam memastikan mutu dan kualiti item ujian mempunyai sifat kesahan, kebolehpercayaan dan pengukuran yang adil. (Hale, 1980) 

"A Table of Specifications consists of a two-way chart or grid (Kubiszyn & Borich, 2003; Linn & Gronlund, 2000; Mehrens & Lehman, 1973; Ooster, 2003) relating instructional objectives to the instructional content. The column of the chart lists the objectives or "levels of skills" (Gredler, 1999, p.268) to be addressed; the rows list the key concepts or content the test is to measure. According to Bloom, et al. (1971), "We have found it useful to represent the relation of content and behaviors in the form of a two dimensional table with the objectives on one axis, the content on the other. The cells in the table then represent the specific content in relation to a particular objective or behavior" . 

Jadual penentuan ujian bukan sahaja membantu mengenalpasti kandungan pelajaran yang diajar dikelas tetapi juga turut mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru akan tentunya yakin bahawa mereka mengukur pembelajaran pelajar dari awal hingga akhir dan sudah pasti guru tidak akan lupa mengenai kandungan apa yang patut di ajar.

Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual penentuan ujian bagi ujian adalah : (1) keseimbangan sasaram ujian; (2) keseimbangan tahap pembelajaran; (3) format ujian; (4) jumlah item; (5) bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran; dan (6) kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangkakerja. Spesifikasi yang terbentuk berdasarkan enam elemen ini akan membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit yang seimbang sasaran dan tahap pembelajaran.

Jadual penentuan ujian dibina sebelum ujian di tulis. Seharusnya ianya hendaklah dibina sebelum pengajaran dimulakan. (Kubiszyn & Borich. 2003; Mehrans & Lehman, 1973; Ooster. 2003). Memang banyak masa dan tenaga diperlukan bagi membina spesifikasi ujian. (Kubiszyn & Borich, 2003). Linn and Gronlund (2000) menyatakan "Walaupun prosesnya mengambill dan memakan masa yang lama, tugasab yang dijalankan dalam pembentukan jadual penentuan ujian akan membolehkan kerja persediaan lebih mudah dimasa depan.

Sumber Sekunder Idea Pernigaan

Sumber sekunder terdiri daripada maklumat yang diperolehi dari sumber yang sedia ada akibat daripada lain-lain tujuan atau rekod yang dibuat untuk kegunaan pihak lain. Terdapat ratusan sumber dalam pasaran yang boleh dirujuk bagi mengenalpasti idea perniagaan.

Idea perniagaan dari sumber ini boleh diperolehi dengan merujuk rekod-rekod dalaman syarikat, badan-badan kerajaan dan lain-lain sumber luar seperti kajian perpustakaan, internet dan sebagainya. Contoh bahan-bahan yang boleh dirujuk di perpustakaan adalah buku penerbitan perniagaan jurnal, majalah, kajian-kajian ilmiah dan lain-lain. Dalam era ICT, teknologi maklumat dan komunikasi, internet menjadi semakin penting untuk dirujuk bagi mendapat idea perniagaan.

Item Pemikiran

Item Pemukuran (Thinking Item) ialah item yang memerlukan pelajar/calon mengaplikasikan kemahiran berfikir untuk menjawab. Terdapat dua jenis pemikiran yang digunakan oleh pelajar/calon ketika menjawab item tersebut. Pemikiran kreatif dan pemikiran kritis adalah dua jenis kemahiran berfikir yang perlu diperkembangan oleh guru pada diri pelajar/calon, sebagaimana yang tertera dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Walau bagaimanapun perlu diketahui bahawa kemahiran berfikir adalah luas serta pelbagai, dan tidak terhad kepada dua jenis sahaja.

Pemikiran Kreatif

Pemikiran Kreatif adalah bersifat generatif. Melibatkan penghasilan idea baru ataupun pengubahsuaian idea yang ada terhadap sesuatu komunikasi. Pemikiran Kreatif boleh dilihat melalui kriteria seperti kelancaran, keluwesan, kejelasan dan keaslian.

Pemikiran Kritis

Pemikran Kritis adalah bersifat evalutif. Ia melibatkan analisis yang objektif, jitu dan gigih terhadap setiap maklumat, data dan komunikasi. Pemikiran Kritis boleh dilihat melalui kriteria seperti keobjektifan, kejituan dan kegigihan.

Wednesday, July 28, 2010

Ingatan bagi pelupa: Kisah burung bantu padam api wajar jadi iktibar


DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya: "Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai 'si penjahat kecil'." (Hadis riwayat Muslim)

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.


Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: "Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak."

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

http://www.bharian.com.my/

Tuesday, July 27, 2010

Nota Ringkas Keusahawanan


Definisi peniaga

Orang yang melakukan aktiviti jual beli atau mengendalikan sesebuah perniagaan miliknya sendiri

Definisi usahawan

Seseotrang yang meneroka sesebuah perniagaan ,memaju dan membangunkan dan mengambil risiko pelaburan perniagaan yang diceburi

Definisi keusahawanan

Satu proses menggembeleng sumber seperti tanah, modal, bahan mentah, sumber manusia, teknologi dan maklumat oleh usahawan secara kreatif dan inovatif untuk menghasil barang atau perkhidmatan untuk memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.

Perbezaan
USAHAWANPENIAGA
Meneroka perniagaaMemilih perniagaan sedia ada
Didorong keinginan kehendak pelangganMeraih keuntungan semata-mata
Cenderung mewujud jaringan usahawanPerniagaan persendirian
Mampu mencari peluang dan mengambil risikoMemenuhi permintaan yang sedia terbukti
Berpandangan jauh keinginan mencapai kejayaan cemerlangMudah berpuas hati dengan pencapaian sedia ada
Cenderung keuntungan jangka panjangKeutamaan keuntungan jangka pendek

Ciri-ciri Usahawan
  • Mempunyai daya inisiatif
  • Mampu mencari maklumat
Peranan usahawan
  • Mewujudkan peluang perniagaan
  • Memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat
  • Menyumbang kepada pembangunan ekonomi
  • Meningkatkan taraf hidup
  • Penemuan dan ciptaan terbaru
Agensi-agensi membantu pembangunan usahawan
  • Latihan Keusahawanan dan pengurusan perniagaan
  • Majlis Amanah Rakyat
  • Pusat Khidmat Kontaraktor PPK MECD
  • INSKEN (Institut Keusahawanan Negara)
Pembiayaan Yayasan Tekun Nasiaonal
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Bahagian Francais dan Vendor (MEDC)
Infrastruktur dan Ruang Niaga
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • SIRIM
  • Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
Pemasaran
Malaysian External Trade Development (MATRADE)

Penyelidikan dan Pembangunan
SIRIM
UITM ,UUM ..IPTA lain-lain
 
MILIK PERNIAGAAN
Terdapat 3 bentuk milikan untuk pendaftaran perniagaan kecil dan sederhana:
  • Milikan tunggal
  • Perkongsian
  • Syarikat sendirian Berhad
MILIKAN TUNGGAL
Ciri-ciri
  • Dipunyai oleh seorang usahawan sahaja
  • Usahawan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan perniagaan
  • Usahawan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tanggungan atau liability perniagaan
  • Tanggungan ini tidak terhad kepada harta perniagaan malah pemiutang boleh menuntut harta peribadi usahawan
PERKONGSIAN
Ciri-ciri
  • Terdiri daripada 2 hingga 20 orang berkongsi untuk menjalankan sebuah perniagaan dengan matlamat untuk mendapat keuntungan daripada perniagaan yang berkongsi itu
  • Syarikat perkongsian adalah tertakluk kepada akta perkongsian 1961.antara peraturan tersebut\
  • Keuntungan dan kerugian mesti dibahagi sama rata
  • Rakan kongsi tidak boleh dibayar faedah atas modal yang telah disumbangkan
  • Setiap rakan kongsi berhak melibatkan diri dalam menguruskan syarikat
  • Rakan kongsi tidak boleh dibayar gaji
  • Rakan kongsi yang hendak disingkirkan dari syarikat mestilah mendapat persetujuan dari rakan kongsi yang lain
  • Membawa rakan kongsi baru mestilah mendapat persetujuan sebulat suara rakan kongsi
PROSEDUR PENUBUHAN PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL DAN PERKONGSIAN

LANGKAH KE 1: Mengisi Borang PNA2
  • Untuk memohon kelulusan nama perniagaan yang hendak didaftarkan
  • Nama yang dicadang mestilah dalam bahasa Melayu atau inggeris (supaya memenuhi syarat perniagaan)
  • Nama mengguna perkataan Nasional. ASEAN dan nama kerabat diraja tidak dibenar
  • Proses carian nama tiada yuran dikenakan
LANGKAH KE 2: Mendaftar Perniagaan
  • Mengisi Borang A
  • Kaedah pendaftaran Perniagaan 1957 (Kaedah 3)
  • Borang lengkap diisi dikehendak dikembali dalam tempoh 21 hari dari tarikh kelulusan nama perniagaan
  • Maklumat yang perlu diisi dalam borang pendaftaran
HALAMAN A : Maklumat Perniagaaan
HALAMAN B : Maklumat cawangan
HALAMAN C : Maklumat Pemilik
HALAMAN D : Maklumat Jenis Perniagaan
HALAMAN E : Pengesahan Oleh Sekutu Niaga

PANDUAN AM SEMASA MENDAFTAR PERNIAGAAN

  • Warganegara dan penduduk tetap 18 tahun ke atas dibenar mendaftar
  • Daftar dalam tempoh 30 hari dari tarikh perniagaan dimulakan
  • Sertakan dokeman berikut semasa mendaftar
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan perjanjian perkongsian (Jika ada)
  • Permit ,lessen ,surat kebenaran atau sokongan dari agensi lain (Jika ada)
YURAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN
  • Milikan tunggal guna nama pemohon mengikut kad pengenalkan RM30
  • Milikan tunggal atau perkongsian guna nama lain dari nama pemohon atau nama dagang RM60
  • RM5 untuk daftar bagi setiap cawangan
  • Untuk mendapat salinan sah maklumat perniagaan baru RM10
SIJIL PENDAFTARAN (BORANG D)
  • Dikeluar kepada pemilik perniagaan dalam tempoh 3 hari selepas permohonan dibuat
  • Mesti dipamer dipremis
  • Kegagalan pamer boleh didenda RM200
  • Perlu diperbaharui dalam 30 hari sebelum tamat temph sah laku
MEMULAKAN PERNIAGAAN
Suatu bentuk perniagaan yang baru diwujudkan diteroka berdasarkan potensi peluang perniagaan

Ciri-ciri
  • Dimula sendiri oleh usahawan dengan Modal sendiri samada dari segi simpanan atau pinjaman
  • Usahawan punyai pengetahuan ,kemahiran ,pengalaman dan kecenderungan dalam bidang yang diterokai
  • Adakalnya membabitkan ciptaan produk baru
Kelebihan
  • Usahawan bebas membuat keputusan sendiri
  • Berpeluang memperaktik idea dan membina imej perniagaan sendiri
  • Tanggungjawab perniagaan dibahagi antara rakan-rakan kongsi
  • Punyai kebebasan untuk memilih lokasi dan ruang niaga yang sesuai serta peralatan dan pembekal pilihan sendiri
  • Berpeluang membina reputasi perniagaan sendiri
Kekurangan
  • Mengambil masa yang lama ,modal banyak dan usaha yang tinggi untuk memulakan perniagaan
  • Terpaksa menanggung kerugian atau keuntungan yang minima diperingkat awal kerana memulakan perniagaan yang tinggi
  • Tanggungan perniagaan tidak terhad kepada harta perniagaan ,malah pemiutang boleh menuntut harta peribadi rakan kongsi
  • Tidak dapat membuat ramalan tentang permintaan atau jualan ,kos dan keuntungan dengan tepat kerana ketiadaan rekod perniagaan
  • Perlu berusaha dengan lebih keras untuk menarik minat bakal pelanggan
  • Sukar mendapat pinjaman kerana kurang keyakinan dari institusi kewangan kepada perniagaan baru
MENGAMBIL ALIH PERNIAGAAN SEDIA ADA
  • Bermaksud membeli sebuah perniagaan yang sedia wujud
  • Atau mengambil alih sebahagian besar saham syarikat atau asset syarikat dengan tujuan untuk megambil alih pengurusan syarikat
  • Perkara yang perlu diambil kira untuk membeli perniagaan sedia ada
  • Kenal pasti keutamaan peribadi dalam perniagaan yg akan diceburi
  • Kenal pasti peluang atau potensi yang wujud dalam perniagaan yang sedia ada
  • Buat penilaian terhadap prestasi dan rekod perniagaan
  • Lakukan siasatan ,penyelidikan dan penilaian terhadap nilai sebenar dan tanggungan terhadap perniagaan yang akan diambil alih
  • Aturkan kemudahan pembiayaan perniagaan dari institusi kewangan
  • Sediakan perjanjian yang saksama untuknkdua belah pihak ,pembeli dan penjual
Kelebihan
  • Operasi perniagaan boleh dimulakan secepat mungkin
  • Mudah mendapat pembiayaan
  • Mendapat aliran wang tunai segera
  • Pelanggan untuk barang atau perkhidmatan sedia wujud
Kelemahan
  • Usaha dan modal yang tinggi diperlukan jika perniagaan sedia ada bermasalah
  • Usahawan perlu menghormati perjanjian yang telah dibuat oleh pengurusan atau pengusaha sebelum ini
  • Perniagaan sedia ada mungkin bermasalah tersebut adalah sebab utama perniagaan dijual
  • Mungkin wujud konflik peribadi antara usahawan ,pengurus ,dan pekerja sedia ada.
 PERNIAGAAN FRANCAIS

Satu bentuk perniagaan yang diasas berdasar perjanjian perdagangan yang mana tuan punya sebujah perniagaan member lessen kepada usahawan lain untuk menjual barang atau perkhidmatannya degan menggunakan cap dan nama dagang ,atau hak cipta perniagaan tersebut dari segi undang-undang francais merupa entity bebas, dikawal oleh system perniagaan yang dikawal oleh system perniagaan yang diatur oleh francaistor.

Kelebihan
  • Mengguna pengaruh jenama francais
  • Mempunyai rekod perniagaan yang teruji
  • Francaisor member kemudahan kredit kepada francaisi yang telah dilantik
Kelemahan
  • Yuran francais tinggi
  • Royalty dikenakan sebanyak 5% hingga 12% dari jualan
  • Francaisi perlu menyediakan wang tunai sebanyak 25% hingga 50% dari kos permulaan sebagai prasyarat perniagaan francais
  • Kawalan yang ketat oleh francaisor terhadap amalan perniagaan untuk mencapai keseragaman
  • Sesetengah francaisor tidak menepati apa yang telah dijanjikan kepada francaisi
PEMASARAN

Proses dikendali secara sistematik oleh usahawan untuk memuaskan kehendak dan keperluan pengguna di samping meningkatkan jualan perniagaan
 
Tujuan pemasaran

Untuk memuaskan kehendak dan keperluan pelanggan di samping menyumbang kepada keuntungan
 
Konsep pemasaran
Berorientasikan produk dan konsep berorientasikan pengguna

Unsur-unsur Pemasaran
 
Produk – barang atau perkhidmatan yang hendak dipasarkan
Harga – harga seunit atau sejam yang menarik minat pelanggan bergantung kepada nilai ,kos ,tahap keuntungan disasar ,persaingan
Agihan Pemasaran- cara menyalurkan produk darpada pengguna
Promosi – aktiviti meningkatkan kesedaran pengetahuan pelanggan terhadap produk yang ditawarkan

RANCANGAN PERNIAGAAN

 
Dokumen bertulis yang menerangkan tentang perniagaan atau projek cadangan yang bakal dijalankan oleh seorang usahawan;
  • Tujuan rancangan perniagaan
  • Menilai pelaburan
  • Mengkaji dan menilai daya maju perniagaan
  • Meyakini pelabur dan institusi kewangan
  • Garis panduan dalam pengurusan syarikat
  • Mengagihkan sumber perniagaan dengan berkesan
FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN
  1. Surat iringan
  2. Muka hadapan
  3. Isi kandungan
  4. Unsur-unsur dalam rancangan perniagaan
  5. Ringkasan eksekutif dan Objektif Rancangan perniagaan
  6. Rancangan Pemasaran
  7. Bahagian Rancangan Pengeluaran/Operasi
  8. Bahagian Rancangan Organisasi
  9. Rancangan Kewangan
  10. Kesimpulan rancangan perniagaan
  11. Lampiran

Penilaian dan strategi pengajaran


SETIAP guru terutamanya guru permulaan harus mengambil sikap bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) bukan hanya untuk memenuhi kriteria peperiksaan awam sahaja.

Sesungguhnya sesuatu penilaian dan pengukuran itu harus bersandarkan kepada hasilan pembelajaran yang dikenal pasti di peringkat perancangan. Hasilan pembelajaran pula harus juga didasarkan kepada taksonomi pembelajaran.

Taksonomi Bloom (1956) mengklasifikasikan pembelajaran kepada domain kognitif, afektif dan psikomotor. Manakala John Biggs, (1982) memperkenalkan Taksonomi SOLO (Structure of the Observed Learning Outcomes) yang menyediakan cara yang sistematik untuk menilai prestasi murid dalam proses penguasaan ilmu.

Dalam domain kognitif misalnya terdapat pemeringkatan pembelajaran yang disenaraikan oleh Bloom iaitu bermula dengan peringkat pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab seseorang guru untuk menentukan pemeringkat penilaian dan pengukuran prestasi murid berdasarkan pemeringkatan pembelajaran yang dirumuskan dalam hasilan pembelajaran mengikut kesesuaian tahap dan topik sesuatu pembelajaran.

Dalam proses menentukan pemeringkatan yang terdapat dan taksonomi pembelajaran, guru seharusnya mengambil kira tentang strategi yang harus digunakan untuk menjana pemikiran murid yang lebih kritis dan kreatif ke arah mewujudkan murid yang lebih bersifat global tanpa hanya menumpukan kepada hafalan fakta sahaja.

Sama ada penilian tersebut berbentuk objektif, struktur atau esei bukanlah isunya dalam menentukan ketajaman minda murid, tetapi strategi yang digunakan untuk menguasai ilmu tersebut mengikut domain pembelajaran yang dikemukan oleh Bloom atau Biggs adalah penting bagi guru membuat perancangan dan merangka aktiviti yang sesuai untuk murid melaksanakannya ke arah penjanaan minda kritis, kreatif dan inovatif.

Oleh itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru harus kreatif merancangan pelbagai strategi dengan mengambil kira pelbagai teori dalam pembelajaran.

Inilah masanya bagai guru-guru menyemak semula teori-toeri pembelajaran yang banyak memberi panduan dan bimbingan ke arah merancang aktiviti pembelajaran yang mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan.

Strategi penjanaan minda kreatif dan kreatif dengan menggunakan pelbagai alat pemikir (mind tools) yang dicadangkan oleh ahli pemikir Edward De Bono misalnya harus mampu difahami oleh guru untuk diaplikasi dan disesuaikan di bilik darjah.

Penguasaan ilmu dan kemahiran dalam bidang ICT yang merupakan salah satu aspek kemahiran guru di Abad ke 21 serta kemampuna mengintegrasikannya dalam proses pembelajaran merupakan satu nilai tambah untuk dilaksanakan dan mampu membuka minda murid untuk mereka berfikir di luar kotak sepertimana yang dihasratkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Justeru, dapatlah diperkatakan bahawa kecemerlangan murid bukanlah hanya bergantung kepada preatasi mereka dalam peperiksaan sahaja tetapi banyak bergantung kepada proses pemhelajaran yang dilaksanakan oleh guru.

Tanpa perubahan dan inisiatif guru untuk melaksanakan pembelajaran secara lebih bermakna, apa sahaja sistem yang diperkenalkan oleh pihak atasan mungkin tidak akan mampu mencapai hasrat dan aspirasi negara.

Oleh DR. ISMAIL ZAIN drismailzain@yahoo.com
Sumber: http://www.tutor.com.my/

Kesesuaian Item


Kesesuaian item dilihat dari tiga aspek, iaitu;
  1. Aras kesukaran: Item yang dibina itu mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras kesukaran rendah, sederhana atau tinggi. Guru adalah orang yang dapat memberi pertimbangan profesional bagi kategori kesukaran (mudah, sederhana, sukar) item itu. Item mudah ialah item yang mempunyai aras kesukaran rendah, dimana itu mampu dijawab oleh sebahagian besar pelajar. Item sederhana pula ialah tem mempunyai aras kesukaran yang sederhana, yakni item tersebut mampu dijawab oleh pelajar yang berkebolehan sederhana dan cemerlang. Manakala item sukar ialah item yang mempunyai aras kesukaran yang tinggi, item ini hanya boleh dijawab oleh pelajar cemerlang sahaja.
  2. Kepentingan: Oleh kerana item yang dikemukakan itu merupakan perwakilan bagi beberapa konstruk (tajuk), maka adalah penting untuk memastikan bahawa idea, isi kandungan atau perkara yang penting dalam pembelajaran pelajar. Perkara yang remeh atau asing kepada mereka hendaklah dielakkan kerana mentaksir perkjara yang remeh ini menyebabkan pertimbangan yang kurang asli daripada pelajar.
  3. Adil: Item yang dikemukakan itu mestilah tidak memberi faedah secara sistematik/autiomatik kepada golongan/kelompok tertentu dalam masyarakat sama ada mengikut ras, jantina, tempat tinggal atau status ekonomi.

Monday, July 26, 2010

Sumber Primer Idea Perniagaan

Sumber primer adalah maklumat yang diperolehi melalui tinjauan untuk sesuatu tujuan tertentu. Suatu tinjauan dibuat dengan mengumpul maklumat daripada sejumlah responden yang dipilih dan kemudian merumus jawapan-jawapan yang diterima dari responden ini.

Tinjauan boleh dijalankan secara formal dan tidak formal. Contoh tinjauan yang formal adalah menemubual sejumlah penduduk di sesuatu kawasan. Tinjauan bolah juga dilakuakan dengan mendapatkan orang ramai menjawab soalselidik berhubungan dengan sesuatu perkara. Melalui tinjauan sedemikian, seseorang mungkin memperolehi maklumat tentang peluang memulakan satu perusahaan baru di kawasan yang ditinjau.

Maklumat daripada tinjauan yang tidak formal diperolehi dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan tujuan formal. Sebagai contoh, idea perniagaan boleh ditinjau melalui perbualan dengan rakan atau ahli keluarga.

Terdapat dua kaedah untuk mendapatkan idea perniagaan melalui sumber primer, iaitu kaedah pemerhatian dan kaedah soalselidik. Soalselidik diberi kepada responden secara bertulis atau secara lisan, iaitu temubual telefon atau temubual secara bersemuka.

Konsep dakwah mampu pulihkan penyakit sosial


APABILA masyarakat dikejutkan dengan penyakit sosial yang kian parah ditandai dengan kes pembuangan bayi, banyak pihak menyoal mengapa ia berlaku. Ramai yang mengatakan ia adalah hasil pergaulan bebas yang tidak dihadkan sempadan agama.

Malah, masalah seperti adegan berbahaya penunggang motosikal di jalan raya, pengambilan pil khayal, melepak tanpa faedah dan sebagainya melambangkan daifnya pegangan moral sesetengah golongan masyarakat di negara ini.


Pelbagai jalan penyelesaian boleh diambil bagi menangani penyakit berkenaan. Apa yang ingin disebutkan di sini ialah konsep al-amr bi al-maruf dan al-nahy an al-munkar. Mungkin istilah ini janggal dan sesetengah orang saja yang memahaminya.

Ia bermaksud mengajak melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran atau dengan bahasa yang mudah difahami ialah dakwah. Perkara kebaikan yang dimaksudkan adalah setiap perkara yang boleh membawa keredaan Allah SWT dan mendekatkan diri seseorang hamba kepada-Nya.

Ini merangkumi ibadat kepada Allah SWT dan hubungan baik sesama manusia. Kemungkaran adalah perkara yang membawa kemurkaan Allah SWT, sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan. Ini bermakna, seseorang Muslim wajib melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan semua yang ditegah Islam.

Dakwah mempunyai kepentingan yang tidak dapat dipertikaikan kerana ia adalah tugas para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah SWT. Selepas kewafatan mereka, episod dakwah ini disambung oleh umat Islam mengikut peranan masing-masing dalam masyarakat. Dengan melaksanakan dakwah ini, ia boleh menatijahkan sebuah masyarakat hatta negara yang diredai Allah SWT.

Namun, sebagai ujian daripadaNya, gejala mungkar tetap berlaku pada setiap zaman dan ketika yang menuntut usaha dakwah secara konsisten dan ikhlas. Untuk itu, setiap individu dalam masyarakat Islam seharusnya berperanan ke arah itu.


Bagaimanapun, jika diamati peranan anggota masyarakat dalam menangani gejala mungkar, tidaklah sehebat usaha yang dilakukan bagi mengajak manusia kepada kebaikan. Sebagai contoh, ustaz dan imam yang mengajar di masjid dan surau menerangkan kepada jemaah mengenai ilmu agama. Mereka mengajak jemaah melaksanakan segala perintah Allah yang berbentuk suruhan seperti ibadat sembahyang dan sebagainya.

Namun, mereka tidak berperanan dalam mencegah kemungkaran secara berdepan dengan situasi sebenar kemungkaran itu berlaku. Akibatnya, mereka yang melakukan kemungkaran merasa selesa lantaran tiada pihak yang mengambil peduli.

Sedangkan, hukum melaksanakan al-amr bi al-maruf dan al-nahy an al-munkar adalah fardu kifayah dan ia menjadi fardu ain apabila tiada pihak yang mengambil inisiatif melaksanakan perintah berkenaan. Oleh itu, seseorang muslim seharusnya menjalankan tugas ini dalam lingkungan dirinya, keluarga dan masyarakat.

Jika tanggungjawab itu diabaikan, sistem kehidupan bermasyarakat di kalangan umat Islam menjadi pincang dan pembentukan khayr al-ummah akan terbantut. Justeru itu, sesiapa yang berikrar dan mengaku beriman kepada Allah SWT hendaklah memainkan peranan mengikut kemampuan dan posisi mereka dalam masyarakat.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW, bermaksud, Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lidahnya (teguran). Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mencegah dengan hatinya dan ia adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)



Oleh Wan Hishamudin Wan Jusoh

Sumber: http://www.bharian.com.my

Sunday, July 25, 2010

Kisah Si Sopak, Si Botak dan Si Buta


PADA suatu masa dahulu, terdapat tiga bersaudara daripada keturunan Bani Israel. Mereka hidup dalam kemiskinan dan sentiasa dihina. Salah seorang daripada tiga bersaudara itu digelar Si Sopak.

Dia digelar begitu kerana kulitnya dijangkiti penyakit sopak. Saudaranya yang kedua, botak kepalanya. Maka digelarnya Si Botak. Yang ketiga digelar Si Buta, kerana matanya buta.

Pada suatu hari, Si Sopak berkata: "Alangkah bahagianya aku jika kulitku sehalus sutera dan aku pula menjadi kaya."

Allah mendengar kata-kata itu dan mengutuskan malaikat pergi ke rumah Si Sopak dalam bentuk manusia. Malaikat itu bertanya kepada Si Sopak: "Apakah yang engkau inginkan?"

"Kulit yang halus dan sihat daripada penyakit ini. Aku juga inginkan unta agar aku boleh menternaknya nanti," kata Si Sopak.

Malaikat pun menyapu sekujur tubuh Si Sopak. Kulit Si Sopak pun berubah menjadi halus. Selepas itu, malaikat pun menyerahkan seekor unta yang sedang bunting kepada Si Sopak.

Malaikat seterusnya pergi ke rumah Si Botak pula. Si Botak sedang menyesali nasib dirinya yang malang. Kepalanya yang botak kelihatan berkilat.

"Apakah yang engkau inginkan, wahai Botak," tanya malaikat.

"Saya ingin sembuh daripada penyakit botak ini. Biarlah rambut yang halus dan lebat tumbuh. Aku juga inginkan lembu untuk dipelihara," kata Si Botak malu-malu.

Malaikat pun mengusap lembut kepala Si Botak. Dengan izin Allah, tumbuhlah rambut yang lebat.

Wajahnya pula menjadi kacak. Malaikat pun menyerahkan seekor lembu betina bunting kepada Si Botak. Si Botak pun memeliharanya sehingga beranak pinak.

Kemudian malaikat pergi pula ke rumah Si Buta. Seperti dua saudaranya yang lain, malaikat bertanya apa yang Si Buta inginkan.

"Aku inginkan mataku yang buta ini disembuhkan oleh Allah. Maka dapatlah aku melihat saudara-saudaraku," kata Si Buta.

Malaikat pun mengusap mata Si Buta. Si Buta pun membuka mata dan alangkah terperanjatnya dia apabila dia sudah dapat melihat. Malaikat pun bertanya kekayaan apakah yang Si Buta inginkan, dan apabila Si Buta meminta kambing, malaikat juga menyerahkan seekor kambing yang sihat dan sedang bunting kepadanya.

Beberapa tahun kemudian, terkenallah ketiga-tiga orang bersaudara itu kerana kekayaan masing-masing. Ternakan mereka memenuhi ladang ternakan masing-masing.

Mereka sekarang sudah digelar Tuan Sopak, Tuan Botak dan Tuan Buta. Kekayaan mereka tersebar di kalangan Bani Israel.

Allah kemudian mengutuskan malaikat untuk turun ke bumi dalam rupa seorang pengemis. Mula-mula sekali, malaikat pergi ke rumah Tuan Sopak.

"Saya ini musafir yang miskin, tuan," kata malaikat. "Tiada bekal untuk pulang. Demi Allah yang mengurniakan paras yang indah dan harta yang banyak, berilah unta seekor kepada saya untuk teruskan perjalanan."

Tuan Sopak jijik melihat musafir di depannya itu. Maka dia pun berkata: "Aku harus menyelesaikan banyak hutang. Aku tidak boleh memberi apa-apa kepada kau.

"Moga Allah mengembalikan keadaan tuan yang asal," balas malaikat yang menyerupai pengemis itu.

Selepas malaikat tersebut beredar, Si Sopak menjadi seperti dahulu. Kulitnya kembali dijangkiti sopak. Ternakan untanya semakin hari semakin susut kerana mati. Akhirnya habislah semua harta kekayaannya.

Malaikat pergi menemui Tuan Botak pula untuk meminta sedekah, Tuan Botak memberi alasan yang sama dengan Tuan Sopak. Maka malaikat pun berdoa agar Allah menjadikan Tuan Botak seperti dulu.

Kepalanya pun menjadi botak kembali. Lembu Si Botak juga mati seekor demi seekor. Maka Si Botak pun kembali miskin.

Malaikat menemui Tuan Buta pula. Lelaki itu sentiasa bersyukur kepada Allah. Apabila malaikat meminta agar diberikan seekor kambing, Tuan Buta pun berkata: "Dulu aku seorang buta. Allah telah menyembuhkan mataku. Oleh itu, kau ambil mana-mana kambing yang engkau sukai untuk dibuat bekalmu."

Mendengar jawapan itu, malaikat pun berkata: "Jagalah hartamu baik-baik. Sebenarnya Allah hanya ingin mengujimu. Allah telah meredaimu, sedangkan saudara-saudaramu telah mendapat kemurkaan."

Si Buta pun menadah tangan lalu mengucapkan syukur.

Sumber: http://www.utusan.com.my

Saturday, July 24, 2010

Syaitan Menganjurkan Riak

Dalam mengganggu amal kebajikan dan ibadat manusia, demikian juga syaitan mempunyai caranya. Pada mulanya dibisikann supaya manusia meninggalkan amal kebajikan dan ibadat. Pendek kata, dihalangi dengan bermacam-macam jalan dan berpura-pura alasan yang memberatkan, seperti, dikatakannya, bahawa ibadt itu letih, membuang waktu, kurang tidur, tidak ada untungnya dan sebagainya.

Apabila didapati manusia telah dapat melawan semua gangguan dan bisikan syaitan itu, maka syaitan tidak berputus asa, lalu syaitan menggunakan cara yang lain pula. Syaitan akan membisik semula, iaitu ia mendorong keras dan menganjurkan, supaya manusia rajin beribadat dan beramal salih, memperbanyakkan sedekah, menderma dan sebagainya. Seterusnya syaitan membisikan, bahawa amal ibadat manusia tersebut paling baik dan paling sempurna, maka timbullah di dalam hati manusia itu perasaan ujub, merasa bangga akan amalnya. Akhirnya perasaan pada mulanya beramal salih kerana Allah sudah bertukar menjadi riak kerana ingin dilihat dan dipuji orang.

Kedua-duanya jalan itu, yakin tidak beribadat dan tidak beramal salih, atau mengerjakan kerana riak adalah menguntungkan syaitan semata-mata. Yang pertama manusia menjadi malas dan enggan beribat atau melakukan kebajikan. Yang kedua, amal iabdat manusia tidak diterima, keran amal ibadat yang diterima, hanyalah yang dikerjakan kerana Allah. Sebagaimana diterangkan Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

    "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menerima satupun amal, melainkan yang dikerjakannya dengan iklas keranaNya, dan menuntut kerelaanNya". (Riwayat Nasi)

Namun orang yang iklas inilah dikatakan di dalam Al-Quran "Mukhalasim" yakni orang yang diikhlaskan atau disucikan dan syaitan sendiri telah mengakui, bahawa selama manusia ikhlas kerana Allah tidak dapat diganggu, dan syaitan syaitan tidak berdaya menipunya dan memperdayakannya. Oleh itu di dalam segala hal kerja, terutama dalam beribadat kepada Allah, janganlah ada niat di hati kerana riak, supaya dilihat dan dipuji orang.

Syaitan sentiasa berkerja keras untuk menggoda manuasia melakukan ibadat atau kebajikan dengan tanpa mendapat petunjuk Allah, yakni agar melaku sesuatu perkara dengan perasaan riak dan menunjuk-nunjuk terhadap orang lain. Jadi kita harus berusaha dan memohon kepada Allah, agar kita tetap mendapat petunjukNya dan selamat dari godaan syaitan

Perubahan Untuk Mengelakkan Kanser Prostat


1. Kurangkan pengambilan lemak dalam makanan.

  • Pilih daging tanpa lemak dan ayam tanpa kulit
  • Masak dengan menggunakan sedikit minyak (kukus, bakar, rebus, panggang, tumis dan mendidih)
  • Pilih makanan yang rendah lemah (susu rendah lemak, susu skim, mayonis rendah lemak, keju rendah lemak dan lain-lain)
2. Makanan lebih serat.

  • Makan 5 atau lebih sajian sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari
    Sayuran-sayuran: 1 sajian piawaian = ½ cawan sayuran yang dimasak = 1 cawan sayuran segar
    Buah-buahan: 1 sajian piawaian = 1 potong tembikai/betik/nenas = 1 biji saiz sederrhana oren/epal/pisang = 8 biji anggur
  • Pilih produk makanan yang tinggi serat (roti gandum tulen, beras perang, biskut gandum tulin, bijirin tinggi serat dan lain-lain.
  • Dengan pengambilan serat yang lebih, pastikan anda minum air dengan secukupnya (lebih daripada 8 gelas air sehari)
3. Pastikan pengambilan makanan yang kaya dengan anti oksida di dalam diet seharian.

  • Lycopene (tomato, tembikai, limau gedang merah, jambu dan aprikot kering).
  • Selenium (bran, brokoli, beras perang, bawang putih, cendawan, tepung oat dan produk bijirin penuh)
  • Vitamin E (badam, asparagus, minyak kanola, bayam dan biji bunga matahari).
  • Flavanols and Polyphenols (teh atau teh hijau)
4. Pengambilan produk soya di dalam diet seharian.

  • Tauhu, "miso", susu kacang soya, "fucok", tempe dan produk soya lain.
5. Kekalkan berat badan yang sihat dan selalu bersenam.

Konsep Ibadah

  1. Merupakah pengabdian yang dilakukan dengan cara tunduk dan merendah diri, dilakukan dengan hati yang iklas kerana Allah menurut cara-cara yang ditentukan oleh syara'
  2. Ibadah membentuk perhubungan yang terus antara hamba dengan Allah.
  3. Ia tidak memerlukan perantaraan atau wasilah.
  4. Tanda bersyukur di atas nikmat Allah kepada hamba.
  5. Ibadah mesti dilakukan dengan hati yang iklas dan khusyu'
  6. Mesti memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditentukan.
  7. Setiap muslim mesti melaksanakan ibadah-ibadah yang difardhukan.

Peranan ibadah di dalam kehidupan insan

  1. Ibadah sebagai menifestasi keimanan, kekuatan ibadah ditentukan oleh mutu keimanan.
  2. Pengawal dan penghalan diri dari melakukan perkara-perkara keji dan larangan Allah.
  3. Sebagai suatu cara hidup yang melengkapi semua kegiatan manusia.
  4. Sebagai satu sumber kekuatan rohani dan terhindar daripada gangguan emosi dan jiwa.
  5. Satu cara untuk mendapat rahmat Allah.
  6. Membentuk akhlak yang mulia dan peribadi luhur.

Membentuk kreativiti keusahawanan

Apa itu kreativiti? 

Pernahkah anda terfikir betapa pentingnya kreativiti kepada usahawan?

Terdapat beberapa definasi untuk kreativiti. Menurut Schermerhorn, Hunt dan Osborn (2003), kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang yang diperolehi.

Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap. 

Proses Kreativiti 

Adakah kreativiti amat perlu bagi pengusaha?

Seorang usahawan perlu memikirkan idea untuk mengimplementasi strategi baru. Secara amnya, idea tersebut diperkembangkan dari proses kreatif yang mana imaginasi individu akan membayangkan, memasukkan dan memajukan dan seterusnya akan dilaksanakan dan sebagai pulangan usahawan dan organisasi akan mendapat manfaatnya.

Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa(langkah) utama di dalam proses kreatif iaitu:
  1. Pengumpulan Pengetahuan (Knowledge Accumulation)
  2. Inkubasi (Incubation)
  3. Idea
  4. Penilaian dan Pelaksanaan
Pengumpulan Pengetahuan

Untuk memulakan proses kreatif, seseorang perlu bersedia mengumpul semua informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan. Ini melibatkan akitiviti membaca, perbincangan dengan rakan yang bekerja dalam bidang yang sama, menghadiri seminar profesional atau bengkel dan sebagainya. Dengan pendedahan begini, ia dapat memberikan pandangan yang luas mengenai masalah dan mempunyai asas yang kukuh mengenai kreativiti demi untuk membangunkan produk baru, perkhidmatan atau pelaburan perniagaan. 

Inkubasi

Di dalam fasa ini, seseorang individu mungkin tidak terlibat secara langsung dengan sebarang perniagaan yang berkaitan dengan aktiviti atau masalah tersebut. Malahan mereka mungkin akan cuba membuangkan masalah tersebut dan membiarkan minda bawah sedar (subconscious) melakukan tugas tersebut. Pembangkitan idea yang kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira dari mana sumber datang. Perkara seperti ini boleh berlaku semasa tidur, berehat, membaca bahan yang tidak berkaitan dengan masalah tersebut, bermain badmintan atau sedang meditasi. 

Idea 

Ini merupakan fasa yang paling mengasyikkan mengenai proses kreativiti. Dalam fasa ini, jalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai akhirnya. Kadang-kadang fasa ini juga dikenali sebagai 'faktor eureka'. Kadang-kadang seseorang boleh memperolehi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara tidak sengaja. Sebagai contoh: semasa makan, berjalan, mandi dan sebagainya

Penilaian dan Pelaksanaan 

Pada fasa terakhir, usahawan akan menukar idea tersebut menjadi realiti. Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian, disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Kebolehan menentukan idea yang boleh dilaksana dan dipratikkan akan menentukan kejayaan usahawan di dalam sesuatu perniagaan. Apabila sesuatu idea mula timbul(muncul) dari fasa ketiga dalam idea kasar, usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarnya kepada bentuk idea yang terakhir. Kemudian, usahawan tersebut boleh memilih idea yang terbaik untuk memulakan aktiviti perniagaan yang menguntungkan

Friday, July 23, 2010

Bagaimanakah Kita Boleh Dapatkan Idea Perniagaan?


Sebelum sesuatu perniagaan beroperasi, pemilik perlu menetukan apakah produk atau perkhidmatan yang akan dijual kepada pelanggan. Tanpa ada tawaran produk atau perkhidamatan, perniagaan tidak meungkin wujud. Produk atau perkhidmatan yang telah dipilih ini adalah idea perniagaan. Sekiranya anda bakal seorang usahawan perkara yang perlu difikirkan ialah sepertiu berikut;

  1. Apakah produk atau perkhidmatan yang hendak dijual kepada pelanggan?
  2. Adakah produk atau perkhidmatan ini boleh mendatangkan keuntungan?
Juka anda ingin menjadi seorang usahawan, anda hendaklah sentiasa berwaspada terhadap produk-produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Setiap orang yang menceburi bidang perniagaan pasti inginkan keuntungan. Oleh itu setiap bakal usahawan mestilah dapat mengenapasti dan memilih idea perniagaan yang mampu mencapai hasrat ini, iaitu mendapat keuntungan.

Sebenarnya idea perniagaan boleh didapati dari pelbagai sumber dan boleh lahir pada bila-bila masa. Ada orang mendapat idea secara tidak dirancang seperti semasa membaca surat khabar atau majalah . ada yang mendapat idea semasa melakukan hobi, contohnya semasa berkebun, melancong, berbual dan sebagainya. Walau bagaimanapun idea perniagaan boleh juga didapati melalui usaha-usaha yang sistematik seperti mendapatkan maklumat daripada sumber primer dan sumber sekunder.

Setiap Amalan Dibalas


Syed Qutub berkata: "Surah ini dimulakan dengan menayangkan beberapa surah kiamat yang dijelaskan dengan luas dalam surah al-Takwir, surah al-Infitar dan surah al-Naba', tetapi gambaran kiamat yang ditayangkan di dalam surah ini mempunyai satu ciri khusus yang berlainan, iaitu ciri menyerah kepada Allah SWT, di mana langit dan bumi menyerah diri dengan penuh patuh dan khusyuk kepada Allah."


Imam Malik meriwayatkan dari Abdullah bin Yazid, dari Abu Salamah bahawa Abu Hurairah r.a pernah membaca dalam solat bersama mereka yang bermaksud: "Apabila langit terbelah lalu ia sujud."


Apabila selesai, Abu Hurairah memberitahu mereka bahawa Rasulullah SAW pernah bersujud kerana membacanya. Demikian yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan al-Nasaei.

Firman Allah SWT: Apabila langit terbelah, serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh.

Ibn Kathir berkata: "Iaitu pada hari kiamat di mana makhluk mendengar dan mematuhi serta mentaati perintah Tuhannya yang selayaknya dipatuhi."

Syed Qutub menambah: "Tetapi perkara baru yang dikemukakan di dalam surah ini ialah penyerahan diri langit kepada Tuhannya iaitu ia wajib menyerah diri menjunjung perintah Tuhannya dengan penuh ketaatan dan kepatuhan."

Firman Allah SWT: "Dan apabila bumi diratakan, serta mengeluarkan apa Yang di dalamnya, dan menjadi kosong, serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa Yang telah dilakukannya)."

Ibn Kathir berkata, maksud bumi diratakan adalah dihamparkan, dibentangkan dan diluaskan. Mujahid, Said dan Qatadah berpendapat di mana bumi memuntahkan yang ada di dalamnya bermaksud mengeluarkan mayat-mayat yang ada dalam perutnya sehingga benar-benar kosong.

Ada tafsir menyebut termasuklah isi kandungan di dalam bumi seperti logam-logam, air-air dan rahsia-rahsia yang diketahui Allah.

Semua isi kandungan ini telah dikandung bumi abad demi abad sehingga sampailah hari kiamat, dan pada hari itulah bumi akan meluahkan semua isi kandungannya itu.

Firman Allah SWT: Wahai manusia! Sesungguhnya Engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) Dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian Engkau tetap menemui balasan apa Yang Engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

Ibn Kathir berkata: "Dia akan membalas atas perbuatan usahamu. Syed Qutub dalam salah satu tafsirannya menyebut: "Wahai insan yang dikurniakan dengan sifat-sifat kemanusiaan yang istimewa! Pilihlah untuk dirimu jalan yang layak dan sesuai dengan sifat-sifat istimewa yang dikurniakan Allah kepadamu! Pilihlah jalan yang memberi kerehatan kepadamu dari segala kepenatan semasa engkau menemui Allah kelak.

"Seruan ini menghubungkan dengan untung nasib yang akan diterima oleh orang-orang yang berpenat lelah dan bertungkus lumus di dunia apabila mereka sampai di penghujung jalan menemui Tuhan mereka".

Firman Allah SWT: Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, Dengan pengertian lain, seluruh amal perbuatannya tidak dihisab secara khusus, kerana barang siapa yang dihisabnya dilakukan seperti itu (mendalam), maka tidak diragukan lagi pasti dia akan binasa.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Aisyah R. Anha, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Barang siapa yang dihisab secara khusus, pasti dia akan diazab.

Lalu Aisyah R. Anha bertanya lagi: Bukankah Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah? Baginda bersabda: Bukan itu yang dihisab, tetapi yang demikian itu hanyalah amal perbuatan, kerana barang siapa yang dihisab secara mendalam, pasti dia akan di azab. (riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tarmizi dan an-Nasaei)

Firman Allah SWT: Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) Dengan sukacita. Qatadah, al-Dahhak berkata dalam keadaan senang, kerana merasa gembira atas apa yang diberikan Allah SWT kepadanya.

Firman Allah SWT: Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.

Ibn Kathir berkata, cara penerimaannya iaitu dengan tangan kirinya dari arah belakang, di mana tangannya itu menghulur dan diberikan buku catatannya itu kepadanya.

Sheikh al-Maraghi berkata: "Sesetengah yang lain apabila diperlihatkan amalan perbuatannya yang telah lalu wajahnya bertukar menjadi muram, berusaha menjauhi dan membelakangi serta berharap agar tidak diperlihatkan kepadanya, diambil bukunya dengan catatan amalan itu dengan tangan kiri atau diambilnya dengan cara membelakanginya".

Pada ketika itu dia berseru: "Oh celaka sekali!" Atau dengan keluhan: "Wahai kebinasaan! Terimalah buku itu, kerana kami tidak ingin terus hidup, ia mengetahui hal itu adalah penyebab adanya seksaan yang lama dan pasti dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan merasakan kepanasan api neraka".


Firman Allah SWT: Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! Ini kerana mereka melakukan maksiat di dunia dan lupa pembalasan akhirat.


Firman Allah SWT: Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)!

Sheikh al-Maraghi berkata: "Ayat ini berkata orang yang mengikut hawa nafsu syahwatnya dan kelazatan dunia, tidak termasuk dalam golongan orang yang mempunyai perkiraan tentang hari akhirat, keyakinan bahawa mereka akan dikembalikan semula kepada Tuhan untuk dihisab amalannya.

Bahkan mereka beranggapan kuat bahawa mereka tidak akan dihisab dan Allah SWT tidak menyalahi janji-Nya.

Firman Allah SWT: (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa melihat dan mengetahui keadaannya!

Hamka berkata: "Oleh sebab itu maka hati-hatilah melangkah dari sekarang, agar tenaga tidak habis percuma dan kelak kita akan bertemu dengan Tuhan kita dalam suasana yang menggembirakan hati. Sebab Tuhan sendiri pun inginkan agar kita menjadi orang baik (orang soleh)".

Semoga Allah menjadikan kita golongan yang mendapat catatan amalan dengan tangan kanan. Amin.

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Thursday, July 22, 2010

Ponteng Sekolah


Al Kisah di suatu subuh yang bening.... Dalam sebuah rumah banglo..

Aminnnnnnnnn! Jerit seorang ibu tua dari dapur..

Anak tunggal kesayangan tidak menjwab.. ia masih nyenyak tidur dibuai mimpi (mungkin).

Aminnn bangun! Hari dah nak pagi! Nanti lewat ke sekolah.. ulang ibu tua itu lagi...(Kali ini nadanya lebih kuat lagi, agar anaknya cepat bangun).

Namun Amin masih tidak bangun.

Sebenarnya Amin sudah lama sedar, dia sudah lama menunai solat subuh. Tetapi dia tidur balik, ia merasa hilang keinginan ke sekolah. Sebelum ini Amin tidak pernah perasaan seperti itu. Dia memang dedikasi dan tegas.

Ibu Amin merasa risau atas perubahan sikap Amin yang sudah tidak suka ke sekolah, lalu dia ke bilik Amin sambil memujuk untuk Amin ke Sekolah.

"Amin! Kenapa tak bangun lagi?" kata ibu sambil menggoyangkan kaki anak kesayangannya. "Nanti lewat ke sekolah" ulang ibu.

"Amin tak nak ke sekolah la ibu" Balas Amin sambil memeluk bantal dengan erat lagi.

"Kenapa" Tanya ibu.

"Di sekolah semua pelajar takut pada Amin dan tidak mahu berkawan dengan Amin. Cikgu-cikgu kat sekolah Amin pula sering mengelak diri bila bertembung dengan Amin. Amin tak suka" Jawab Amin dengan jujur. Amin sememang anak yang baik dan tidak pernah berbohong terhadap ibunya. Bagi Amin berbohong pada ibu seperti berbohong pada diri sendiri.

"Amin, Amin" kata ibu sambil tersenyum.

"kenapa ibu? Tanya Amin. Amin merasa risau jugak, mana tahu kalau-kalau ibunya marah nanti.

"Aminkan dah besar umurpun dah 50 tahun, lagi pun Aminkan pengetua sekolah memang la cikgu dan pelajar takut" Jawab ibu.

Tanpa berfikir panjang lagi Amin terus menyiapkan diri untuk ke sekolah...

Lt. Adnan


Adnan Bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Inilah serba sedikit kisah pertempuran terakhir beliau di Bukit Candu, Singapura.

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk granet dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. 

Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.di dalam keadaan kacau bilau pertempuran, tubuh Korporal Yaakob(satu-satunya yang selamat) jatuh di atas timbunan mayat rakan-rakan seperjuangannya yang telah mati ditembak tentera Jepun. Beberapa detik sebelum itu dia dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Leftenan Adnan dari Rejimen Askar Melayu berserta beberapa orang anak-anak buahnya yang lain akhirnya berjaya ditawan Jepun. Leftenan Adnan berusia 27 tahun ketika kejadian ini berlaku...Sejak pagi semalam lagi tentera Jepun telah menumpukan serangan bedilan bom, mortar berat dan bedilan meriam ke kawasan Pasir Panjang kerana mereka tahu, inilah kawasan terakhir yang perlu mereka tawan sebelum Singapura jatuh ke tangan mereka. Pihak British mempertahankan kawasan secara habis-habisan kerana kawasan tanah tinggi ini menghadap ke arah utara Singapura serta merupakan jalan ke arah Alexandra di mana letaknya depot senjata serta hospital tentera, serta kepentingan lain milik British.

Divisyen Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun di bawah pemerintahan Leftenan Jeneral Renya Mutaguchi telah diperintahkan untuk menghadapi 'C' Coy. 'C' Coy merupakan sebuah pasukan yang membentuk Batalion Pertama dan Kedua Kedua Rejimen Askar Melayu Rejimen British 2nd Loyals dan Briged 44th Indian. 'C' Coy berserta Leftenan Adnan Saidi telah ditempatkan untuk mempertahankan Perkampungan Pasir Panjang. Mereka telah memberi tentangan yang hebat kepada Tentera Jepun sehingga tentera Jepun dari Divisyen Chrysanthemum yang terkenal kerana kehebatan serta kehandalan mereka berperang terpaksa berundur.

Pada tengah malam semalam, Leftenan Adnan telah diperintahkan oleh Kepten H.R. Rix untuk berpindah ke sebuah tapak pertahanan baru. Mereka telah bertahan di sebuah kilang memproses candu kepunyaan pemerintah British di kaki sebuah bukit di Pasir Panjang. Seramai 42 orang anggota Batalion pertama dan Kedua Rejimen Askar Melayu bertahan di situ tanpa air, makanan serta bekalan senjata tambahan. Di dalam keadaan terdesak, Leftenan Adnan telah memerintah anak buahnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Dia tahu, jumlah tentera Jepun yang akan datang menyerang terlalu banyak jumlahnya dibandingkan dengan jumlah tentera di bawah pimpinannya.

Pada tengah hari 14 Februari, pihak tentera Jepun akhirnya menyerang Rejimen Askar Melayu yang sedang bertahan di Bukit Chandu. Sekumpulan anggota tentera Jepun yang menyamar sebagai anggota tentera Punjabi datang mendekati mereka. Sebelum sempat mereka dapat mendekati kawasan yang dipertahankan oleh 'C' Coy, Leftenan Adnan yang telah ditugaskan untuk mempertahankan bahagian utara kawasan tanah tinggi ini sudah dapat menghidu helah yang telah dilakukan oleh tentera Jepun. Tentera Punjabi itu dilihatnya sedang mara bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga. Leftenan Adnan yakin, apa yang dilihatnya itu adalah satu helah yang dilakukan oleh tentera Jepun, kerana pasukan tentera di bawah pimpinan British tidak mungkin akan melakukan kesilapan yang besar seperti yang dilihatnya pada ketika itu. Terus dia mengarahkan agar tembakan dilepaskan bertubi-tubi ke arah tentera Jepun yang sedang menyamar ini.

Seramai 20 anggota tentera Jepun telah mati serta cedera di dalam serangan ini. Perkara ini telah membuatkan tentera Jepun mengamuk, lantas membalas dengan serangan tembakan bertubi-tubi ke atas Rejimen Askar Melayu.

Rejimen Askar Melayu telah berjuang dengan berani sehingga titisan darah yang terakhir walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan tentera Jepun dengan menggunakan jumlah peluru yang terhad. Maka begitulah hendaknya semangat "Ta'at dan Setia" yang begitu kental di dalam jiwa mereka.

Tubuh Korporal Yaakob kaku tatkala dia berpura-pura mati di atas tubuh seorang rakannya yang telah mati ditembak pada bahagian lehernya. Korporal Yaakob dapat mencium bau hanyir darah yang masih mengalir hangat dari bahagian leher kawannya itu. Begitu meloyakan sehinggakan dia merasa seperti mahu muntah di situ juga. Sebelum Korporal Yaakob rebah di dalam kekalutan pertempuran tadi, dia dapat melihat Kapten Rix terbunuh bersama 12 orang tentera Melayu yang lain yang telah berjuang bermati-matian dengannya.

Kini, dari posisinya Korporal Yaakob dapat melihat keadaan Leftenan Adnan yang cedera parah diheret dan disepak terajang oleh tentera Jepun yang sedang marah menggila pada ketika itu. Mereka betul-betul ingin membalas dendam ke atas kematian rakan-rakan mereka yang telah mati ditembak oleh Leftenan Adnan serta anak-anak buahnya yang lain. Enam orang anggota tentera Melayu yang berjaya ditawan terus diikat, lantas ditikam dengan bayonet oleh tentera Jepun sehingga mati. Suara anggota tentera Melayu yang telah mengerang kesakitan di dalam saat-saat akhir hidup mereka terus berdengung di dalam kepala Korporal Yaakob. Dia tidak dapat melakukan apa-apa kecuali terus berpura-pura mati.

Tubuh Leftenan Adnan yang lemah itu kemudian diserkup dengan guni. Kakinya di gantung ke sebuah pokok ceri berdekatan dengan sebuah rumah banglo di Pepys Road. Kemudian, tanpa sebarang pertimbangan, tentera Jepun telah menikam tubuh Leftenan Adnan berkali-kali sehinggalah tubuhnya berhenti bergerak. Kaku. Titisan darah yang pekat mula membasahi kain guni yang menutupi tubuh Leftenan Adnan. Seorang pegawai tentera Jepun mengeluarkan balutan kain guni pada tubuh Leftenan Adnan. Dia mengambil pisaunya lalu leher Leftenan Adnan dikelar. Darahnya menitik dengan deras ke tanah.Pegawai tersebut lalu memerintahkan anak-anak buahnya supaya memberi amaran kepada penduduk-penduduk tempatan supaya jangan menyentuh mayat Leftenan Adnan juga mayat-mayat askar Melayu yang lain untuk dikebumikan. Jika tidak padah jadinya nanti!


Peristiwa Pertempuran di Bukit Chandu merupakan pertempuran terakhir sebelum Singapura akhirnya jatuh ke tangan Jepun. Pada 15 Februari 1942, Leftenan-Jeneral A.E Percival dari Pakatan Tentera British akhirnya menyerah kalah kepada Leftenan-Jeneral Yamashita Tomoyuki dari Tentera Imperial Jepun di bangunan Kilang Ford di Bukit Timah. Penyerahan Singapura kepada Jepun ini menandakan tamatlah ikatan Malaya dan khususnya Singapura kepada Kerajaan Britih yang telah memerintahnya selama lebih seabad lamanya sebelum ini.

Pada hari yang sama, bendera Union Jack diturunkan lantas bendera Matahari Terbit atau Hinomoru dikibarkan di sebatang tiang bendera berdekatan dengan bangunan Cathay, bangunan yang tertinggi di Singapura pada waktu itu.

Ketika Jepun mengambil alih Singapura, tahun 1942 telah ditukar menjadi tahun 2602 mengikut kalendar yang digunakan oleh Jepun. Jam-jam pula diubah agar mengikut masa yang sama di Tokyo.


Sejak dari hari itu, Singapura dinamakan mereka 'Shonan-to', Malaya pula 'Malai' atau 'Maraiee' dan Pulau Pinang pula 'Tojoto'. Maka kini bermulalah penjajahan Jepun ke atas bumi Malaya dan Singapura!

*Keberanian sera kepahlawanan Leftenan diakui sendiri oleh Empayar British dan juga Empayar Jepun, sehinggakan General Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya menyatakan "jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun".

Sumber: http://tuneman.multiply.com/

Harimau Yang Beriman


lkisah...

Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat.

Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh keatas batu danKRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. inibukanlah berita buruk

ok. Ada lagi ..

Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangka dia dah tak boleh bergerak lagi.

'Ya Allah,' doa lelaki tersebut,'Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah..makbulkan hajat ku ini ..jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman..tolong ya Allah!

Aminnn..'

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.

Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, 'Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Aminn..'

Wednesday, July 21, 2010

Penilaian dalam Pendidikan

SETIAP guru terutamanya guru permulaan harus mengambil sikap bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bukan hanya untuk memenuhi kriteria peperiksaan awam sahaja. Bermula dengan tahun 1 di sekolah rendah hinggalah berakhir ke tingkatan 6 di sekolah menengah, proses pembelajaran perlulah mengikut tahap dan pemeringkatan yang berlandaskan aspek-aspek dalam teori pendidikan.

Dalam rancangan mengajar, hasilan pembelajaran ditetapkan, diikuti pula dengan perancangan aktiviti pengajaran yang distrukturkan mengikut adegan-adegan pengajaran (instructional events) – Gagne, R.M (1985) iaitu bermula dengan aktiviti set induksi yang bertujuan menarik perhatian serta aktiviti bimbingan dan juga aktiviti-aktiviti yang melibatkan maklum balas dan penilaian.

Malah dalam komponen sesuatu Model Reka Bentuk Pengajaran, aspek penilaian amat dititik beratkan sebagai salah satu komponen yang bertujuan menguji sejauh mana perancangan yang dibuat mampu menepati objektif pengajaran, kesesuaian bahan yang digunakan serta kemampuan penerimaan murid.

Dalam hal ini setiap guru harus bertindak memenuhi kehendak proses pembelajaran. Aspek penilaian sama ada berbentuk formatif atau sumatif adalah penting dan harus dilaksanakan dengan sempurna bagi setiap tahap dan peringkat murid.

Isu sama ada peperiksaan awam dimansuhkan atau tidak bukanlah menjadi persoalan kepada proses pembelajaran pada golongan pendidik. Para guru harus mengambil sikap bahawa setiap tahap dan peringkat harus diuji dan dinilai untuk tujuan yang dinyatakan di atas tanpa mengambil kira sama ada terdapat peperiksaan awam pada tahap tersebut.

Oleh itu usaha untuk menggunakan pelbagai strategi pengajaran harus digandakan dari peringkat awal lagi tanpa memfokuskan pada aspek peperiksaan sahaja. Elemen-elemen yang mampu menjana pemikiran kritis dan kreatif, pemantapan kemahiran insaniah yang merangkumi kemahiran berkomunikasi serta kerohanian harus diintegrasikan secara bijak dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum.

Guru juga harus menggunakan kreativiti dan membuat inovasi agar murid mampu menyusun strategi kognitif dalam usaha menerima pengajaran dan pembelajaran yang tidak hanya menumpukan pada aktiviti hafalan semata-mata dalam usaha melahirkan murid yang lebih global dari segi kemahiran dan pemikiran.

Justeru, jika aspek pendidikan ini dihayati dan dilaksanakan dengan baik, tidak ada "tekanan" atau "menarik nafas lega" jika sesuatu keputusan dibuat oleh pihak atasan mengenai isu yang berkaitan dengan peperiksaan.

Oleh Dr ISMAIL ZAIN

Sumber: http://www.tutor.com.my/

Perasaan berbeza


MANUSIA dianugerahkan Tuhan naluri dan nafsu syahwat yang tercetus sejak peringkat janin di dalam rahim ibu lagi. Ia kemudian berkembang dan semakin mantap di peringkat baligh remaja, dewasa dan kekal ke akhir hayat.

Bayi di dalam perut ibu mendapat pemantapan sistem syahwat melalui hormon syahwat yang dikeluarkan oleh ibu. Hormon ibu mempengaruhi pembentukan anggota syahwat dan sistem urat saraf berkenaan.

Proses orientasi seks pula bermula dengan fasa 'oral' atau mulut dan bayi mendapat keselesaan serta ketenangan melalui rangsangan bahagian ini. Perkembangan kemudian beralih kepada fasa 'anal' atau lubang najis dan 'urethral' atau lubang kencing.

Proses orientasi seksual berterusan sehingga dewasa dan peringkat lanjut usia. Tidak menghairankan jika penghayatan seks untuk individu berubah-ubah, daripada tiada penghayatan kepada ada penghayatan, remaja, dewasa tetapi menurun apabila usia semakin tua.

Bagi individu yang menjalani proses pengenalan diri atau seksualiti, dia akan menikmati perasaan syahwat yang berubah-ubah mengikut mood dan emosinya.

Oleh itu, situasi biasa jika seseorang itu berasa tidak seronok dalam keadaan tertentu ketika berdampingan dengan pasangan, tetapi seronok yang tidak terhingga dalam keadaan berbeza.


Ia sama seperti penghayatan rangsangan syahwat yang juga berbeza ketika usia muda dan lebih dewasa, juga sebelum melahirkan anak serta selepas melahirkan anak.

Ada juga keadaan yang dapat meningkatkan berahi atau mencetuskan syahwat seperti tempat, pakaian, bauan, objek serta keadaan tertentu. Fenomena ini dikenali sebagai 'fetishes' atau 'fetishesme' yang juga boleh berubah-ubah dalam penghayatan rangsangan syahwat.

Sememangnya proses penghayatan syahwat berubah-ubah dan biasanya perubahan itu positif atau kepada yang lebih seronok. Namun, kadangkala ia negatif iaitu tidak menyeronokkan.


Jika perubahan negatif ini berlaku, tentu ia mendatangkan masalah kepada pasangan dan perlu dipulihkan sama ada secara perbincangan bersama, dengan doktor atau pembimbing seks.

Penghayatan seks atau hubungan intim pada usia muda membabitkan individu yang masih 'mentah' itu belum tahu atau mengenali seksualitinya tidak akan berjalan lancar, kecuali selepas mula membuka minda, mempelajari, memahami dan menerokai hubungan yang terjalin.

Sentuhan dan belaian adalah sebahagian daripada hubungan intim. Jika selesa, pasangan perlu teruskan kepada tindakan lebih intim.

Kajian menunjukkan keseronokan syahwat dan keintiman seksual menyegarkan kesihatan pasangan, meningkatkan tahap kesihatan ke paras tinggi dengan peningkatan sistem kawalan penyakit atau imuniti, selain mencegah serangan sakit jantung dan kawalan darah tinggi. Ia juga mengawal kesihatan mental dan proses penuaan.

Sumber: http://www.hmetro.com.my

Bahaya di sebalik gula


KEKURANGAN bekalan dan kenaikan harga runcit gula menimbulkan persoalan.Apa yang ada pada gula sehingga pengguna yang bijak turut membiarkan diri mereka menjadi semut sanggup berebut kerana bahan pemanis itu?

Gula memudaratkan kesihatan. Gula itu racun. Gula penyebab pelbagai penyakit kronik. Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Malah pepatah Melayu ada juga menyebut mati semut kerana gula.

Namun, di sebalik impak negatif yang dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan, adalah jelas sesetengah pengguna di negara ini masih tidak mahu mengambil peduli bahaya yang disebabkan oleh gula.

Kepada mereka, kesihatan mungkin bukan isu utama dalam kehidupan mereka. Peringatan atau nasihat baik daripada pakar pemakanan atau perubatan bak masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Mahu tidak mahu gula pasir menjadi sebahagian daripada kehidupan masa kini sehinggakan ada yang seperti tidak boleh hidup tanpa bahan pemanis itu.

Menurut Ensiklopedia bebas, Wikipedia, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu kuning dan tebu hitam.

Dilaporkan kira-kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan sekitar 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar terbesar gula, mengikut Wikipedia ialah Brazil, India, China dan Pakistan.

Batang tebu yang tebal menyimpan sukrosa. Secara ringkasnya, gula dihasilkan daripada air tebu yang kaya dengan sukrosa.

Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya. Pada tahun 1929, Sir Frederick Banting, individu yang menemui insulin iaitu hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia mendapati, diabetes adalah penyakit lazim di kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sementara pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk peribumi Panama tidak menghidap penyakit kronik itu.

Sebabnya? Pemilik ladang tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu pada kadar yang banyak sedangkan pemotong tebu sekadar mengunyah keratan tebu. Impak negatif gula putih turut ditekankan oleh pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr. William Coda Martin. 

Punca penyakit 

Pada tahun 1957, beliau tampil mengklasifikasi gula putih halus sebagai racun. Martin membuat takrifan itu daripada segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika diaplikasi ke tubuh, ditelan atau diproses di dalam tubuh akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan penyakit.

Beliau turut mengklasifikasi gula sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya rendah. Apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.

Gula akan melahap vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manusia untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.

Pengambilan gula setiap hari juga dilapor menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian di dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetulkan.

Selain gula pasir dan gula perang sebagai bahan pemanis, terdapat bahan pemanis lain seperti madu dan sirap maple serta gula yang tidak dapat dilihat.

Pakar pemakanan tempatan, Mary Easaw John menjelaskan bahawa gula yang tersembunyi boleh ditemui di dalam roti, aiskrim, coklat, pastri, pai dan kuih-muih.

"Untuk membuat roti, ia memerlukan yis atau ragi. Bahan ini pula memerlukan gula untuk mengaktifkannya dan memastikan roti menjadi," katanya. Jeli dan jem juga mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Sebagai contoh, 60 peratus kandungan jem adalah gula. Sepotong kuih pula, katanya, mengandungi setengah sudu teh gula, sementara minuman berkarbonat pula mengandungi lapan hingga sembilan sudu teh gula.

Justeru, kita sebenarnya tidak memerlukan gula pasir halus dalam kehidupan harian. "Apa yang perlu ialah mendidik cita rasa kita. Kalau hendak pun mengambil gula pasir, enam atau tujuh sudu teh gula pasir halus sudah memadai. Ini termasuk gula yang tersembunyi seperti dalam kek dan manisan yang lain.

"Gula yang berlebihan dalam tubuh manusia akan disimpan sebagai lemak." Ini berbeza jika kita makan sayur atau buah-buahan, ada galian dan vitamin dan ia tidak disimpan dengan cara begitu," katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya berhati-hati apabila mahu membeli makanan yang sudah diproses.

"Ambil sedikit masa untuk teliti label makanan. Periksa kandungan lemak dan gula," kata Easaw John.

Sebuah agensi berita Barat baru-baru ini melaporkan, makanan ringan menjadi punca ledakan penyakit diabetes di rantau Asia Tenggara.

Kajian mendapati, kira-kira 11 peratus lelaki dan 12 peratus wanita di bandar raya Ho Chi Minh, Vietnam, tanpa mereka sedar menghidap diabetes Jenis 2, tidak termasuk empat peratus rakyat negara itu yang disahkan sebagai pesakit diabetes.

Diabetes Jenis 2, paling lazim disebabkan paras lemak dan gula yang tinggi dalam pemakanan di samping kurang senaman. Ia boleh menyebabkan kegagalan ginjal dan penyakit jantung.

Di peringkat global, Persekutuan Diabetes Antarabangsa menganggarkan menjelang tahun 2025 seramai 147 juta orang penghidap diabetes berusia 60 tahun atau lebih. Statistik negara turut menunjukkan peningkatan dalam jumlah penghidap diabetes.

Pada tahun 2009, sebanyak 17 peratus daripada 27 juta penduduk menghidap diabetes sementara data tahun 2006 pula menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obes.

Apakah kita mahu terus menikmati kemanisan gula dan menjadi penderita penyakit diabetes atau penyakit kronik lain terutama pada usia senja kita? - Bernama

Oleh MELATI MOHD. ARIFF

Sumber: http://www.kosmo.com.my

Tuesday, July 20, 2010

Kuda Raja Dengan Budak Kecil


Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat sombong. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya.Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara.

Kuda raja memang pandai dan menurutut cakap apa yang disuruh, sekiranya raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyanyi dia nyanyi. Sebab itulah raja sayang sangat pada kudanya. Akan tetapi kuda ini hanya patuh arahan raja sahaja. Kerana berasa sangat sombong, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya ingin menyaksikan siapa yang dapat membuatkan kudanya duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian.

Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kuda tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya "Apa yang engkau buat sampai kuda beta tu duduk wahai budak?" "Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk, mungkin senak la agaknya kot" kata budak tersebut sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.

Raja merasa tidak puas hati dan ingin mengadakan satu lagi pertandingan. "Kali ni beta hendak memasti tiada sesiapapun yang dapat menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan, ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kuda raja ni geleng kepala.

Seperti pertandingan yang sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya. raja tersenyum lebar kerana hari semakin senja.

Tiba-tiba datang lagi budak kecil yang berjaya membuat kuda raja duduk untuk mencuba menyuruh kuda raja menggeleng kepaa pulai. Dengan sombong raja berkata, "cubalah kalau boleh".

Budak kecik ni pun pegi ke arah kuda raja lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kuda tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kuda beta pun gelengkan kepalanya?" Dengan selambanya budak tu jawab "Nak kena jentik lagi ke?"

Khalid al-Walid ‘pedang Allah’


PERJANJIAN damai Hudaibiah banyak membuka hati orang-orang kafir untuk memeluk Islam. Antaranya yang memeluk Islam ialah Khalid bin al-Walid. Beliau dahulu adalah pemimpin pasukan Quraisy yang sangat terkemuka. Beliau juga merupakan seorang pahlawan perang yang sangat gagah dan berani.


Hampir semua peperangan disertai oleh beliau akan beroleh kemenangan. Selepas memeluk Islam, Rasulullah memberikannya jolokan 'Saifullah' iaitu Pedang Allah. Beliau juga telah menakluki negeri Syria.


Selepas memeluk Islam, Khalid menjadi pemimpin dalam setiap peperangan. Ini disebabkan beliau bijaksana dan berpengalaman dalam mengatur strategi peperangan.


Ketika beliau melihat jumlah pasukan musuh di Muktah yang berlipat ganda ramainya, beliau memasang strategi dengan mengajak pasukannya mundur ke selatan sementara pihak musuh mundur ke utara.


Dengan itu, kedua-dua pasukan tidak bertembung dan berada dalam keadaan yang jauh. Keadaan itu menjadikan mereka lebih selamat dalam pasukan daripada meneruskan peperangan yang akan membawa kepada kebinasaan dan kematian.


Sementara itu, beliau juga telah menugaskan sebahagian pasukannya yang berada di barisan belakang untuk melancarkan pertembungan dan pergaduhan sebagai taktik seolah-olah pasukan Muslimin sedang mendapatkan bantuan dari Madinah.


Taktik yang beliau atur ini ternyata berhasil. Pihak musuh menjadi takut terhadap pasukan Muslimin sehingga sebahagiannya terus berusaha mundur dan tidak meneruskan peperangan.


Ketika hendak memeluk Islam, beliau telah menyaksikan berbagai-bagai peristiwa dengan Nabi Muhammad SAW. Baginda sangat dikenali oleh semua orang dan pengikut-pengikut baginda juga semakin bertambah.


Pernah suatu ketika, baginda dan rombongan baginda dalam perjalanan menuju ke Hudaibiah, pasukan Khalid telah mengekori baginda. Kemudian beliau melihat Rasulullah bersembahyang Zuhur bersama-sama para sahabat baginda.


Pada mulanya beliau bercadang hendak menyerang mereka ketika mereka sedang bersembahyang itu, tetapi tiba-tiba tidak tercapai keinginan untuk membuat sedemikian.


Khalid terus menunggu sehingga baginda menunaikan solat Asar pula. Tetapi niat itu diketahui oleh Rasulullah, lalu baginda dan para sahabat terpaksa menunaikan solat khauf iaitu solat dalam keadaan takut dan berjaga-jaga. Terus hati Khalid berasa serba salah dan tidak jadi hendak menghalang Rasulullah.


Apabila beliau mengetahui pemergian baginda ke Hudaibiah adalah untuk membuat perjanjian perdamaian dengan kaum Quraisy, terus Khalid bersemangat untuk mendatangi Rasulullah dan menyatakan keinginan beliau untuk memeluk Islam.


Lalu beliau pun segera mengajak kawan-kawannya untuk pergi ke Madinah menemui Rasulullah dan memeluk Islam. Rasulullah sungguh gembira menyambut kedatangan Khalid dan sahabat-sahabatnya, lalu mengislamkan mereka.


Sumber: http://www.utusan.com.my

Jantung Terhenti


KITA sering mendengar kematian mengejut apabila individu rebah selepas mengadu sakit dada. Masalah ini digelar keadaan jantung terhenti iaitu apabila jantung berhenti berfungsi secara tiba-tiba.

Puncanya - kerosakan sistem elektrikal organ penting berkenaan. Perlu diingat, jantung terhenti bukanlah serangan jantung. Namun, angka kematiannya menggerunkan iaitu tiga juta kes setahun di seluruh dunia. Malangnya, seperti ditegaskan Pakar Kardiologi dan Pengarah Elektropsiologi, Institut Jantung Negara (IJN), Dr Razali Omar, daripada jumlah itu hanya satu peratus mangsa yang berjaya diselamatkan.

"Ramai menyangka barah adalah pembunuh utama, sebaliknya jika digabungkan jumlah penyakit kronik seperti barah payudara, barah paru-paru, strok dan HIV/Aids jumlah itu masih tidak dapat menandingi kes kematian akibat jantung terhenti," katanya.

Penyakit berkaitan masalah kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu dan jumlah ini semakin meningkat di Malaysia terutama dalam kalangan lelaki berusia kurang dari 40 tahun.

"Kalau 30 tahun dulu penyakit berjangkit berada di kedudukan teratas. kini dalam arus pembangunan yang begitu pesat, negara pula mengukuh dari segi ekonomi masyarakat hidup lebih lama. Walaupun masyarakat hidup lebih lama, malangnya kualiti hidup mereka terjejas akibat penyakit seperti kencing manis, serangan jantung, strok dan pelbagai lagi, semuanya akibat gaya hidup yang tidak sihat termasuk diet dan amalan merokok," katanya.


Dr Razali berkata, memandangkan jantung adalah organ elektrikal, bermakna ia boleh rosak sama ada ia berdegup terlalu laju atau terlalu perlahan. Pada masa cukup singkat, beberapa saat atau minit saja kematian secara mengejut boleh berlaku. Di Amerika Syarikat misalnya, 70 peratus kematian akibat jantung terhenti disebabkan lewat mendapat rawatan.

Lebih malang lagi, individu yang pernah mengalami serangan jantung mempunyai risiko empat hingga enam kali ganda mengalami jantung terhenti.

Namun ada bezanya antara jantung terhenti dengan serangan jantung. Ringkasnya, secara perbandingan, andai jantung adalah sebuah rumah, jantung terhenti berlaku apabila berlakunya masalah bekalan elektrik manakala serangan jantung disebabkan masalah paip.

Punca paling biasa jantung terhenti adalah arrhythmia dikenali ventricular fibrillation (VF). Ia berlaku apabila isyarat elektrikal yang mengawal pengepaman jantung tiba-tiba menjadi laju dan tidak sekata. Akibatnya, bahagian bawah jantung, iaitu ventrikal mula bergetar dan tidak berdegup. Ini menyebabkannya tidak lagi mampu mengepam darah dari jantung ke seluruh tubuh.

Jika darah gagal mengalir ke otak, ia akan kehilangan oksigen dan individu malang itu akan pengsan serta-merta. Tanpa bantuan kecemasan seperti kejutan elektrik yang disalirkan terus ke jantung (mesin dinamakan defibrillator) untuk mengembalikan rentak biasa jantung, pesakit akan mati dalam beberapa saat atau minit saja!

Apa membimbangkan, masalah jantung terhenti tidak boleh dijangka dan boleh menimpa individu sihat, aktif dan tanpa rekod masalah jantung. Bagaimanapun, keadaan ini tidak berlaku secara rambang dan majoriti mangsa mempunyai sejarah komplikasi kesihatan atau jantung dan mungkin tidak menyedarinya.

Antara rawatan terkini adalah Inplantable Cardioverter Defibrillators (ICD). Alat mencegah jantung terhenti kepada pesakit yang berisiko tinggi berfungsi ini memastikan kadar degupan jantung sentiasa aktif apabila pesakit mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. ICD ditanam dalam dada dan memantau jantung dengan mengesan sebarang rentak luar biasa.

Sebarang arrhythmia merbahaya dikesan, ICD menghantar nadi kejutan elektrik tenaga rendah bagi mengembalikan rentak normal jantung dan menghalang jantung mati. Diperbuat daripada titanium seberat 68 gram, alat yang perlu dicas enam bulan sekali ini menelan kos sekitar RM32,000 hingga RM80,000 dan mudah diuruskan. ICD mampu bertahan sehingga enam tahun bergantung kepada individu.

Sejak diperkenalkan pada 1996 di IJN, kaedah ini memberi manfaat kepada 70 hingga 80 pesakit di Malaysia setiap tahun.

INFO: Jantung terhenti

  1. Disebabkan masalah elektrikal
  2. Jantung henti berdegup serta merta dan tanpa amaran
  3. Boleh sebabkan maut jika tidak dialirkan dengan kejutan elektrik secara segera

    Serangan jantung
  4. Masalah pembuluh
  5. Salur darah tersumbat menghalang aliran darah ke jantung
  6. Kekurangan darah boleh merosakkan otot jantung dan tisu.
Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my

Sumber: http://www.bharian.com.my/