Friday, November 12, 2010

Milik Tunggal

Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentakrifkan perniagaan tunggal sebagai sebuah perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi kewangannya dan pengurusanya dikendalikan oleh seorang individu sahaja. Ia lazimnya melibatkan perniagaan secara kecil-kecilan. Berikut adalah ciri-ciri sebuah perniagaan tunggal;
  1. Milikan – Perniagaan tunggal dimiliki dan dikendalikan oleh seorang sahaja.
  2. Penubuhan – Perniagaan in ditubuhkan di bawah AKta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pndaan 1978)
  3. Pendaftaran – Perniagaan ini paling mudah didaftarkan
  4. Modal – Ia mempunyai modal yang kecil
  5. Agihan keuntungan dan kerugian – Pemilik akan memiliki dan menanggung semua keuntungan dan kerugian yang diperolehi dari perniagaannya
  6. Hayat perniagaan – Hayat perniagaan ini tidak terjamin. Pembubaran akan berlaku jika berlaku bencana ke atas pemilik.
Kelebihan Perniagaan Tunggal
  1. Perniagaan bentuk ini mudah diuruskan kerana semua keputusan boleh dibuat dengan cepat oleh pemilik. Dia tidak perlu berundingan dengan pihak lain.
  2. Proses penubuhan dan pembubarannya adalah mudah.
  3. Keuntungan perniagaan akan menjadi hak pemilik secara keseluruhannya
  4. Perniagaan ini tidak tertakluk kepada peraturan dan perundangan kerajaan. Sebagai contoh Penyata kewangan perniagaan yang dihantar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak perlu diauditkan dan diterbitkan dlam akhbar
  5. Memerlukan modal yang kecil
  6. Mudah dikawal dan diuruskan.
Kekurangan Perniagaan Tunggal
  1. Modal perniagaan adalah terhad iaitu setakat yang termampu oleh milik perniagaan
  2. Tanggungan perniagaan tidak terhad kepada modal yang telah dilaburkan dalam perniagaan. Harta peribadi boleh digunakan untuk membayar balik tanggungan yang ada
  3. Perkembangan perniagaan terhad kepada keupayaan pemilik
  4. Hayat perniagaan bergantung kepada usia dan kecekapan pemilik.

No comments:

Post a Comment