Terdapat lima peranti asas get logik yang sering digunakan, iaitu; DAN, ATAU, TAK, TAKDAN dan TAKATAU
Litar Digital
Logik get adalah litar digital. Semua litar digital beroperasi dalam ON atau OFF. Contoh yang terbaik untuk memahami bagai mana litar digital beroperasi, anda boleh melihat lampu dinyalakan atau dipadam oleh suis dalam rumah anda. Apabila lampu ON (menyala) keluarannya adalah ‘1’ dan sekiranya lampu OFF, keluarannya adalah ‘0’. Suis lampu merupakan posisi input. Suis digunakan untuk ON atau OFF untuk mengawal lampu menyala atau tidak.
Kod Binari
Logik get merupakan litar digital yang menggunakan sistem nombor kod binari. Bahasa kod binari sama dengan bahasa operasi komputer, iaitu hanya menggunakan nombor ‘1’ atau .0’.
Contoh Kod Binari
Lima Simbol Asas Get Logik
Get DAN
Simbol logik get DAN
Bagaimana Logik get DAN berkerja
Get ‘DAN’ seperti dua lebih suis yang disambung secara siri. Kedua-dua suis mesti ditutup (ON) supaya lampu akan menyala. Ini bermakna sekiranya salah satu suis (masukan) tidak diONkan lampu (keluaran) tidak akan menyala.
Jadual Kebenaran
Jadual Kebenaran get ‘DAN’
Semua nilai masukan mesti ‘1’ supaya nilai keluar ‘1’. Sekiranya salah satu masukan ‘0’ nilai keluaran akan menjadi ‘0’. Keputusan keluaran get DAN dapat dilihat melalui jadual kebenaran di atas.
Contoh operasi get DAN
1.
2.
Hanya satu sahaja masukan ‘0’ maka lampu tidak akan menyala.
Get ATAU
Simbol logik untuk get ATAU
Bagaimana get ‘OR’ berkerja
Get ‘OR’ seperti dua lebih suis yang disambung secara selari. Salah satu atau lebih suis ditutup (ON) lampu akan menyala. Ini bermakna sekiranya salah satu suis (masukan) diONkan lampu (keluaran) akan menyala.
Jadual Kebenaran
Salah satu atau lebih masukan bernilai ‘1’ pada get OR, keputusan keluaran pada jadual kebenaran adalah ‘1’
Contoh ger OR beroperasi
1.
2.
Salah satu masukan nilainya ‘1’, lampu akan menyala.
Get NOT
Simbol get NOT
Jadual Kebenaran Get NOT
Get NOT akan menyosangkan nilai masukan padan keluaran. Sekiranya isyarat masukan ‘0’, maka nilai keluaran menjadi ,1’. Begitu juga sebaliknya, sekiranya nilai masukan ‘1’, maka nilai keluarnya menjadi ‘0’.
Contoh Operasi get NOT.
Lampu akan menyala sekiranya isyarai masukan adalah ‘0’. Dan lampu akan padam sekiranya nilai masukan adalah ‘1’
Get TAKDAN
Simbol ger TAKDAN
Jadual Kebenaran get TAKDAN
Get TAKDAN adalah kombinasi get DAN dengan get TAK. Operasinya adalah sama dengan get DAN, Cuma keluarannya akan diterbalikkan(songsang).
Contoh Operasi Get TAKDAN
1.
Sekiranya kesemua isyarat masukan adalah ‘1’ keputusan keluaranya adalah ‘0’
2.
Sekiranya salah satu isyarat masukan adalah ‘0’ keputusan keluaranya adalah ‘1’
Bagaimana get TAKDAN berkerja
1.
Apabila kesemua isyarat masukan adalah ‘1’, lampu akan menyala.
2.
Apabila salah satu isyarat masukan adalah ‘0’, lampu tidak menyala.
Get TAKATAU
Simbol Logik get TAKATAU
Get TAKATAU merupakan kombina get ATAU dan TAK. Kendalian get TAKATAU adalah sama dengan ger ATAU, Cuma nilai keluarannya akan diterbalikan (songsang)
Jadual Kebenaran get TAKATAU
Contoh Operasi Get TAKATAU
1.
Sekiranya salah satu isyarat masukan atau kedua-duanya adalah ‘1’ nilai keluarannya menjadi ‘0’
2.
Sekiranya kedua-dua isyarat masukan adalah ‘0’ nilai keluarannya menjadi ‘1’
Bagaimana get TAKATAU berkerja
1
Apabila salah satu isyarat atau kudua-duanya masukan adalah ‘1’, lampu tidak menyala.
2.
Untuk menyalakan lampu kesemua isyarat masukan mestilah ‘0.
No comments:
Post a Comment