Tuesday, November 16, 2010

Perniagaan Perkongsian

Menurut seksyen 3, Akta Perkongsian, mentakrifkan perkongsian sebagai perhubungan yang wujud di antara orang-orang yang menjalankan perniagaan bersama bagi mendapatkan keuntungan.
  1. Milikan – Perniagaan ini dimiliki oleh lebih daripada seorang dan tidak melebihi 20 orang. Walau bagaimanapun bagi perniagaan berbentuk professional, seperti khidmat guaman, akauntan dan arkitek, keahliannya boleh meningkat sehingga 50 orang.
  2. Penubuhan – Ianya mestilah didaftarkan menurut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Penubuhan perniagaan ini mesti mematuhi perkara-perkara yang tertakluk di bawah Akta Perkongsian 1961. Selain daripada itu, untuk mengelak daripada berlakunya sebarang kekeliruan atau perselisihan faham, antara rakan Kongsi adalah baik jika ada Surat Ikatan Perkongsian atau Kontrak Perjanjian.
  3. Pendaftaran – Penubuhan perniagaan adalah mudah dan ringkas.
  4. Modal – Rakan Kongsi menjalankan perniagaan bersama dan berkongsi modal. Jumlah sumbangan modal oleh rakan kongsi ditentukan beradasar pada perbincangan antara mereka.
  5. Agihan Keuntungan dan Kerugian Perniagaan – Berdasarkan kepada Akta Perkongsian 1961, semua keuntungan dan kerugian yang diperolehi oleh mereka mesti dibahagikan secara sama rata diantara rakan kongsi. Selain daripada itu, misalnya boleh ditentukan melalui persetujuan antara rakan kongsi.
  6. Hayat – Hayat perniagaan ini tidak terjamin. Ianya boleh dibubarkan jika salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, bersara, atas arahan mahkamah atau tamat sesuatu kontrak.
Kelebihan Perniagaan Perkongsian
  1. Mudah ditubuhkan.
  2. Lebih mudah mendapat pembiayaan kredit.
  3. Sumber modal lebih banyak daripada milik tunggal.
  4. Risiko perniagaan disebarkan.
  5. Beban cukai pendapatan adalah rendah.
  6. Pembahagian kerja dan pengkhususan diwujudkan
  7. Liabiliti terhad bagi perkongsian berhad. (tidak mengikut jumlah modal rakan Kongsi)
Kekurangan Perniagaan Perkongsian
  1. Tidak seseorang perkongsian boleh melibatkan semua perkongsian.
  2. Modal masih terhad.
  3. Kewujudan perkongsian tidak kekal.
  4. Liabiliti adalah tidak terhad.
  5. Mudah berlakunya perselisihan antara rakan Kongsi.
  6. Mudah berlaku salah guna kuasa.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers