Thursday, November 18, 2010

Faktor Penentuan Mutu Item (Ujian)

Penghasilan sesuatu item yang bermutu melibatkan proses yang panjang. Pembinaan item bermula daripada pemilihan dan perlantikan penggubal soalan yang berkaliber hinggalah penyemakan kertas soalan tercetak sebelum sesuatu kertas soalan siap untuk dibuka di hadapan calon (pelajar) pada hari peperiksaan.

Keberkesanan sesuatu kertas peperiksaan banyak bergantung pada mutu item yang dibina dalam kertas peperiksaan tersebut. Menurut Ahamd Tajudin (2002), pembinaan kertas soalan bagi sesuatu ujian perlu dilaksanakan dengan teliti untuk menjamin mutunya dari segi kesahan dan kebolehpercayaan. Item itu dikatakan bermutu jika item tersebut sah dan boleh dipercayai. Sebagai alat pentaksiran, sesuatu kertas peperiksaan hendaklah sah, iaitu boleh mengukur tentang apa yang hendak diukur, disamping boleh dipercayai dimana ia dapat menghasilkan keputusan yang konsisten.

Menurut Ahmad Tajudin (2002) lagi, terdapat beberapa faktor utama yang perlu diambil kira dalam proses pembinaan dan penyediaan kertas soalan yang bermutu iaitu, kerelevanan, keseimbangan, keobjektifan, aras kesukaran dan diskriminasi.

No comments:

Post a Comment