Imam Ghazali pula berpendapat ilmu tidak dapat dipisahkan daripada hakikat dan kebenaran. Mengikut beliau, ilmu adalah sama dengan kefahaman agama dan kemahiran-kemahiran untuk kehidupan.
Profesor Syed Muhammad al-Altas mengatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu tidak hanya terhad kepada kebenaran kebenaran yang bersifat objektif dan emprikal, tetapi juga merangkumi kebenaran-kebanaran yang berkaitan dengan jiwa manusia. Seseorang yang berilmu bikan sahaja memiliki kebenaran, malahan keyakinan serta kesedaran bahawa ilmu boleh memberi kepuasan kepada jiwa manusia dan menimbulkan keinginan untuk mengejar kebahagiaan yang bermakna dalam kehidupannya.
Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff, dalam bukunya Falsafah Pendidikan, berpendapat ilmu merangkumi beberapa aspek seperti berikut:
- Ilmu sebagai kepercayaan, pendapat dan kebenaran umum, misalnya agama, adat, nilai dan sikap asas terhadap hidup.
- Ilmu, sebagai kecekapan diri, misalnya kemahiran-kemahiran dalam bidang jasmani, sosial dan intelek.
- Ilmu yang dilahir daripada kontemplasi, penikmatan dan kajian kendiri, seperti ilmu-ilmu yang bercorak kreativiti dan penuntutan intelek, iaitu mencari ilmu-ilmu kebaikan fikiran dan seni halus, iaitu seni lukis, seni ukir, seni bina, muzik, tarian dan lakonan.
Sumber ilmu adalah amalan hidup manusia dan dalam proses amalan itu, ilmu terus berkembang. Amalan atau mengaplikasikan ilmu menjadi pengukur piawai untuk membuktikan kesahihannya.
Secara am, ilmu boleh diklasifikasikan kepada empat kategori yang utama, iaiktu ilmu sains tulen, ilmu sains kemasyarakatan, ilmu kemanusiaan dan ilmu teknologi.
Ilmu merupakan alat yang utama dan mengandungi nilai yang berharga kepada manusia, kerana ilmu dapat mengubah diri manusia daripada jahil kepada pengetahuan, bebal kepada cerdik, mundur kepada maju dan derita kepada bahagian.
Seorang yang berilmu pengetahuan bukan sahaja memperolehi pengetahuan, kebenaran dan keyakinan, tetapi juga kesanggupan mengguna ilmunya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara.
No comments:
Post a Comment