Tuesday, November 30, 2010

Menubuhkan Perniagaan Yang Baru

Seseorang boleh memulakan perniagaannya sendiri dengan mengenalpasti peluang perniagaan yang terdapat disekelilingnya. Untuk memulakan perniagaan sendiri, seseorang itu harus mempunyai minat, kebolehan, modal, pengalaman dan pengetahuan. Ini adalah penting kerana dia akan membuat semua tugas sendiri. Semua perkara bermula dari mencari modal, Lokasi, pelanggan, pembekal, bangunan, barangan dan lain-lain lagi perlulah dilakukan oleh usahawan tersebut.

Kebaikan menubuhkan perniagaan yang baru
  1. Bebas membuat keputusan sendiri iaitu dari segi memilih Lokasi, jenis produk atau perkhidmatan yang akan dopasarkan, mengupah pekerja, memilih pembekal dan lain-lain dan lain-lain lagi.
  2. Mempunyai peluang untuk membuat pilihan kemudahan fizikal iaitu sama ada mencari dan memilih kemudahan fizikal yang memenuhi cita rasa atau membina bangunan sendiri.
  3. Mempunyai kebebasan untuk memilih Lokasi yang strategik untuk memulakan perniagaan
  4. Mempunyai peluang untuk membangunkan imej perniagaan kerana dapat mengetahui perasaan dan citarasa pelanggan apabila berurusniaga secara bersemuka dengan mereka.
Kelemahan menubuhkan perniagaan yang baru
  1. Usahawan perlu berusaha lebih untuk mencari dan menarik pelanggan untuk berurusniaga dengan mereka.
  2. Suatu usaha yang mengambil masa yang lama. Ini adalah kerana banyak aktiviti dan perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan dari peringkat awal seperti mencari lokasi yang strategik, Memasang mesin, mencari pembekal, mengupah dan melatih pekerja dan sebagainya.
  3. Perniagaan baru tidak mempunyai sebarang rekod perniagaan. Usahawan hanya boleh membuat andaian mengenai jualan, perbelanjaan dan keuntungan.

No comments:

Post a Comment