Menurut Riwayat dari Salim bin Abdullah r.a. dari yang didapati bapanya bahawa tatkala Nabi Nuh a.s. menaiki kapal, dilihatnya ada seorang tua di dalamnya yang tidak dikenalinya, maka Nabi Nuh bertanya kepadanya: “Apakah yang menyebabkan engkau naik?” Ia menjawab: “Aku masuk untuk menganggu sahabat-sahabatmu untuk supaya hati mereka ada padaku dan badan mereka ada padamu.”
Maka Nabi Nuh berkata kepadanya: “Keluarlah engkau Wahai musuh Allah” Maka iblis berkata: “Ada lima perkara yang dapat aku binasakan manusia dengannya. Tetapi aku hendak menceritakan kepadamu tiga perkara, sedang yang dua perkara itu aku tidak menceritakannya kepadamu.”
Maka Allah segera memberi wahyu kepada Nabi Nuh a.s., bahawa tidak perlu bagimu yang tiga perkara itu. Suruh saja iblis itu menceritakan kepadamu yang dua perkara.
Nabi Nuh a.s. menyuruh iblis mencerita dua perkara seperti yang diwahyukan Allah kepadanya. Berkata iblis: “Dengan yang dua perkara itu aku dapat membinasakab manusia iaitu Al-hasad (dengki) dan Al-hirsh (serakah). Maka dengan hasad aku dilaknat, dan aku dijadikan syaitan yang direjam. Dan dengan hirsh, dibolehkan bagi Adam a.s. syurga itu semuanya, lalu aku mendapati keperluanku daripadanya, maka dikeluarkan dia dari syurga.”
No comments:
Post a Comment