Friday, July 2, 2010

Perkara-perkara Yang Merosakkan Akidah

  1. Melakukan perkara-perkara yang menyekutukan Allah dengan makhluk sama ada melalui perkataan dan perbuatan seperti percaya apa perkara lain yang berkuasa selain daripada Allah s.w.t.
  2. Menyembah kepada selain daripada Allah, seperti berhala, patung dan lain-lain.
  3. Melakukan amalan-amalan kerana yang lain daripada Allah seperti untuk mendapat pujian dan lain-lain.
  4. Mengingkari kuasa Allah, kenabian Nabi Muhammad s.a.w.
  5. Mempersendakan hukum Allah seperti menafikan kewajipan sembahyang, puasa dan lain-lain.
  6. Melakukan perbuatan yang menyerupai orang kafir seperti pakar salib dan sebagainya.

Kesan kerosakan akidah.

  1. Menjejaskan sistem kekeluargaan Islam.
  • Membatalkan akad perkahwinan
  • Membatalkan hak mempusakai.
  • Membatalkan hak perwalian.
  • Hilang keistimewaan sebagai sebagai seorang Muslim.
  1. Hubungan Suami Isteri terjejas
  • Rumahtangga tidak tenteram.
  • Berlaku kekurangan
  • Hubungan keluarga renggang.

No comments:

Post a Comment