Monday, November 8, 2010

Ciri-Ciri Sekolah Berkesan

Ciri disitilah sebagai tanda atau sifat yang khusus pada sesuatu yang membezakan dengan yang lain. Dalam kajian awal behubung dengan konsep sekolah berkesan di kebanyakan negara, telah dapat mengenalpasti lima hingga tujuah ciri yang difikirkan membezakan sekolah berkesan daripada sekolah yang kurang dan tidak berkesan. Pada tahun tujuh puluhan, terdapat lima ciri yang dikemukakan oleh para penyelidik.

Brookpver dan Lezotte (1979) dan Broojkover (1979), telah meletakkan ukuran asas sekolah berkesan sebagai tanada, iaitu (1) memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran asas di kalangan pelajar, (2) janagkaan tinggi terhadap pelajar, (3) kepemimpinan pentadbiran yang kuat, (4) pemantauan tentang kemajuan pelajar, dan (5) iklim yang kondusif untuk belajar. Ternyata kelima-lima ciri tersebut berhubungan dengan aspek-aspek kepemimpinan dan peranan aspek keguruan.

Sekitar tahun lapan puluhan, terdapat beberapa orang penyelidik lain seperti Gauthier (1982), Shoemaker(1982) dan Villanova (1984) telah mengenal pasti beberapa set dan seterusnya mengembangakan ciri-ciri tersebut seperti berikut, iaitu (1) persekitaran sekolah yang selamat dan tersusun, (2) misi sekolah yang jelas, (3) kepemimpinan pengajaran, (4) jangkaan tinggi, (5) peluang belajar, (6) sering membuat pemantauan ke atas pelajar, dan (7) perhubungan positif antara sekolah dan rumah.

Manakala Purkey dan Smith (1983), membuat satu kajian secara literatur, dan mendapati 13 ciri sekolah berkesan. Purkey dan Smith telah membahagikan 13 ini kepada dua struktur, antaranya strukrtur pertama terdapat sembilan ciri sekolah berkesan yang berkaitan dengan struktur organisasi, dan struktur kedua terdiri daripada empat ciri yang berkaitan dengan pembolehubah proses, yang berhubungkait pula dengan budaya dan iklim sesebuah sekolah.

Purkey dan Smith melihat struktur organisasi adalah:
  1. Penekanan kepada pengurusan dan membuat keputusan secara demokratik;
  2. Kepemimpinan pengajaran yang kuat diberikan oleh guru besar atau pengetua atau guru-guru lain;
  3. Kestabilan staf;
  4. Penekanan kepada kurikulum dan pengajaran;
  5. Program pembangunan staf di peringkat sekolah;
  6. Penglibatan dan sokongan ibu bapa;
  7. Pengiktirafan tentang kejayaan akademik;
  8. Penggunaan masa yang berkesan, melibatkan lebih masa kepada pelajaran akademik dan kurang kepada aktiviti-altiviti bukan akademik; dan
  9. Sokongan daripada pejabat pendidikan daerah.

Manakala pembolehubah proses pula dimaksudkan oleh Purkey dan Smith adalah seperti:
  1. Perancangan kolaboratif dan perhubungan kerja yang baik dan berkesan;
  2. Perasaan komuniti;
  3. Matlamat yang jelas dan jangkaan tinggi; dan
  4. Disiplin berdasarkan peraturan yang jelas dan dilaksanakan dengan adil.

Abdul Karim bin Mohd. Nor (1989) yang membuat kajian terhadap empat buah sekolah menengah luar bandar mendapati 12 ciri institusi yang membezakan sekolah berkesan dengan sekolah tidak berkesan. Ciri-ciri tersebut ialah:
  1. kemahiran kepemimpinan pengetua,
  2. persepsi peranan pengetua,
  3. pengalaman sebagai pengetua,
  4. strategi pembangunan yang digunakan oleh sekolah,
  5. penglibatan ibu bapa,
  6. jangkaan guru terhadap pelajar,
  7. sikap guru terhadap pelajar,
  8. pandangan guru terhadap sekolah,
  9. disiplin pelajar,
  10. penggunaan sumber sekolah,
  11. persepsi guru terhadap mandat dan arahan kerajaan, dan kepuasan guru dengan pelajar.

Sementara Rahimah dan Zulkifli (1996) pula menggunakan empat kriteria untuk mengukur iklim sekolah berkesan, antaranya termasuklah (a) Perhubungan interpersonal, (b) Pengajaran dann pembelajaran, (c) pentadbiran, dan (d) Kemudahan fizikal. Dapatan daripada kajian ini merealisasikan sekolah berkesan mempunyai iklim sekolah yang positif dari keempat-empat dimensi yang dikaji berbanding dengan sekolah yang tidak berkesan.

Dalam konteks yang lain, terdapat juga kajian-kajian yang dilakukan untuk membandingkan sekolah berkesan di 27 buah negara yang menggunakan beberapa kategori pembolehubah (Scheerens dan Boskeer, 1997). Apa yang dimaksudkan dengan pembolehubah ialah pembolehubah input dan output dan pembolehubah proses. Pembolehubah input dan output adalah melibatkan ibu bapa, saiz kelas dan pendidikan perguruan yang telah dan akan diterima oleh seseorang guru. Sementara pembolehubah proses merangkumi kepemimpinan pengetua, penglibatan pengetua, penilaian guru, masalah di sekolah, prosedur penilaian dan fokus kepada kemahiran penyelesaian masalah. Dalam hubungan yang sama, konteks pembolehubah bilik darjah merangkumi masa untuk mengajar, masa untuk bacaan, kerja rumah, startegi pengajaran, penilaian kemajuan dan penilaian keperluan.

No comments:

Post a Comment