Tuesday, November 9, 2010

Faktor Yang Mempengaruhi Pemilikan Perniagaan

Sebelum memulakan sebarang perniagaan, perkara-perkara berikut perlu diteliti;
  • Apakah jenis milikan perniagaan yang terdapat di Malaysia?
  • Apakah Implikasi setiap jenis milikan perniagaan?
  • Apakah keperluan tatacara perundangan?
  • Mengapakah pemilihan jenis milikan perniagaan dianggap penting?
  • Apakah bentuk milikan perniagaan yang terbaik?
Dalam memilih sesuatu milikan perniagaan, seseorang usahawan atau bakal usahawan perlu ingat bahawa tidak ada satu bentuk milikan perniagaan yang TERBAIK. Apa yang dianggap terbaik bergantung  kepada keperluan seseorang pemilik atau bakal pemilik perniagaan berkenaan.

Persoalan-persoalan berikut boleh dijadikan panduan bagi membentuk perniagaan yang terbaik.
  • Adakah anda merancang untuk memperkembangkan perniagaan di masa hadapan?
  • Berapakah keperluan modal untuk memulakan perniagaan dan untuk masa hadapan?
  • Setakat manakah anda berkehendakan tahap kawalan dalam peroses membuat keputusan perniagaan anda kehendaki?
  • Adakah anda sanggup berkongsi idea dan potensi keuntungan perniagaan dengan orang lain yang boleh membantu membangun dan menjayakan perniagaan?
  • Apakah pertimbangan percukaian yang dianggap penting?
  • Apakah sumber pendapatan yang ada dan bagaimanakah ia dilindungi?
  • Sekiranya perniagaan gagal, sejauh manakah anda sanggup bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hutang-hutang yang ditinggalkan oleh perniagaan?
  • Adakah penting perniagaan diteruskan sekiranya  anda tidak berkemampuan atau meninggal dunia?
  • Siapakah yang akan mendapat manfaat tunggal atau yang paling besar daripada hasil kejayaan perniagaan?
  • Sanggupkah anda mengambil semua risiko dan dengan itu mengait semua keuntungan jika berjaya?
  • Bolehkah anda mematuhi peraturan dan prosedur birokrasi berkaiatan dengan pemilikan perniagaan?
  • Apakah reaksi anda terhadap peraturan kerajaan dan keperluan-keperluan dokumentasi?

1 comment:

  1. proton sdn bhd merupakan jenis milikan apa ye ?

    ReplyDelete