Thursday, July 1, 2010

Kepentingan ICT Kepada usahawan

  1. ICT boleh menarik jumlah pelanggan yang besar dari seluruh dunia. Ini hanya berlaku sekiranya syarikat membangunkan laman webnya dalam internet yang boleh dilayari oleh berjuta orang dari seluruh pelusuk dunia.
  2. Melalui ICT, syarikat dapat dilawati untuk masa yang panjang, iaitu 24 jam sehari 7 hari Seminggu untuk sepanjang tahun, tanpa sebarang masalah perbezaan zon masa.
  3. ICT dapat memberi gambaran dan imej syarikat yang kukuh (well-established) kerana pelanggan dapat berkomunikasi dengan syarikat tanpa perlu melihat lokasi fizikal syarikat. Imej syarikat yang kukuh ini penting untuk mendapat keyakinan pelanggan berurusan dengan syarikat.
  4. Syarikat dapat menjimatkan pelbagai kos pengurusan. Kos mengurus seperti bayaran bil telefon, kos perjalanan dan lain-lain kos pengurusan dapat dikurangkan kerana penggunaan kemudahan internet jauh lebih rendah daripada kos perbelanjaan secara tradisional.
  5. ICT dapat membantu usahawan menyebar maklumat perniagaan untuk kegunaan organisasi dan pihak luar seperti pelanggan dan orang ramai dengan lebih berkesan dan perbelanjaan yang lebih murah dan pantas dengan kaedah tradisional.
  6. Syarikat dapat menjimatkan ruang menyimpang fail. Dengan menyimpang maklumat syarikat dalam sistem maklumat secara sistematik, ruang simpanan fail di pejabat dapat dikurangkan.

No comments:

Post a Comment