Buat menunjukkan kebencian iblis atau syaitan kepada Adam dan anak cucunya, antara buktinya ialah ketika pertemuan dan dialog iblis dengan Nabi Musa as.
Iblis: Hai Musa! Engkaulah yang telah dipilih Allah untuk mebawa risalahNya dan engkaulah yang diajaknya berkata-kata dengan sebenar-benarnya. Dan aku salah satu makhluk Allah Taala yang telah berdosa dan aku ingin bertaubat. Maka mohonkanlah kepada Tuhan supaya Ia memberikan taubat kepadaku
Maka Nabi Musa as memohon kepada Allah swt, lantas mendapat jawapan: Hai Musa! Telah Aku perkenankan permintaanmu!
Nabi Musa as: Engkau telah diperintah sujud hormat kepada kubur Adam dan akan diberi taubat atasmu!
Mendengar nama Adam, iblis tiba-tiba menjadi marah dan takabbur.
Iblis: Aku tidak sujud ketika hidupnya, apakah patut aku sujud sesudah ia mati?
Nabi Musa as yang telah begitu bermurah hati kepada iblis iaitu ia mahu memohonkan taubat kepada Allah swt untuk iblis, tetapi iblis tetap takkabur dan tidak mahu menurut perintah Allah swt. Rupanya kebaikan Nabi Musa itu menjadi perhatiannya dan ingin membalasnya. Bukan ia membalasnya dengan kebaikan, tetapi ia Terangkan beberapa rahsia godaannya yang amat penting diketahui oleh setiap manusia supaya berhati-hati.
Iblis: Hai Musa! Sesungguhnya engkau berhak menerima balasan daripadaku kerana engkau telah memohon syafaat kepada Allah buat keampunanku. Maka ingatlah kepadaku dalam tiga perkara, nescaya aku tidak membuat kebinasaan kepadanya. Pertama – Ingatlah di waktu engkau tengah marah kerana aku akan membawa bisikan ke dalam hatimu dan mataku berada di dalam matamu dan aku berjalan dalam tubuhmu menurut perjalanan darah; Kedua – Ingatlah kepadaku di waktu engkau bertempur di medan perang menghadapi musuh kerana aku akan datang kepada manusia di waktu bertempur dengan musuh itu dan aku ingatkan kepadanya akan anaknya, isterinya dan keluarganya supaya lari mundur teratur; Ketiga – Berhati-hati duduk dengan Perempuan yang bukan muhrim kerana aku akan menjadi utusannya kepadamu dan menjadi utusanmu kepadanya.
No comments:
Post a Comment