Pengajaran yang berkesan melibatkan beberapa prosedur. Ia termasuklah penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, pengagihan masa yang baik, pemeringkatan isi untuk memudahkan pemahaman para pelajar, penggunaan sumber yang berkesan dan pengelolaan bilik darjah.
1. Penentuan Strategi Pengajaran-Pembelajaran
Strategi pengajaran merujuk kepada kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah merupakan suatu siri tindakan guru yang sistematik dan berturutan serta bertujuan mencapai objektif spesifik satu-satu pelajaran. Teknik ialah unit-unit kecil yang terdapat di dalam kaedah. Teknik mencakupi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru. Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, guru patutlah memikirkan tentang strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan dan keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran.
Strategi pengajaran yang sesuai bukan saja dapat meningkatkan mutu penyampaian, malah ia akan menjadikan sesuatu pelajaran itu lebih bermakna dan menyeronokkan. Strategi-strategi pelajaran seperti bercerita, perbincangan, sumbangsaran, simulasi, sosiodrama dan main peranan mungkin mendatangkan kesan berlainan bagi situasi-situasi yang berbeza. Oleh itu, guru sepatutnya meluangkan masa untuk memikirkan strategi yang akan digunakan dalam sesuatu pelajaran untuk menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektif pelajaran. Ketika memilih strategi pengajaran pembelajaran, perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan;
- Strategi itu seharusnya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
- Strategi itu hendaklah bersifat mudah lentur, iaitu boleh diubah mengkut situasi atau keadaan pelajar.
- Strategi itu hendaklah dipelbagaikan dari semasa ke semasa agar kebosanan dan kemerosotan minat dapat dielakkan.
- Strategi yang berpusatkan pelajar, iaitu yang menggalakkan penyertaan para pelajar hendaklah ditekankan.
- Strategi dapatan, inkuiri dan penyelasaian masalah hendaklah diutamakan.
- Strategi yang menekankan pengajaran secara kumpulan atau individu seharusnya digalakkan.
- Strategi yang meningkatkan kecekapan guru dan menjadikan pembelajaran itu bermakna, kreatif dan inovatif perlu diberi penekanan.
Pemeringkatan isi merupakan sesuatu perkara yang perlu dibuat bagi menjamin pengajaran-pembelajaran yang berkesan. Di peringkat mata pelajaran, isi pelajaran diperingkatkan oleh Jawatankuasa Sukatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia, manakala di peringkat topik, pemeringkatan isi dilakukan oleh pihak guru. Ketika melakukan pemeringkatan isi ini, guru hendaklah menyenaraikan semua topik yang hendak diajar. Kemudian, guru haruslah memikirkan topik dan isi manakah yang perlu diawalkan dan yang mana boleh diajar kemudiannya. Pemeringkatan isi pelajaran lazimnya dibuat mengikut prinsip-prinsip tertentu seperti bermula daripada yang mudah kepada yang kompleks, daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada fakta kepada teori dan sebagainya.
3. Pemilihan Sumber Pengajaran-Pembelajaran
Sumber pengajaran-pembelajaran yang dipilih haruslah sejajar dengan kehendak objektif pelajaran. Guru pelatih digalakkan menggunakan pelbagai bentuk sumber untuk
merangsang penggunaan pelbagai deria pelajar. Sumber yang biasa digunakan termasuklah kad-kad perkataan, kepingan gambar, model-model, objek-objek maujud,
pita rakaman, slaid, projektor overhead, carta-carta, radio dan televisyen.
Semasa menyediakan sumber pengajaran-pembelajaran, guru perlu memikirkan cara-cara penggunaan, iaitu sama ada perlu digantung, dilekat, disandar atau diedarkan. Cara-cara mengedar dan mengutip balik alatan seharusnya difikirkan supaya masa dan tenaga dapat dijimatkan. Sekiranya sumber pengajaran-pembelajaran itu memerlukan bekalan elektrik, guru perlu menguji penjangnya dawai, saiz plag, keadaan mentol projektor dan juga langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.
Bagi carta-carta yang digunakan, guru perlu meneliti saiz-saiz tulisan dan daya tarikan gambar-gambar. Tulisan yang terlalu kecil untuk dilihat oleh semua pelajar akan mengurangkan keberkesanan penggunaan carta. Gambar-gambar yang kabur dan tidak berwarna tidak mungkin dapat menarik minat pelajar. Dalam pemilihan sumber atau alat bantu mengajar, perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan:
- Sumber itu hendaklah sesuai dengan objektif pelajaran, iaitu berkaitan dengan isi pelajaran.
- Sumber itu hendaklah menambahkan keberkesanan pengajaran guru.
- Sumber itu hendaklah menarik dan dapat memudahkan pemahaman pelajarpelajar terhadap konsep-konsep yang disampaikan.
- Sumber itu sepatutnya memudahkan guru menyampaikan konsep dan dapat menjadikan pembelajaran lebih bermakna serta menyeronokkan.
- Sumber hendaklah dipelbagaikan agar semua deria pelajar-pelajar dapat digunakan.
- Pelbagai jenis alat bantu mengajar digunakan dengan baik agar objektif-objektif pelajar dapat dicapai.
- Pelbagai jenis kemudahan dapat digunakan dengan berkesan.
- Iklim bilik darjah yang menggalakkan pengajaran-pembelajaran dapat diwujudkan.
- Masa dan tenaga dapat digunakan dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Organisasi bilik darjah.
- Kebersihan bilik darjah.
- Menyimpan alatan
- Perhiasan bilik darjah.
No comments:
Post a Comment