Thursday, November 11, 2010

Doa Nabi Luth Hadapi Kederhakaan Kaumnya”

Setelah mendengar ejekan dari mereka, Nabi Luth berdoa kepada Tuhan, sebagaimana tersebut dalam Al-Quran bermaksud:

“Berkata Luth: Oh, Tuhanku, berilah pertolongan kepadaku untuk melawan kaum yang berbuat bencana ini.”

Doa Nabi Luth ini dikabulkan Tuhan, diutuskan Tuhan beberapa malaikat untuk menurunkan azab terhadap kaum Luth yang derhaka serta mengingkari Allah. Ketika datang khabar kepada Nabi Ibrahim akan dibinasakannya negeri Saadom termasuk kaum Luth yang selalu mendehaka derhaka dan berbuat maksiat, maka terperanjatlah Nabi Ibrahim.

Berkatalah Nabi Ibrahim: “Ya Tuhan, di dalam negeri itu ada Nabi Luth, bagaimana ia jika negerinya dirosak?”
Firman Allah dalam Al-Quran bermaksud:

“Berkata Nabi Ibrahim. Dalam negeri itu ada Nabi Luth, bagaimanakah kamu merosakkannya? Jawab malaikat itu: “Kami lebih lebih mengetahui siapa-siapa yang di dalam negeri itu dan akan kami selamatkan Luth itu berserta ahlinya, kecuali isterinya, maka ia adalah termasuk golongan orang-orang yang mendapat seksaan.”

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers