Menurut teori otak, bahan-bahan pembelajaran harus selari dengan arkitektur otak bagi meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman pelajar. Kepantasan pembelajaran berasaskan otak dipersetujui oleh Rose dan Nicholl (1997). Konsep peta minda adalah berdasarkan alasan bahawa otak lebih mudah menerima rangsangan yang berbentuk pola (Buzan and Buzan, 1991). Melakar peta minda membolehkan seseorang mengorganisasikan fikirannya dalam bentuk gambar atau kata kunci yang dapat menjimatkan masa belajar dan terbukti dapat meningkatkan daya ingatan. Peta minda boleh dibentuk dengan penuh kreatif dan informal yang menggunakan warna, anak panah, rajah dan kod bagi menunjukkan kaitan penting dalam apa yang dipelajari. Peta minda dapat membantu proses ingatan dan mempertingkatkan kreativiti seseorang.
Penggunakan peta minda kepada pelajar adalah bagi membantu mereka mencatat nota secara ringkas atau membentuk gambaran mental yang lengkap daripada perkara yang didengar, dilihat atau dibaca termasuk apa yang sedang difikirkan. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda digunakan untuk :
- Teknik mencatat nota syarahan, taklimat atau bahan bacaan
- Teknik merancang dalam membina kerangka penulisan seperti laporan, esei atau persembahan
- Teknik membuat sinopsis atau rumusan apabila membaca buku
- Alat grafik dalam pengajaran untuk lebih menarik dan ringkas
- Bantuan kepada pelajar untuk mengingat sesuatu tanpa merujuk semula pada bahan asal
No comments:
Post a Comment