Friday, November 19, 2010

Definisi Usahawan Dan Keusahawanan

Perkataan entrepreneur adalah dalam bahasa Inggeris berasal daripada bahasa Perancis ‘entreprender’ yang bermaksud memikul atau mencuba. Manakala dalam bahasa Malaysia Istilah keusahawan sebenarnya berasal dari perkataan “usaha”. Me nurut Kamus Dewan usaha ialah daya upaya termaksud ikthiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.

Terdapat pelbagai definisi yang diberikan ke atas usahawan dan Keusahawanan. Schumpeter (1934) dalam Dollinger (1995) mendefinisikan keusahawan sebagai syarikat yang melaksanakan kombinasi baru bagi pembangunan produk dan perkhidmatan baru, sumber baru untuk bahan mentah, kaedah baru pengeluaran, pasaran baru dan organisasi berbentuk baru. Manakala Cole (1969) mendefinisikan keushawanan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan.

Disamping itu, Kuratko & Hodgetts (1992) telah menyatakan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan usahawan. Mereka menyatakan bahawa “entrepreneur is one who undertakes to organise, manage and ansume the risks of business”. Selain daripada itu, Dollinger (1995) menyatakan bahawa kewujudan usahawan bukanlah satu fenomena yang baru. Usahawan telahpun muncul dan wujud di sepanjang perjalanan sejarah, tetapi konsep dan perlaksanaannya pada masa lalu dan sekarang adalah berbeza dari segi penciptaan dan penerokaan.

Kirzner (1979) pula telah mendefinisikan usahawan sebagai individu yang sentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan yang orang lain tidak menyedarinya. Usahawan akan mengambil tindakan secara imaginatif, kreatif dan inovatif. Selanjutnya beliau menyatakan:
 
“Entreprenuer is more than a just a risk-taker an d innovator. He or, she is the one sees the future that no one else has seen and, if this perception is correct, bring about a reordering of resources to produce greater consumer satisfacation and technological efficiency”.
 

Seterusnya, Stevenson, Robert & Grousbeck (1989) telah memberi definisi yang lebih berani dengan menyatakan Keusahawanan sebagai kesediaan individu untuk merebut peluang tanpa mengambil kira semasa yang ada dalam kawalannya. Hasil daripada pelbagai definisi yang telah diberikan menjurus Dollinger (1995) untuk mendefinisikan Keusahawanan sebagai pembentukan syarikat ekonomi yang inovatif bagi tujuan keuntungan atau perkembangan serta kesediaan untuk berhadapan dengan Risiko dan ketidakpastian. Definisi-definisi yang telah diberikan di atas mendapati Keusahawanan mempunyai kaitaqn rapat dengan usaha-usaha pembentukan, perubahan dan pembangunan bagi mewujudkan kombinasi baru dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengannya.

Daripada keterangan di atas dapatlah difahami bahawa setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. Yang membezakan di antara usahawan dengan bukan usahawan ialah kesediaan mereka untuk mengadun kreativiti, inovasi, pengambilan Risiko dengan kesungguhan bekerja untuk membentuk, membangun dan memaksimumkan potensi diri dengan memanfaatkan peluang yang diperolehi.

No comments:

Post a Comment