Thursday, November 11, 2010

Menentukan Tahap Penguasaan Pelajar Dengan Menggunakan Kaedah Kumpulan Kostas.

Bagi menentukan tahap skor penguasaan, dengan menggunakan Kaedah Kumpulan Kostas (Sheppard, 1981), di mana pelajar perlu ditentukan dahulu dengan membahagikan kepada yang belum atau sudah menguasai sesuatu kemahiran/ilmu. Oleh yang demikian jumlah pelajar yang telah menduduki ujian dibahagikan kepada 3 bahagian yang setiap bahagian 33% terdiri daripada kumpulan atas, sederhana dan bawah mengikut pencapaian skor yang diperolehi. Kemudian skor penguasaan ditentukan dengan menggunakan kumpulan atas dan bawah sahaja dimana taburan normal dua kumpulan pelajar ini diplotkan seperti rajah di bawah. Titik persilangan bagi kedua-dua graf yang diplotkan merupakan skor penguasaan yang diperlukan. Ini akan menunjukkan skor pelajar yang belum menguasai kemahiran akan berada di bawah nilai skor penguasaan dan skor pelajar yang telah menguasai kemahiran berada di atas nilai skor penguasaan. Kaedah ini dapat membantu guru mengenal pasti pelajar mana yang belum atau yang sudah menguasai kemahiran/ilmu. Seterusnya akan dapat menentukan beberapa kaedah yang perlu digunakan untuk dua kumpulan yang berbeza pencapaian tersebut.

Rajah 3.2: Graf standard yang dipilih untuk mengimbangi dua ralat.

No comments:

Post a Comment