Wednesday, November 10, 2010

Pelaksanaan dan Pembinaan Kurikulum

  1. Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan ialah yang menggabungkan elemen Aktiviti Sosial, Kandungan dan Interaksi.
  2. Dalam sesuatu Pengajaran dan Pembelajaran, guru merupakan orang yang terpenting, manakala murid adalah pertimbangan terpenting.
  3. Kurikulum yang terbaik mempunyai ciri-ciri berikut: (Teori dan prinsip yang berstruktur dan teratur, Jelas kepada guru (melibatkan ilmu dan kemahiran) dan Menggunakan bahasa yang mudah difahami dari segi teori dan praktikal).
  4. Membina sesuatu kurikulum mestilah mengutamakan keperluan dan sesuai dengan golongan sasaran.
  5. Faktor kritikal terhadap pembinaan kurikulum ialah kandungan, murid, guru dan bahan sumber)

Sumber:
Rahayu Binti Jaapar
Unit Reka Bentuk & Teknologi
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

No comments:

Post a Comment