Friday, November 12, 2010

TANDA-TANDA DAN SIFAT MATI HUSNUL KHATIMAH – Mati Di Medan Perang Kerana Membela Agama Allah

Orang yang mati di medan perang kerana membeli agama Allah ialah dinamakan orang yang mati “syahid”.
Bagi orang mati yang tergolong dalam Istilah syahid adalah banyak. Tetapi yang termulia dan yang di akhirat ia masuk syurga tanpa hisab (bighairi hisab) ialah orang yang mati di medan perang fisabilillah kerana membeli agama Allah.

Dalam Al-Quran menceritakan darjat dan keadaan orang mati fisabilillah. Firman Allah swt:

“Dan janganlah kamu mengira bahawa orangyang terbunuh di jalan Allah (fisabilillah) itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan dengan diberi rezeki kepada mereka. Mereka juga gembira dengan kurniaan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Mereka juga gembira dengan orang-orang yang berjuang mengikut jejak langkah mereka yang belum pernah mereka temui. Bahkan mereka gembira menikmati nikmat kurniaan Allah. Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala amalan orang-orang mukmin” (Al-Imran 169-171)

Di antara keistimewaan orang mati syahid seperti sabda Rasulullah saw ialah maksudnya:

“Bagi orang yang mati syahid terdapat enam keistimewaan;
  1. Ia diampunkan oleh Allah (akan segala dosanya) secara tiba-tiba serta ia diperlihatkan tempatnya syurga
  2. Ia diselamatkan daripada azab kubur
  3. Ia diamankan daripada ketakutan yang amat besar lagi dahsyat di akhirat
  4. Ia dihiasi dengan perhiasan iman
  5. Ia dikahwinkan dengan bidadari
  6. Ia boleh memberi syafaat kepada 70 orang di kalangan ahli keluarganya”

No comments:

Post a Comment