Wednesday, July 7, 2010

Carta Alir Menilai Item

Pada peringkat pembinaan ujian, pembentukan item-item bermula dengan menyemak Huraian Sukatan Mata Pelajaran contohnya Mata Pelajaran Prinsip Elektrik dan Elektronik, seterusnya guru perlu berbincang dengan rakan-rakan guru bagi menyediakan JSU. Guru seharusnya mengenalpasti elemen konstruk yang sepatutnya dikuasai oleh pelajar. Elemen tersebut akan disusun mengikut tahap kesukaran daripada mudah ke sukar. Item-item yang terpilih akan dianalisis dan diubahsuai sehingga ia benar-benar sesuai untuk ditadbirkan.

Rajah 1 di bawah menunjukkan carta alir untuk menilai sebuah item. Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), penilaian item ialah proses membuat pengadilan terhadap mutu item dengan mengambil kira setiap ciri item yang baik. Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) lagi, proses ini harus berakhir dengan ketetapan yang sama ada item itu harus berakhir dengan ketetapan sama ada item itu diterima, ditolak atau dalam perhatian (KIV).

Rajah 3.2: Carta Alir Proses Membuat Pengadilan Terhadap Mutu Item
(Sumber: Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003)

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers